Blog catatan kehidupan peribadi Mummy bersama hubby dan lima orang permata hati kami, Emmer Daniel, Adam Danish, Dania Batrisya, Emmil Dafiy dan Dhiya Danisha. Juga cerita-cerita tentang saudara dan suku sakat Mummy. Ada juga cerita kenangan bersama emak dan abah.Luv u all.
Friday, June 12, 2020
Monday, January 27, 2020
Happy Birthday To Me
💕27/01/1970 - 27/01/2020💕
Alhamdulillah. I'm officially 50 today (I ok je kalau uols nak cakap muka I cam orany umur 25 tahun jer 🤣🤣🤣).
Syukur pada Allah atas segala rahmat dan kurniaNya selama 50 tahun ini. Kalau ikut usia Nabi tak lama mana masa yang tinggal. Namun sentiasa berdoa agar diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur untuk mengabdikan diri padaNya, diberi masa untuk mendidik dan membesarkan anak2 hingga mereka berjaya di dunia dan akhirat.
💕Ya Allah. Panjangkanlah umur kami sihatkanlah jasad kami, terangilah hati kami tetapkanlah iman kami, baikkanlah amalan kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah aku pada kebaikan, dan jauhkanlah kami dari segala kejahatan. Berkatilah kehidupan kami dan saudara-saudara kami di dunia dan akhirat. AMIN. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. 💕
#DoaUntukJadiDuyufurRahman2020
#UsahaDoTawakalInsyallah
Sunday, November 24, 2019
Dhiya Danisha - Concert & Graduation Day
Terobek 17/11/2019 Majlis graduasi bongsu mummy si Dhiya Danisha. Cepatnya masa berlalu dalam tak sedar berlalu dah 2 tahun Dhiya pra-sekolah di SmartReader. Next year dah nak masuk tahun 1.
Friday, June 14, 2019
Kenangan Raya 1999 - 2019 (Keluarga Hj Omar & Hjh Amanah)
Salam Aidil Fitri untuk semua. Maaf zahir batin.
Mengumpulkan kesemua ahli keluarga dari 3 generasi dalam satu gambar memang bukan kerja mudah (photoshop tak aci ye...). Alhamdulillah tahun ini dapat lagi berkumpul dan bergambar bersama2 dengan seramai 64 anak2, menantu2, cucu2, cucu2 saudara, cicit2 Hj Omar & Hj Amanah. Buat pertama kalinya gambar keluarga tidak lengkap sebab 4 orang cucu tidak dapat balik ke kg kerana tak dapat cuti dan ada yang sedang exam.
Gambar keluarga ni diambil setiap 2 tahun sekali, raya pada setiap tahun ganjil dimana semua waris Hj Omar n Hj Amanah akan beraya di rumah pusaka ini (semua ikut sistem giliran...hehe). Insyallah next gambar raya pada 2021. Semoga semua dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik olehNya.
Sila layan gambar raya 1999-2019

Saturday, May 11, 2019
Happy 21st Anniversary To Us
11/05/1998 - 11/05/2019
Alhamdulillah, hari ini genap 21 tahun perkahwinan Mummy & Daddy. Moga jodoh kami berkekalan hingga ke syurga. 21 tahun perjalanan rumah-tangga kami, penuh dengan kenangan dan pengalaman.