Tuesday, May 13, 2014

Uli-uli Pra-Aidil Fitri

Cuti Hari Wesak... Uli-uli pra-aidil fitri dengan anak dara Mummy si Dania. Projek buat choc chips cookies je pun.


Butter kasi pukul sampai lembuttttt


Masukkan tepong dan uli-uli hingga lembut. Campak almond nib dan choc chips. Lagi banyak kekacang lagi sedappp


Cubit-cubit je adunan tu dan letak atas loyang pembakar. Ikut sukalah nak besar ke nak kecik. Jangan lupa alas dengan kertas minyak ya.


Bakar dengan suhu 160° dalam 15-20 minit. Ikut oven masing-masing.


Okey siap dah... dengan sekilo tepong ni Mummy dapat dalam 350 biji. Senang je kan.

Tiap kali raya cookies ni memang wajib Mummy buat.


Si kecik Dhiya Danisha dah 9 bulan. Sekejap lagi dah boleh tolong Mummy masak kat dapor ni.

posted from Bloggeroid

1 comment: