Monday, November 1, 2010

Makan2 di hujung minggu...

Hari Sabtu seharian sibuk dengan kelas choc so hari Ahad baru nak lepak2 santai, tapi tak de pun lepak2... kul 7am dah terpacak pun kat pasar Kajang ni. Stock lauk pauk dalam peti sejuk dah nak clear. So marathon kat pasar by 8.30am dah sampai rumah. So pas kat bibik untuk urusan cuci2 dan simpan ikan dalam peti sejuk. Hasil tangkapan biasalah stock lauk pauk untuk 2 minggu... ayam,ikan tenggiri, ikan sardin, ikan kembung, ikan gelama, ikan senangin & ketam. Ikan bilis, ikan masin bawang2 dan yang sewaktu dengannya.

Breakfast hari ni ringan2 jer, muffin yang Mummy buat malam sabtu, goreng nugget dan rebus kentang.


Muffin oren lagi... Kali ni Mummy tak guna muffin cup tapi try guna muffin mould baru beli kat Bake With Yen. Maybe sebab first time guna so ada la pulak yang melekat2 kat mould tu...hehehe... wajib cuba lagi lain kali sebab nak dapatkan hasil cam kat sini

Lepas breakfast tu anak beranak semua pegi tambah pelaburan kan Tesco Saujana Impian Kajang.

Sebahagian hasil pelaburan kat Tesco... barang2 keperluan bulanan. Mummy sempat sambar 2 helai 'baju ngaji' .... stock raya puasa tak habis kut tu yang dia jual murah2 kut...hehhe... baju ngaji pun ok la...

Sampai rumah dah almost 12.30pm. Nasib baik bibik dah siap masak, Mummy tinggal tambah masak satu lauk je.

Ketam goreng berladayang memang mables... memang sedap dimakan begitu saja... heheh.... dulu2 beli 4 ekor ketam je dah cukup untuk Mummy dan Daddy. La ni kena beli lebih la pulak sebab Danny & Dania dah jadi hantu ketam....


 
Masak lemak tauge & tauhu dan ikan sardin goreng


 
Sambal belacan 'membunuh' dan ikan masin tengiri.... satu taman bau ikan  masin... hehehe

Lepas lunch dan fikir nak sambung bersilat lagi kat dapor... hehehe... makan... makan... makan.... Dari hari sabtu dah plan nak buat koci labu. Lebihan labu ada separuh lagi. Daun pun dah beli kat pasar Kajang, yg spoil tepung pulut ada ciput la sangat. So menukar plan nak buat lepat labu la pulak tapi dalam pada tu tekak tetap terasa2 nak makan koci labu so hendak tak hendak merempit kejap ke kedai beli tepong pulut. So finally Mummy buat dua2...hehehe.... buruk makan betul ... hehehhe..... jemput la rasa koci dan lepat labu Mummy ni yer...

Assistant pengacau tetap xtvt memasak

Koci yang sedia untuk dingap, sorry le segan la Mummy nak tunjuk koci yang masih berbungkus sebab buruk ya amat bentuk dia tu... hihihi... Rasanya ini first time Mummy buat koci labu dan 2nd time buat koci. Kat rumah Nilai dulu ada sekali Mummy buat koci pulut biasa.


Tapikan walaupun bungkusan koci tu buruk tapi rasa dia....walaaaaaaaaaa.....sedapppppppp dan lembut sangatttttttttt.... memang Mummy lebihkan labu dia tu yang xtra lembut tu, cuma susah sikit la masa nak bungkus tu. Menambahkan kelembutan dan kesedapan koci tu kan...emmmm tengoklah santan pekat likat kat koci tu..... Daddy kata sedapnyeeeeeeeee.... baru angkat panas2 dia ngap 3 ketul...nasib baik tak melecur kepanasan.... makan sambil pekena teh-o panas kurang manis waktu hujan gerimis pulak tu..... memang layan la.....


Lepat labu yang sedap gak....


Memang terasa betul labu dia, Mummy campur tepong gandum ngan tepong beras sikit dan yang pasti letak pati santan lagi. Dan kelapa parut kat tengah2... kalau kelapa partu tu dapat yang mudah lagi mablesssssssssssssssss...... lepat labu ni dah habis ye....koci ada dalam 10 ketul lagi kut.... tak sangak pulak si Daniel suka, pagi tadi sebelum g sekolah agama habis gak 3 ketul dia makan... si Danish pulak tak minat....

Friday, October 29, 2010

Bagaimana menghilangkan marah?


Semua orang pernah marah... betul tak? Siapa yang tak pernah marah? Sedangkan baby yang baru lahir pun akan marah kalau lambat diberikan susu. Mummy rasa marah tu memang sifat semula jadi  manusia cuma kita mestilah tahu bagaimana nak mengawal sifat marah kita dan jangan marah tak tentu sebab dan masa. Dan janganlah pulak marah sepanjang masa je. Dan marah pun ada etikanya juga.

Mengikut seorang psychologist yang study tentang 'marah', Charles Spielberger (bukan Steven Spielberg ye...heheh)....

Anger is “an emotional state that varies in intensity from mild irritation to intense fury and rage,” . Like other emotions, it is accompanied by physiological and biological changes; when you get angry, your heart rate and blood pressure go up, as do the levels of your energy hormones, adrenaline, and noradrenaline. Anger can be caused by both external and internal events. You could be angry at a specific person (Such as a coworker or supervisor) or event (a traffic jam, a canceled flight), or your anger could be caused by worrying or brooding about your personal problems. Memories of traumatic or enraging events can also trigger angry feelings.


N3 yang Mummy ambil dari beberapa sumber ni untuk peringatan dan panduan diri sendiri & keluarga dan juga pengikut blog ini. Sharing is caring kan.... luv u all.

---------------------
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Kita mesti ubati hati kita. Kita mesti membuangkan rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

1. Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)



2. Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.


6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai. Jangan menyampaikan kemarahan dihadapan orang ramai kerana bukan sahaja orang yang anda marah akan malu tapi anda sendiri patut rasa malu. Ini boleh  menyebabkan orang yang anda marah menyimpan dendam terhadap anda kerana merasa telah memalukannya dikhalayak ramai.



7. Berfikiran positif.


8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.


10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

Dari segi kesihatan, seorang yang selalu marah atau sering marah, terbukti memiliki tekanan darah dan kolesterol yang tinggi. Begitu juga dengan pengeluaran asam amino, sebagai penyebab terjadinya penyakit jantung.



Di saat kita marah, jantung akan bekerja lebih kuat dan bernafas lebih cepat. Tidak hairanlah pada saat marah, kekuatan kita menjadi luar biasa. Buktinya? Suara makin menggelegar, isinya berubah menjadi bentuk makian, teriakan dan gerakan tubuh yang kuat. Belum lagi ekspresi wajah yang menyeramkan, mata merenung tajam, wajah merah padam atau berubah pucat lesi.

Oleh itu, marah harus dapat dikendalikan agar kesihatan tubuh dapat tetap terjaga. Justeru itu, jangan marah.
 
sumber : berita harian dan lain2

Rezeki hari jumaat...


EPSI BOTTLING COMPANY
#14 Cruze Row London,
DX LDE 17 WC1R 4BU
United Kingdom.
Ref: XYL /26510460037/05
Batch: 24/00319/IZP


Congratulations winner,

The Board of Directors and the International Promotion Department of Pepsi
Bottling Company in conjunction with the Euromilliones Intl wishes to
congratulate you on your success for being one of our lucky prize
winner of One
Million Great Britain Pound Sterlings(£1,000,000.00) in our
NCSP(NEWYEAR CRISIS
SOLUTION PROMO) program. This notice will come to you as a surprise,
The results
of the 2010 electronic online email sweepstakes is out, and your email ID won
£1,000,000.00 pounds in category 2a, attached to Qualification Number
CE46901JES
and lucky winning Number PL/09788/60

This is a program aimed to help families with the current Global crisis and
aimed also at encouraging Internet users, hence no ticket sold. We request you
pay attention to this notice and follow, the procedures to claim your
prize. To
file for your claim contact the appointed paying finance agent on the email
given below.
******************************************************************************
Name:Mr. Peter Schlaak
E-mail: pepsiprocenter@qatar.io
Claims Processing Manager, Payment and Release order Department,
*******************************************************************************

Quote your Qualification Number, winning number, your full name, Address,
Country, Telephone, Mobile, Fax number and occupation via email to enable the
process of your winning.

Congratulations in Advance!! We wish you the best of luck as you spend
your good
fortune.

Sincerely,

Mrs. Susan Wilson.
Pepsi Online Co-ordinator.
...............................


Mummy tengah pening ni memikirkan apa Mummy nak buat dengan 1 Juta Pound Sterlings (lebih kurang RM 5M...) ... klu ada sesiapa nak bagi la no acc ye....  Hairan bin ajaib siapalah yang baik hati nak bagi Mummy 1M Pound Sterlings ... macam2 la taktik nak menipu di zaman sekang ni.

Mondom

Minggu yang mondom dan busy, tak sempat nak buat apa2 n3. Anak2 sibuk ngan final exam so emak bapak pun kena buat revision sama.

Monday, October 25, 2010

Resepi daging salai pak pandir

Sabtu lepas Mummy masak lagi daging salai pak pandir. Mummy masak dalam 2kg sebab nak bawak ke kenduri rumah Datin S. Pada yang tak tau apa sedapnye daging pak pandir ni boleh la cuba. Dah cuba sekali mesti nak lagi, cuma mungkin susah sikit nak cari kat mana ada jual daging salai ni. Pada yang nak cuba ni Mummy tunjuk cara masak ikut versi Mummy la, orang lain Mummy tak tau la pulak. Resepi ni pun main anggaran dan campak2 jer, tak de nak sukat2.

Cili padi (nak pedas letaklah banyak2), bawang merah, bawang putih, halia & kunyit semua blend. Serai tu ketuk2 je la ye..

Daging salai tu potong nipis2... kira bercinta gak nak potong daging ni. Yang pasti pisau kena sah dulu bagi tajamm Kira jari jemari Mummy sampai melepoh gak le potong 2kg daging salai ni. Lepas tu rendam dan basuh berkali2. Mummy basuh dengan tepong gandum dan asam jawa. Selain nak hilangkan kesan2 hitam arang boleh hilangkan bau daging gak. 

Pucuk ubi kena ada... kalau tak ada pucuk ubi letak kentang je pun ok gak. Kalau ada belimbing buluh lagi sedap. Pucuk ubi ni nak rebus dulu pun boleh tak nak rebus dulu pun ok gak. Tapi nasihat Mummy kalau pucuk ubi tu banyak better direbus dulu, takut pahit la pulak. Tapi kalau pucuk ubi tu sikit jer, campak je terus tak payah rebus2.

Ini bukan daun limau tapi daun pelembut daging, letak daun ni insyallah dalam masa 30-45 minit daging salai ni dah lembut. Tak perlu gune pressure cooker pun.

Pati santan jangan lupa... daging salai ni kuah dia kena pekat2 baru sedap... klu cair jer macam masak bening je la pulak.

Rebus daging dulu dan masukkan segala bahan2 yang dah diblend.

Biarkan sampai daging empok.

Masukkan santan dan pucuk ubi...

Campak segala garam dan serbuk perasa dan biarkan hingga mendidih.... siap dah... Petua nak menikmati kelazatan masak lemak daging pak pandir ni, makan dengan nasi panas dan ikan masin jer, jangan ada lauk pauk yang lain... selamat mencuba

Yang pasti masa kenduri rumah Datin S ni, daging salai pak pandir mendapat permintaan yang tinggi, makan masa lunch dengan ada sambal belacan dan ikan masin pulak, so memang mantap la.