Tuesday, October 14, 2014

Al-Fatehah ... Perginya Seorang Abang

Al-fatehah. Abang Mummy Yin@ Wong Khoo Lai meninggal di Hosp Sultanah Aminah awal pagi tadi. Sekarang Mummy dalam perjalanan balik ke kampung. Semoga arwah Yin ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.


Kenangan terakhir bersama dengan Yin masa raya haji yang lalu. Tiada lagi lawak jenaka tiada lagi laungan azan tiafa lagi merdu suara menyanyikan lagu2 lama.

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 8, 2014

Trans Cambodia - Qurban Ride 2014 (Day 1 & Day 2)


Daddy join Trans Cambodia - Qurban Ride 2014 dari 2-15 Oktober 2014. Ada 11 orang bikers dalam program ini termasuk Daddy dan dua orang jiran Mummy, Datuk Hamzah dan Fendi Lokman. Gambar-gambar di dalam entry ini Mummy ambil dari wassap yang daddy hantar dan juga FB, Daddy, Datuk Hamzah dan Fendi.

Aktiviti kemuncak adalah qurban 13 ekor lembu di Kampung Cham, Kemboja. Semenjak aktif bermotor, ini paling lama Daddy pergi, kalau pergi ride selalu balik hari atau paling lama pun 3-4 hari je. Sebab tu raya haji yang lepas Mummy balik kampung dengan anak-anak dan bibik je. 

Day 1 - 2/10/2013

Dah macam Ninja ler pulak


Seawal pukul 4.30am Daddy dan 2 orang jiran Mummy bertolak. Lepas dia orang pergi Mummy sambung tidur...heheh




Perjalanan hari pertama sejauh 950km berakhir di S Tara Hotel Surathani. Daddy kata sepanjang perjalanan dari Pathlung ke Surathani hujan lebat. 


3/10/2014 - Day 2




Hari kedua masih ride dalam hujan dan sampai ke Hard Rock Pattaya selepas lewat tengah malam. Tak berbaloi kan duduk hotel mahal setakat tumpang tidur for few hours only...heheh. Awal-awal pagi keesokkannya dah sambung perjalanan lagi


Tuesday, October 7, 2014

Aidil Adha di 83500

Salam Aidil Adha 2014. Hari ni dah masuk hari ketiga sambutan, hari terakhir untuk ibadah qurban. Mummy sambut raya di PS tapi sekarang ni dah balik ke Bangi. Percutian 4D3N di kampung bersama anak-anak dan suku sakat yang lain. Daddy ada program Qurban Ride ke Cambodia 2-15 October.


Mummy n anak-anak


Ku di sini kau di sana .... hehhehe


Penghibur Mummy


Raya haji kali ni kami 5 beradik je yang dapat balik. Yang lain sambut di rumah masing-masing.


Pondok ni selalunya penuh bila time berposing


Tetap happy walau tak cukup corum


Anak2 n anak saudara


Pewaris Hj Omar


On d way balik dari ziarah kubur emak n abah Mummy singgah sekolah tempat Mummy mengenal ABC dan 123


Mummy, Dania n Ecah


Emi Tom


Menu raya kami..

posted from Bloggeroid

Thursday, September 11, 2014

Bocor lagi...

Bila sifat amanah sudah tidak ada lagi inilah yang berlaku. Kertas soalan UPSR 2014,bocor lagi. Bermula dengan kertas Sains, Bahasa Inggeris 1 dan 2. Dan ada juga laporan kertas Matematik juga bocor. Angkara perbuatan seseorang atau beberapa orang sahaja telah menyebabkan beribu-ribu orang susah, juga kerugian lain seperi tenaga, RM dan masa. Yang jadi mangsa anak-anak.

Tak apa la Along, ada masa lagi untuk Along buat ulangkaji. Allah bagi Along peluang untuk buat lebih baik lagi. Insyallah.

















posted from Bloggeroid

Tuesday, September 9, 2014

UPSR 2014

Hari ni 9hb September bermula UPSR. Peperiksaan selama 3 hari untuk pelajar-pelajar Tahun 6. Tahun ni giliran anak sulong Mummy, Emmer Daniel a.k.a Along untuk mengjadapi UPSR. Along dah berusaha, jawab sebaik mungkin yang Along mampu dan selebihnya kita berdoa dan tawakal pada Allah. Insyallah Along akan berjaya. Doa Mummy dan Daddy supaya kejayaan mengiringi usaha Along.


Bersiap sedia sebelum melanglah ke sekolah.


Hari ni Mummy cuti. Esok halfday. Lusa terpaksa kerja sebab ada meeting di MITI.


Wajiblah wefie dengan Along sebelum hantar dia ke sekolah


Taklimat ringkas sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.

Ya Allah kau tenangkanlah hati anak2 kami, terangkanlah hati mereka, permudahkanlah urusan mereka menjawab segala soalan, peliharalah kesihatan mereka. Berilah kejayaan kepada mereka Ya Allah. Hanya kepadaMu kami berserah.

posted from Bloggeroid