Monday, February 14, 2011

MAJLIS DOA SELAMAT & BIRTHDAY PARTY 2011 - PART II

Sesi posing2 dengan adik beradik Mummy... kami ni memang pantang nampak camera, sebenarnya dulu2 banyak offer nak jadi  model saja je kami tak nak... klu tak ramai la model2 yang tak boleh cari makan...


Tuan punye blog menunggu ketibaan tetamu VVIP (bagi Mummy semua tetamu adalah VVIP)... so kalau nak rasa jadi VVIP datanglah rumah Mummy...heheh

Ketibaan tetamu dala acara red carpet.... heheh

Mama Janet & pasangan disambut oleh YB Bukit Mutiara. Ada tembikai dari ladang tu... manissssssss

Kak Mah & family dari Klang


Kak Kay & family dari Cheras disambut oleh Mama Janet


Ayien & Ariel... sedondon sehati berdansa...


Datin S.. dah terlepas ke dapor... tak sempat nak snap gambar dia masa masuk...heheh... yg tak ada gambar masa redcarpet tu maknanya masa tu Mummy tak perasan la ketibaan uols yer..


Cam sedondon je la pulak Mummy ngan Mama Miraki ni kan!

Terasa cam Mummy ni adik dan Mama Miraki kakak la pulak...(MMiraki jangan la mare yer...dah itu yang Mummy rasa...hahaha)

Kuih lapis hijau hitam ... tapikan sebenarnya baju Mummy & MMiraki tu hijau tua... apasal jadi biru pulak yer.. ni mesti kamera cap itek ni (kamera ni lagi low class dari cap ayam...heheh)


Mummy ngan Mama Janet.... agak2 korang kan Mama Janet tu tutup mulut sebab nak posing sopan atau nak show-of yang melilau2 kat tangan tu yer.... heheheh


Kak Mah, Mummy, Kak Kay, Datin S dan Mama Miraki


Kak Mah, Mama Miraki, Kakak Kay & Som

Mummy & adik ipar Mummy... si mak buyung Kamalia

 
Kuiz untuk hari ni... antara 3 mak dara kat atas tu, siapa sebenarnya yang mak buyung??? Tarikh tutup hantar jawapan 30/2/2011... hadiah menarik disediakan

Tengah makan pun nak posing gak... memang parah la dia orang ni...


Anak saudara Mummy, Ayu & Iwan dan cucu Mummy si Echa

Mak Lang (mak saudara Daddy), adik2 ipar Mummy, Kamalia dan Kamaliza dan kakak ipar Mummy, Kak Nah

Mummy & YB Bukit Mutiara


 
YB Bukit Mutiara dan pasangan (yg hampir nak terlelap ...)

Ida, jiran lama di Nilai


Lagi soalan kuiz... kenapa Abg Enal tutup dahi? Hantar jawapan ke 019-272772727. Hadiah menarik disediakan...


Cam muka emak kan?

Ayu & Ayien


We're cousins - Ika & Lisa


We're cousins... Hafeez & Arif


Ariel & Ayien tengah bagi motivasi kat Hafeez


Som cam bercita2 nak menambah umat jer... go ahead Som, Aliya pun dah besar.... ahhaha


Sembang time...


Apalah yang digossipkan Mama Janet & Kak Kay tu?

Si Sophie, anak jiran depan rumah Mummy jadi rebutan MMiraki & MJanet. Budak2 memang sangat2 sporting dan petang2 kerap dtg rumah Mummy dengan kakak dia Sara.

Part III akan menyusul... tungguuuuuuuuuuu

MAJLIS DOA SELAMAT & BIRTHDAY PARTY 2011 - PART I

n3 terlewat sebab tuan tanah kepenatan pengsan setengah hari.... hehhehe


13/12/2011 (Ahad) - Yang ditunggu2 dah tiba... hari untuk berkumpul dengan sanak saudara sempena majlis doa selamat dan ulang tahun kelahiran anak2 Mummy. Mummy biasalah tiap tahun akan buat 4-in-1 birthday celebration tapi tak de la sampai 7 hari 7 malam cuma 14 hari 14 malam je... hahahha.


Anak2 pastilah yang paling gembira, bukan setakat gembira nak sambut birthday tapi sebab sepupu-sepapat datang. Malam minggu tu family YB Bukit Mutira si Som dan Mama Miraki YB Ampang. Malam tu memang anak2 main sakan dan masa Mummy bangun kul 5am Mummy tengok anak Mama Miraki si Iki, Ijat anak Som dan Along (anak abang Daddy) masih berjaga layan playstation dan FB...




Acara yang ditunggu budak2 mestilah time tiup lilin dan potong kek. Bukan terikut2 budaya omputih tapi Mummy rasa tak ada salahnya kita buat sesuatu yang dapat mengembirakan anak2. Harap2 masa kita tua nanti mereka akan sentiasa mengembirkan kita.


Malas nak cerita panjang jomlah layan gambar2...


Mummy & Daddy... menyelitlah pulak si Dafiy ni....

Majlis doa selamat bermula selepas solat zuhor, jemaah surau dan jiran tetangga lelaki serta saudara mara turut serta. Alhamdulillah ramai yang dapat joint baca doa selamat. Sampai penuh ruang tamu dan ada yang kena duduk kat anjung pulak. Maaflah ye kalau ada yang kurang selesa.


Alhamdulillah ramai yang dapat turut serta masa bacaan Yassin dan doa selamat diadakan

Ruangtamu tak muat sampai ada yang kena duduk kat anjung je...

Aminnnnnnnnnnnnn....

Masa untuk menjamu-selera.... silalah yer utk menjamu selera... apa menu hari ni? Klik sini.


Kesesakan lalu lintas di meja buffet


Silalah makan yer...


Agak2 ada tak yang kehilangan kasut or selipar... teringat dulu klu ada majlsi kahwin kat kampung mesti ramai yang jadi mangsa... heheh. Actually bukan hilang pun tapi ada orang pinjam dan letak kat pintu lain pulak


3 stooges - anak2 dara sunti Lisa (anak Som), Ika (anak Mama Miraki) dan Shasha (anak Kakak Kay)

Suasana dalam rumah


Bersepah2 betul muka makcik sebelah Mummy ni kan....


Tuan tanah sibuk refill makanan yang dah habis


Abg Enal, Hafeez, Iwan & Arif

Ida, jiran belakang rumah Mummy masa kat Nilai dulu

Antara ahli mesyuarat tingkap wanita D7 yang paling aktif bermesyuarat... hehhe

Afidah, Kak Zee & Kak Gayah


Kak Gayah & Cikgu Ina


Kak Zai & Dr Farah

* Mesti kaum kerabat ku bosan...sebab gambar dia orang tak banyak dalam n3 ni... puas dah dia orang berposing....tungguuuuuuuu n3 seterusnya...

Thursday, February 10, 2011

Count down

Tik tok tik tok .... bunyi jam di dinding rumah ku...

Tak sabar menunggu ketibaan kaum kerabat ku weekend ni. Korang datanglah awal ye. Nanti banyaklah masa nak sembang2 (dibaca gossip2)... Semoga semua selamat di jalanan ye. Anak2 dah tak sabar ni bila tau sedara mara dan cousin2 nak datang...

Sunday, February 6, 2011

Happy 9th Birthday - Emmer Daniel



H a P p Y 9th B i R t H d A y
06/02/2011 (Ahad) - Happy 9th Birthday untuk anak Mummy, Emmer Daniel. Doa Mummy dan Daddy semoga Danny dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang soleh. Rajin2lah belajar dan jadi contoh yang baik untuk adik2 ye sayang. Cepat betul masa berlalu kan...

9th birthday card untuk Daniel... card ni Mummy tunjuk dan bagi dia baca lepas tu Mummy ambik semula dan simpan... so dah ada 9 birthday card untuk Daniel. Nanti bila dia dah besar dan pandai simpan barang baru Mummy akan bagi semua card ni kat dia...


Birthday wish from Daddy


Birthday wish from Mummy.... emmm cam buruk jer kan tulisan Mummy tu... hahahah

So untuk hari ni Mummy tak ada buat apa2 jamuan pun, setakat buat birthday cake untuk Danny. Bukan nak puji yer tapi kek kali ni tersangatlahhhhhhhhhh sedapnye. Mungkin sebab Mummy letak choc ganache topping xtraaaaaa kut!!! Sampai dua lapis uuuuu..... Ok forget about the cake.

Dafiy & Dania tak berapa sihat so plan nak pergi mandi manda ke Desa Waterpark pun tak jadi. Cuma bawak dia orang ke Alamanda je, pusing2 cari present dan makan sekejap. Dafiy pun tak ikut sebab dah tidor.

Jomlah layan gambar je....
Apa yang best tu?

Happy to see you happy!

Sukanya dia...


Tak sabar2 nak meniup lilin



Danny tengah buat birthday wish ke?

Blow... blow... blow


Homemade choc cake baked and deco by me... Made with full of love.... rupa tiada tapi rasa mantapsssssss

Love you Daddy

Ooooo kat Daddy kiss kat Mummy tak ye....


Bday boy with Mummy & Daddy

Dafiy not in d photo... masa ni dai dah zzzzzzzzzz

Lepas sesi potong cake dan posing2 kat rumah, bawak anak2 ke Alamanda. Si kecik Dafiy kena tinggal sebab dia tak berapa sihat dan dah tidur pulak tu. Si Dania tu actually pun demam lagi tapi sebab tau orang nak berjalan, dia buat2 sihat la...

Wah, Danish makan nasi goreng dalam kuali tu...

Grilled fish with mashed potato

Soto untuk Mummy...

Nasi putih, kuah lemak kuning dan daging dendeng untuk Mummy... banyaknye Mummy makan... hehhe... alkisahnye dah order soto tu pas tu ternampaklah pulak kedai jual menu nasi padang dan nampak pulak daging dendeng tu pulak...

Apple & watermellon juice giant glasses

Danny layan salmon tepanyaki... jenuh tunggu dia siap makan... tengah belajar makan guna chopstick... terkial2 dia


Aksi ntah apa2 dari Danish

Dania pun tetiba sihat je...


Ada show tarian naga
Masa pusing2 tu rasa cam nak tarik je orang pakai t'shirt putih tu ke kedai belakang... heheh

Dah besar2 ni Danny pun tak de beria2 mintak birthday present...remote control ke apa ke. Dia mintak PSP ... tapi untuk hadiah yang dia mintak tu rasanya untuk masa terdekat ni Mummy tak belikan lagi kut. Takut nanti dia leka sangat main dengan PSP tu. Last Mummy belikan dia kasut. Dari Alamanda, balik singgah kat Warta Bangi pulak, Daddy nak cari CD2 games untuk anak2. Sampai rumah solat dan zzzzzzzzzzzz sampai kul 6pm.... bestnye tidurrrr

Castle kecik untuk Dania ... Masa kat Toy 'r' us jenuh dia tunjuk kat Mummy castle yang besar2 tu, lastnya Mummy beli castel ciput je... Si Dania ni tak boleh beli mainan mahal2 kat dia sebab dia cepat bosan... so bila dah bosan dia akan buat dak je kat toys tu, tu yang Mummy belikan yang paling murah je...

Kasut untuk Daniel... kasut Mummy RM29.90 je tau.... huhu.... tak apa lah Danny punye pasal Mummy belikan... Tapi tak apalah kasut ni boleh gunakan hari2, kalua belikan mainan ntah berapa hari je bertahan...


Oreo choc untuk Daniel bawak ke sekolah hari ni dan bagi pada kawan2 sekelas dan guru2nya

Oh mukaku ada dalam oreo choc ni....

p/s N3 ni agak lewat dipublish sebab ada problem nak upload gambar, x tau apasal asyik keluar error 'server rejected' je... bosan betul. Mummy terpaksa tukar setting kepada old editor baru boleh upload gambar, klu guna old editor memang hazabbbb sikitlah kalau nak letak gambar banyak2.... So kalau nak tengok lain2 gambar tengok je dalam FB Mummy