Tuesday, September 6, 2011

Corat-coret Raya 2011 : Episod 'Photo Dwi-tahunan'

Lepas tetamu open house balik kami teruskan agenda pagi raya dengan posing ala2 artis ... cameramen dan camerawomen on duty memang ramai...


Bukan senang nak kumpulkan ahli keluarga yang ramai dan satu masa, alhamdulillah tradisi berkumpul di rumah pusaka secara dwi-tahunan dapat diadakan tahun ni. Memang tiap tahun bila raya kami balik kampung tapi tak la semua orang dapat balik sebab giliran beraya di rumah mertua. So kalau balik pun dah raya kedua or ketiga. Jadi memang rasa sangat2 seronok dapat berkumpul ramai2 cm ni. Kalau arwah emak dan abah ada lagi merekalah orang yang paling gembira sebab semua anak, menantu, cucu, cucu menantu dan cicit dapat berkumpul.


Actually Mummy bersyukur sangat walau pun adik beradik Mummy semua dah berkeluarga dan ada rumah masing2 tapi  insyallah kami kerap berkumpul adik beradik. Gombak, Ampang, Cheras, Klang, Bangi, Muar, Kota Tinggi, Kulai dan JB lokasi adik beradik Mummy. Kalau yang zon tengah memang selalu jumpa la... walaupun tak raya setidak2nya 2-3 bulan sekali kami tetap balik kampung....


Nak menyusun dan arrange 52 orang serentak untuk bergambar bukan mudah, orang ni ada orang tu hilang orang ni datang orang ni lari kejap gi tandas.. kira berpeluh2 gak la... Bab bergambar2 ni Mummy & Mama Miraki la yang kecoh dan terjerit2, suruh anak2 buah susun kerusi la, panggil kakak2 dan abang2 turun bergambar dan lain2 lagi la... letih nak cerita...jom layan behind the scene before terhasil photo family yang tak ternilai harganya...


Ish manalah budak2 ni? Cepat sikit susun kerusi

Antara cameramen yang bertugas di pagi raya... tak silap ada 8-9 camera tak masuk yang guna handphone la ipad la dan sewaktu dengannya...


Cepat2 duduk dan beratur, dah panas dah ni... kerusi untuk para isteri ye, suami duduk belakang isteri masing2... anak2 duduk 


Aduh orang suruh duduk nak ambik gambar dia orang sibuk ambik gambar sendiri2 la pulak... letih betul akak jadi director ni..

Ya Allah bila lah dia orang ni reti nak duduk diam, penat dah


Hah ok... pasa isteri dah duduk.. ni para suami mani ni.. berdiri belakang isteri masaing2... jangan salah isteri ye


Hah cepat bentang tikar tu.. anak2 duduk kat tikar tu yer...

Apa pulak aksi si Along ni  buat....

Aha bagus...anak2 semua duduk kat tikar ye


Selepas berpeluh2 dan terjerit2 akhirnya terhasil lag gambar yang tak ternilai harganya ni. My biggggggggggg family... 52 orang (+ sorang  bibik) dari 3 generasi dapat disatukan. Semoga tahun 2013 kami diberi peluang untuk bergambar seperti ini lagi. 

Monday, September 5, 2011

Corat-coret Raya 2011 : Episod 'Pagi Raya'

Gema takbir di subuh hari
menjelang sudah aidil fitri
tapi hamba musafir diri
.... huhuhu sedihnya lagu


Suasana pagi raya di kampung... Mummy suka suasana pagi cam ni, kekadang berkabus, rasa cam damai je kan...


Alhamdulillah. Kesemua ahli keluarga Mummy seramai 52 orang dari 3 generasi dapat berkumpul pada raya kali ni. Laman rumah ni dah jadi cam used car centre je... Masa ni masing2 sibuk tengah mandi dan bersiap pakai bau raya


Hubby pun nak kena tolong siapkan.. make sure kasi hensem2 di pagi raya ni...heheh


Itulah Hafeez, C.Gee kata kahwin je, nanti ada lah oran gtolong siapkan... ni mintak tolong si adik je pulak

Adik bangunlah orang lain semua dah pakai baju cantik2 ni.... si Dafiy antara yang terakhir bersiap, ni semua gara2 tidur lewat malam tadi, rasanya pukul 2-3 am dia baru tidur kut


Tenyeh jangan tak tenyeh,klau tak cukup tepong ngan kunyit banyak kat dapor...


Seawal pukul 8am dah ramai orang2 kampung yang datang ke surau. Beruntung juga abah wakafkan tanah untuk surau ni setidak2nya walaupun hari2 biasa rumah pusaka tu tak berpenghuni setidak2nya bila waktu solat ada gak orang kat halaman rumah kami ni.


Solat raya di surau depan rumah... tak muat dalam surau sampai kat luar surau orang solat


Orang sibuk solat hari raya Mummy sibuk snap2 pulak...hehehe

Lepat solat sembahyang raya, kami buat open house untuk orang2 kampung, tradisi yang telah abah mulakan. Walaupun abah dah tak ada lagi kami tetap teruskan tradisi ni, walaupun sekarang ni diadakan setiap dua tahun

Danish & Ariel ... pramusaji kecil ...pakcik dan anak saudara


Menu untuk open house jiran2 tetangga dan orang2 kampung pinang seribu


Ketupat nasi dan ketupat pulut


Lomang melotup import dari KL


Rendang daging dan rendang ayam pedas


Nasi kerabu hasil tangan Kak Kay


Sayur lodeh dan kari ayam


Sambal kacang dan jelatah (aksesori nasi kerabu)





Cikgu Razak sebagai wakil penduduk kampung sedang bagi  ucapan

Cikgu Bahrin @ Cikgu Besor bagi ucapan bagi pihak keluarga kami...

Terima kasihlah kepada penduduk2 kampung Mummy sebab sudi lagi bertandang ke rumah kami walaupun Emak dan Abah dah tak ada dan kami tak tinggal pun kat kampung ni.

Tunggu episod seterusnya.. dijamin lebih ceria dan meriah dengan gambar2 raya

Corat-coret Raya 2011 : Episod 'Makan Besar'

Jangan ingat masa tahun baru cina je ada makan besar... ramadhan terakhir sebelum raya tu pun Mummy & family buat makan besar... suku sakat semua dah balik kecuali 3 kereta lagi anak2 saudara Mummy yang masih dalam perjalanan...meriah sungguh majlis berbuka puasa...lebih kurang 45 orang dapat berbuka bersama...

Pukul 7pm terus hidang menu buka puasa... lebih kurang 45 orang dapat berbuka bersama2... ada yang terpaksa berbuka di R&R gak... jom la layan menu buka posa kita orang. Macam2 ada

Ketupat rendang dah masak so boleh le makan, tka perlu tunggu pagi raya


Sambal udang petai dan cendawan kukur yang sangat2 mables


Ayam goreng dan kupang goreng berlada...hot items ni....kejap je licin


Mee goreng dari Chef Tanty... sedap makan panas2

Berbagai jenis kuih muih dari bazar ramadhan


Ulam2 cicah budu dan sambal belacan


Kembar tak seiras... si lonjong dan si bulat


Mummy AJK air.. dah tuang siap2 dan susun kat dulang ambik la air apa nak... oren, tebu. teh, air kelapa, kopi, teh-o, teh-tarik, kopi dll

Pramusaji bertugas...

'Lalu lintas' yang agak sesak di meja buffet

Anak dara Mummy si Dania, alhamdulillah sehari je dia tak puasa... masa Mummy umur 6 tahun dulu rasanya Mummy cukup tak puasa.... hehehhe