Thursday, July 11, 2013

2 Ramadhan

Alhamdulillah...berlalu 2 Ramadhan. Semoga puasa kita semua adalah puasa yang sempurna.


Menu hari ni... masak lemak ikan parang + nenas, lemak putih bayam, sambal ayam dan ikan masin pekasam + talang goreng bawang


Kuih-kuih ni daddy beli kat PaRam. Tunggu weekend kut kalau mummy nak buat kuih sendiri. Semalam 2 biji pulut panggang jadi hidangan Cik Pah. Alhamdulillah hari ni kuih2 habis dan tak membazir.

posted from Bloggeroid

Berlalu 1 Ramadhan

Alhamdulillah 1st Ramadhan sudah berjaya dilalui. Anak2 bertiga pun tak ada komplin letih or lapar. Masing-masing dah semakin besar, Danny dah 11, Danish 10 dan Dania 9. Dafiy baru 5 so memang dia tak puasa lagi pun.

Bulan puasa ni office hour sangat fleksibel. Boleh nak masuk pukul berapa. 8-4.30, 8.30-5.00 atau 9-5.30pm. Mummy pilih masuk 8am dan balik 4.30 pm. Pada Mummy tak ada beza sangat pun sebab hari2 biasa walau office hour start 8.30am selakunya 8am Mummy dah sampai. Cuma sekarang boleh balik sejam awal sebab waktu rehat dipendekkan 30 minit.

Dapat balik awal so tak la rushing sangat nak masak untuk berbuka. Bibik pun dah masak nasi dan gorengkan ayam. Si mummy tinggal masak menu tambahan.


Kari kepala ikan salmon requested by Daddy.


Ayam goreng ni wajib ada


Sayur goreng ni menu Mummy


Sotong goreng kunyit


Kuih talam campur2 Daddy beli... RM4


Pulut panggang RM2


Air sirap laici dan teh-o. Ada Daddy beli air kelapa tapi duka cita la, cam minum air gula jer. OH peniaga nak untung pun patut2 la

posted from Bloggeroid

Tuesday, July 9, 2013

Shopping pra-raya

Esok nak puasa hari ni Mummy sempat menyinggahkan diri ke Sogo. Hajat dihati nak gi ke Sogo masa member sales hari Jumaat dan Sabtu yang lalu tapi memandangkan dah dapat bayangkan macamana keadaan sesak di Sogo masa dua hari tu so Mummy tak pegi pun. 

So pegi Sogo hari ni still lagi sales rays tapi tak adalah addittional discount untuk member card tu...

Puasa pun belum dah sibuk nak raya kan...ish ish ish..


Hasil rembatan hari ni

Orang ramai anak kecik ni jenuh kalau gi shopping sorang2 dan nak pilih design lain-lain pulak tu. So nak jimat masa dan tenaga, untuk anak-anak bujang kecik Mummy ni Mummy ambik jer design yang sama untuk dia orang 3 beradik, saiz jer lain-lain. Berborialah dia orang...hahah.

Settled untuk Dafiy... selauar ngan baju semua dah dapat. Tapi seluar tu cam Mummy nak tukarkan la sebab cam ngam2 jer dia pakai, confirm dua tiga bulan lagi dah senteng

Anak dara ni pulak Mummy baru belikan few t'shirt, blouse dan seluar selai jer. Tinggal nak belik dia gown, long dress dan jean jer

Untuk Daniel & Danish, Mummy beli belikan seluar lagi. Selalunya utk 2 bujang yang dah besar sikit ni Daddy yang akan belikan, ikut taste Daddy le.

Salam Ramadhan ... menang mini iPad


me n him....


We in black

Sempena Ramadhan yang akan kita sambut lusa, office mummy buat majlis sambutan Ramadhan untuk staff, keluarga, partner n customer. Lokasi di Arabian House dkat dengan rumah Mummmy jer. Alhamdulillah lebih darib120 tetamu sudi hadir.


Tuah mlm ni... Mummy menang lucky draw tempat ke-3. Dapat iPad mini.


Lepas ni jangan gaduh-gaduh. Masing-masing dah ada iPad sendiri. Kalau tak cukup bik pad mummy banyak dalam laci bilik tu...hihihi


Mummy salah sorang committee untuk jamuan malam ni. So masa buat list ni dan masa bungkus- bungkus hadiah dalam hati memang mengharapkan dapat hafiah top 3. Alhamdulillah dapat juga akhirnya. Sebelum ni mummy tak pernah bertuah untuk sebarang lucky drawnpun.

posted from Bloggeroid

Tuesday, July 2, 2013

Secara tiba-tiba...



Lama tak layan drama2 lakonan AA ni. Yang last Mummy layan drama Adam & Hawa lepas tu tak berkesempatan nak layan lagi. You jangan merajuk ye AA nanti kalau i free sikit i tengok ulang tayang la drama2 n filem2 lakonan you tu...