Monday, January 21, 2013

Draft Mode Forever!

Ada almost 20 draft entry dalam blog Mummy... heheh. Tak tau le kenapa mood nak berblog kelaut betul. Actually banyak benda yang Mummy nak masukkan dalma blog ni untuk aktiviti sepanjang bulan november dan disember yang lalu. Tapi mungkin sebab masa tu Mummy tak ada bibik dan hujung tahun kerja opis memang menimbun2 tu yang memang tak sempat nak berblog... alang2 dah ada dalam draf nanti Mummy publish gak ler cerita tu walau dah basi...heheh

- Petrosains KLCC
- i-City Shah Alam
- Sg Congkak Lagi
- Cuti-cuti Malaysia Perak-Penang-Kelantan-Terengganu-Pahang
- Farewell Party
- BBQ Time
- Dll lagi ler..

Sunday, January 20, 2013

Dating time...


Bye anak2, duduk rumah elok-elok ya. Mummy nak gi dating ngam Daddy...Tak pegi jauh pun setakat Bangi-Nilai-Beranang-Semenyih-Bangi.

Tujuan utama actually nak ambik kuih pau kelapa dan karipap frozen yg Mummy order dgn jiran mummy masa duduk nilai dulu. Pau kelapa dan karipap yang dia buat memang terbaekkkklah. Mummy sekalinorder memang banyak, tadi ambik 10 pkt pau kelapa dan 6 pkt karipap. Selalunya 2 bulan sekali Mummy akan order.

Dari Nilai daddy ajak meronda ke Beranang. So Mummy singgah kedai Beranang Antique... apa lagi nak tabah koleksi ler...


Daddy dengan owner Beranang Antique, Abang Lan. Familiar kan muka dia. Memang pun dia ni kan kerap berlakon drama2 tv.

Layan jerr la gambar kat kedai antique nia...









Ini bukan barang antik yer...heheh. Petai ni kawan Daddy bagi. Banyak ni apa Mummy nak buat. Jiran sebelah dah bagi. Buat berniaga kat pasar malam ok kut...hahaha

posted from Bloggeroid

Saturday, January 19, 2013

Jom gi pasar


Breakfast pagi ni meehoon goreng puti @ singapore. Sedapppppp. Hihi sendiri puji la...

Dah breakfast gi la pasar pulak. Harga ikan ayam semua naik. Yang turun cuma hujan jer la. Ayam pagi ni kat tempat Mummy RM7/kg, ikan parang 19.50, tenggiri 27, kerisi 14, udang 22, sotong 19.50, ikan sardin 11....belanja pasar Mummy hari ni RM230. Next week insyallah mummy blk kg so boleh la gi terjah pasar kat PS.


Ini stock novel mummy beli utk minggu ni...

posted from Bloggeroid

Sunday, January 13, 2013

Breakfast hujung minggu


Pagi tadi masa bangun tidur hujan turun boleh tahan lebat. So apa lagi lepas subuh tarik selimut ler semula. Kul 8.30 am turun bawah gi dapor otormatik perut lapar... hehe...nak makan apa ek...tetiba teringat dulu kalau hujan2 kerap emak buat sarapan pulut gaul kelapa. So ini lah breakfast Mummy pagi tadi. Untuk daddy mummy gorengkan ikan masin untuk cicah dengan pulut ni


Untuk anak2 mummy gorengkannhash brown jer


Ini semalam punya breakfast... garlic bread ngaan boiled potato jer


Petang semalamngaak 1st time mummy buat apam gula hangus. Alhamdulillah menjadi cuma gula hangus tu cam terover cooked sikit....Tak pe lain kali boleh try lagi

posted from Bloggeroid

Friday, January 11, 2013

Jom layan novel!


Weekend datang lagi... lupakan pasal kerja (boleh ker???), lupakan pasal customer yang garang nak ma*pus cam singa hilang anak, jom kita layan novel. Novel2 ni baru jer Mummy beli sat tadi. Lepas maghrib tadi hantar Danny gi tution pas tu on the way balik Mummy singgah ke Pustaka Rakyat sekejap beli novel2 ni...