Sekarang Dafiy dah pandai jalan jatuh. Gigi pun dah ada empat batang dan dua batang dah nampak nak naik. Kalau menyusu pun dia suka gigit putting…aduh sakitnya. Petang ni balik kerja mummy akan beli kek untuk Dafiy. Dan malam ni boleh celebrate dengan abang2 dan kakak. Semalam mummy buat kek choc kukus untuk bawak ke tempat ngaji. Goodies pun mummy dah siapkan. Bolehlah petang ni bibik tolong bagi pada anak2 yang mengaji. Semua orang kenal Dafiy di tempat mengaji tu sebab sejak umur dia 2 bulan bibik dah bawak Dafiy.
Dengar jer masalah berkaitan dengan jantung mummy memang tak sedap hati, setiap hari tak henti2 mummy berdoa semoga Allah memberikan mummy peluang membesarkan baby yang mummy kandung ni. Internet memang menjadi teman setia diwaktu2 lapang, mummy cuba dapatkan maklumat sebanyak mungkin berkenaan dengan masalah ini.
Mummy diarahkan untuk masuk ke ward pada 25/5/2008. Sehari sebelum itu Jumaat 24/5/2009 doktor dari Hospital Putrajaya telefon meminta mummy datang ke hospital petang ni juga . Jantung mummy berdegup sepanjang perjalanan ke hospital, macam-macam yang mummy pikirkan, mummy ingat doctor nak operate mummy awal. Sampai di hospital mummy jumpa dengan doctor pakar O&G. Tujuan doctor panggil sebenarnya doctor nak maklumkan kepada mummy dan daddy berkenaan dengan situasi mummy dan baby.
According to Doktor, the best place untuk mummy bersalin adalah di Hospital Besar KL (HKL). Ini disebabkan HKL dekat dengan Institut Jantung Negara (IJN) tapi disebabkan short notice ward di HKL telah penuh. Mummy kena tunggu lama sebelum dapat masuk ward sebab ward semua penuh. Boleh staff yang jaga kaunter tu suruh mummy balik dulu dan bila dah sakit dah nak bersalin datang semula. Nak marah pun ada gak sebab mummy dah bagi semua surat dan bagitau yg mummy akan bersalin secara operation esok hari. Hampir pukul 4 baru mummy dapat masuk ward.
26/5/2008 (Isnin) - Nurse bagitau mummy orang pertama yang akan operate hari ini. Mummy fikir paling cepat dalam pukul 8 baru kena bersiap untuk masauk ke bilik OT. Jadi Mummy htr sms kat Daddy kata pukul 8 nnt mmy dah nak masuk OT so Mummy suruh Daddy datang awal sebelum Mummy masuk ke bilik OT.
Untuk pembedahan bersalin kali ini doctor tak bagi bius habispun, dia bagi epidural injection. Ini bermakna mummy akan sedar sepanjang pembedahan dilakukan. Mummy siap mintak kapas kat nurse suruh sumbat kat telinga Mummy sebab Mummy tak nak dengan bunyi gunting dan alat2 pembedahan lain berlaga. Gelak jer nurse tu. Mummy tengok jam kat dinding jer. Pukul 8 pembedahan start, memang tak rsa sakit apa, tpai terasa lak juga bila perut dikuak nak keluarkan baby dan masa jahit pun terasa ler jarum keluar masuk kulit tapi tak sakit. Bila dengan baby menanggis lega rasanya. Lepas baby dikeluarkan doctor tak tunjuk pun kat Mummy, terus dibawanya pergi. Setidak2nya tunjuklah babu sekejap bagitau jantina apa (walau mumy dah tau). Sedar2 mummy dah ada kat bilik pemerhatian menunggu nak dibawah ke ward. Kul 10.30 mummy dah masuk ke ward. Tapi mamai2 lagi. Perkara pertama mummy Tanya kat daddy baby macamana. Daddy kata baby ok. Daddy kata baby ditempatkan di NICU untuk observation doctor. Daddy dah tengok baby di NICU dan azankan dia.
Selagai mummy tak tengok baby mummy tak puas hati. Hari kedua barulah mummy berpeluang untuk pergi melihat baby. Tak sampai hati tengok babies yang ada di dalam NICU, bila nampak baby mummy tidur lena terasa macam nak angkat dan peluk jer. Tapi wayar dan jarum penuh berselirat di badan, mana mungkin mummy nak dokong dia. Mummy cium dan gosok2 badan baby, tak sabar rasanya nak bawak baby keluar dari NICU.Sebelah tengahari adik beradik mummy yang bercuti di PD singgah melawat. Tapi semua tak dapat tengok baby sebab hanya parents sahaj yang boleh masuk ke NICU. Tak lama selepas adik beradik mummy balik nurse datang bawak baby. Alhamdulillah. Leganya mummy dapat pegang baby. Hilang sakit kesan pembedahan.
Tiga hari di wad bersalin, mummy dipindahkan ke ward kanak2 pulak. Nurse kata baby ada G6PD (intermediate level), jadi selalu senang kena kuning. Nurse kata doktor nak buat observation lagi 2-3 hari.Tiga hari di wad kanak2 kami dibenarkan keluar. Alhamdulillah, dapat keluar hospital dan boleh jumpa anak2 yang lain. Rindu kat dia orang.
Itu semua kisah setahun yang lalu, semoga baby mummy Emmil Dafiy akan sentiasa di dalam peliharaan Allah dan mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat kelak. Kami sayang Dafiy.
























