Blog catatan kehidupan peribadi Mummy bersama hubby dan lima orang permata hati kami, Emmer Daniel, Adam Danish, Dania Batrisya, Emmil Dafiy dan Dhiya Danisha. Juga cerita-cerita tentang saudara dan suku sakat Mummy. Ada juga cerita kenangan bersama emak dan abah.Luv u all.
Saturday, April 26, 2014
Tuesday, April 22, 2014
Secawan Nes O Panas

Lepas dinner bancuh nes o satu mug besar. Pas tu sembang-sembang dalam wassap family. Lepas tu adik Mummy si Mama Miraki kata jangan minum nes o selalu nanti pening. Dan kalau oranh ada migrain pun tak boleh minum nescafe. Ya ke? Itu fakta atau auta ya. Mummy dalam sehari sekurang-kurangnya 3 kali pekena nes o. Pagi sebelum pergi kerja, minum petang di opis dan malam selepas dinner. Itu dah masuk kategori ketagih ke belun ye? Hehehe. Mummy suka nescafe gold sebab aroma dia sangat-sangat sedap. Kalau tak yang ada kafin boleh je beli yang decaffeinated.
posted from Bloggeroid
Saturday, April 19, 2014
H2O... Air oh air

Alhamdulillah disaay simpanan air di rumah diparas kritikal hujan turun dengan selebat-lebatnya selepas Asar tadi. Mummy anak beranak sama-sama menadah air dan angkut masuk ke bilik air. Perghhh sakit pinggang weiii. Terasa macam zaman dulu- dulu masa kat kampung je. Bila hujan je abah sibuk dan kerah anak-anak bukak penutup tempayan. Adoi nostalgia betul

Kerahan tenaga ni... semua terlibat ...hihi
Kain baju dah menimbun. Tunggu esok la baru cuci. Kalau ikut schedule esok dalam 10.30 am dah ada air.
posted from Bloggeroid
Daniel's Birthday Celebration
N3 terperap dalam draft mode sekian lama. Peristiwa 6/2/2014 yang lepas. Ulang tahun kelahiran bujang sulong Mummy si Emmer Daniel a.k.a Along.
Tak sempat nak membaking. So mummy beli je kek kat kedai.
I'm 12...
Love u forever....
Mummy dan anak-anak
Daddy dan anak-anak
Small gift from Mummy & Daddy
Saiz badan dah lebih besar dari Daddy. Baju Daddy pun dia tibai pakai je
5 siblings
Masing-masing berkerumun nak tahu apa hadiah Along dapat. Tahun lepas Mummy belikan dia iPad mini, tahun ni Mummy hadiakan dia jam .... ice watch swatch ada dalam wishlist dia...
Ini birthday card Along yang ke-12 dari Mummy dan Daddy. Birthday card dari 1st - 11th year ada dalam simpanan Mummy. Nanti bila dia dah besar dan jaga sendiri barang-barang peribadi, barulah Mummy akan serahkan kesemua birthday card yang pernah Mummy dan Daddy berikan pada dia.
Friday, April 18, 2014
?????

Sudah masuk hari ke 42 tragedi kehilangan pesawat MH329 berlalu, tapi banyak persoalan yang belum berjawab.
Di MANA MH370 sekarang?
APA berlaku pada MH370?
BAGAIMANA ia berlaku?
SIAPA yang lakukan?
BILA MH370 akan ditemui?
BILA semua persoalan ini akan terjawab?
posted from Bloggeroid




















