Tuesday, May 13, 2014

Uli-uli Pra-Aidil Fitri

Cuti Hari Wesak... Uli-uli pra-aidil fitri dengan anak dara Mummy si Dania. Projek buat choc chips cookies je pun.


Butter kasi pukul sampai lembuttttt


Masukkan tepong dan uli-uli hingga lembut. Campak almond nib dan choc chips. Lagi banyak kekacang lagi sedappp


Cubit-cubit je adunan tu dan letak atas loyang pembakar. Ikut sukalah nak besar ke nak kecik. Jangan lupa alas dengan kertas minyak ya.


Bakar dengan suhu 160° dalam 15-20 minit. Ikut oven masing-masing.


Okey siap dah... dengan sekilo tepong ni Mummy dapat dalam 350 biji. Senang je kan.

Tiap kali raya cookies ni memang wajib Mummy buat.


Si kecik Dhiya Danisha dah 9 bulan. Sekejap lagi dah boleh tolong Mummy masak kat dapor ni.

posted from Bloggeroid

Sunday, May 11, 2014

Our 16th Wedding Anniversary

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥



Assalammualaikum,

Ahad 11-05-2014, Alhamdulillah hari ini Mummy dan Daddy menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang. Cepat betul masa berlalu kan. Dari berdua 1998-2001, 2002 bertiga, 2003 berempat, 2005 berlima, 2008 berenam, 2013 bertujuh.

Alhamdulillah, semoga jodoh kami berpanjangan dan hidup sentiasa dalam keberkatan Illahi. Sekarang ni masa untuk membesarkan anak2 dan memberikan ilmu agama dan ilmu pengetahuan yang berguna kepada mereka.

Terima kasih daddy atas layanan terbaik daddy untuk Mummy dan anak2 selama ini. We love you very much...


Berselfie dengan Dania dan Dafiy... hari ni sports day SmartReader BBBangi. Celebrate anniversary di MTDC-UPM le nampaknya huhhh

posted from Bloggeroid

Saturday, April 26, 2014

Tak perlu kata apa-apa!

Tambah pelaburan di Tesco malam tadi. Ini hasil pulangan.












posted from Bloggeroid

Tuesday, April 22, 2014

Secawan Nes O Panas


Lepas dinner bancuh nes o satu mug besar. Pas tu sembang-sembang dalam wassap family. Lepas tu adik Mummy si Mama Miraki kata jangan minum nes o selalu nanti pening. Dan kalau oranh ada migrain pun tak boleh minum nescafe. Ya ke? Itu fakta atau auta ya. Mummy dalam sehari sekurang-kurangnya 3 kali pekena nes o. Pagi sebelum pergi kerja, minum petang di opis dan malam selepas dinner. Itu dah masuk kategori ketagih ke belun ye? Hehehe. Mummy suka nescafe gold sebab aroma dia sangat-sangat sedap. Kalau tak yang ada kafin boleh je beli yang decaffeinated.

posted from Bloggeroid

Saturday, April 19, 2014

H2O... Air oh air


Alhamdulillah disaay simpanan air di rumah diparas kritikal hujan turun dengan selebat-lebatnya selepas Asar tadi. Mummy anak beranak sama-sama menadah air dan angkut masuk ke bilik air. Perghhh sakit pinggang weiii. Terasa macam zaman dulu- dulu masa kat kampung je. Bila hujan je abah sibuk dan kerah anak-anak bukak penutup tempayan. Adoi nostalgia betul


Kerahan tenaga ni... semua terlibat ...hihi

Kain baju dah menimbun. Tunggu esok la baru cuci. Kalau ikut schedule esok dalam 10.30 am dah ada air.

posted from Bloggeroid