31/3/2026
Post terobek semasa result SPM 2025 diumumkan.
Batch 2025 ni sangat special, mereka tidak pernah menghadapi peperiksaan besar sebelum SPM. Batch tanpa UPSR dan juga PT3. Cuma exam UPKK sekolah agama sahaja yang ada.
Untuk Dafiy, mummy tak set pencapaian yang terlalu debom, mummy target 5A sahaja, sebagai syarat untuk mendapatkan tempat samada di matrikulasi atau mana2 IPTA.
Result trial dia 7A tapi banyak A-, lagilah mummy takut nak expect lebih2, silap sikit je A- boleh terjunam ke B+ atau B.
Selepas exam dan semasa nak ambik result saja mummy tanya dia apa expectation dia, dia kata dia confident dapat straight A, adui rasa nak luruh jantung ni, mmy risau dia over confident dan kalau tak dapat apa yang dia target dia akan kecewa tapi dalam hati tetaplah mummy mendoakan moga tercapai apa yang Dafiy jangkakan. Walaupun boleh buat semakan result secara online Dafiy tapi dia tak nak semak, dia nak ambik result fizikal berdepan dengan cikgu. Kita hormatlah keputusan dia, satu family sama2 berdebar. Satu family sama2 ke sekolah nak beri moral support pada Dafiy.
Semua anak2 ikut ke sekolah.
macam relax je tengok daddy tapi hati di dalam gedebak-gedebuk siapa yang tahu.
Few minutes sebelu keputusan diedarkan. Senyum dalam debar.
Debaran sebenar....
Alhamdulillah. Straight A (4A+ 5A)Kami kenal dari zaman anak2 sekolah rendah.
Kami BFF, anak2 pun BFF. Cikgu Zaliza ni ajar Dafiy tution masa sekolah rendah. Anak kamcing kami pun sama2 kamcing sampai sekarang.