Sunday, January 26, 2014

Bukan tempe goreng biasa!

Edisi mari menternak lemak-lemak di badan....


Menu hari ni


Masak lemak putih pucuk ubi. Bila lepas balik dari kampunh selalunya Mummy akan masak sayur ni? Kenapa? Sebabnya pucuk ubi tu bawak dari kampung. Lagipun kat sini susah nak dapat pucuk ubi. Kalau daun ubi banyaklah orang jual.


Kalau ada lemak putih pucuk ubi ni wajublah ada sambl belacan. Baru ngam.


Nak bagi terangkat lagi, ikan masin jangan tinggal.


Ini bukan sekadar tempe goreng biasa. Dari semalam teringin nak makan tempe bacem. Korang tau ke tempe bacem tu apa? Kalau tak tau sila tanya Uncle Google. Dijamin sedapppp


Untuk anak-anak kita buatkan ayam goreng rempah bite size je la.


Ikan besar2 mahal so kita goreng ikan kucing je la ye

1 comment: