Sunday, February 7, 2016

Emmer Daniel's 14th Birthday


06/02/2016 Sabtu - Hari genaplah usia anak sulong Mummy si Emmer Daniel yang ke-14. Dah besar anak mummy. Sekejap betul masa berlalu. Walaupun Along dah 14 tahun tapi Along tetap baby mummy yang comel sampai bila-bila. Moga Allah berikan Along kesihatan yang baik dan hidup sentiasa di dalam keberkatanNya. Jangan tinggal solat. Jadi anak yang soleh dan abang yang baik pada adik-adik.


Sama-sama montel.

Hari ni Mummy bagi peluang dia ke IOI CitiMall dengan Angah dan beberapa kawan baik dia. Mummy hantar pukul 10 pagi dan pukul 6.30 Daddy jemput dia orang. Moga sedikit kebebasan yang diberokan hari ini dimanfaatkan demgan sebaiknya.


Along dan Angah dah hampir sama tinggi. Beza umur setahun je.

Thursday, January 28, 2016

My 46th Birthday


Tak ada celebration apa-apa pun sempena birthday mummy. Lepas maghrib baca doa selamat anak beranak je dan lepas tu pergi dinner di Laman Grill.


Thank you daddy for the presents.


Kad dari Along


Kad dari Dania

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 27, 2016

Me on my bornday!


Selfie dipagi hari. Alhamdulillah masih diberi ruang dan peluang menghirup udara di bumi ini. Moga mummy diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Dapat menghabiskan baki usia yang tinggal untuk menjadi hambaNya yang lebih baik. Diberikan kebahagian hidup di dunia dan akhirat disamping daddy tercinta, anak2 tersayang, adik beradik, saudara mara, rakan2 dan jiran tetangga.

posted from Bloggeroid

Tuesday, November 17, 2015

Belanja senyuman!


Belanja senyuman! Bukan nak kena bayar pun.

Ehhhh.... tersengaja tepek gamabr ni pulak...hehe. Alahai Tuan Anas Mikael!!!!


Wednesday, November 11, 2015

Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga!

Mak datuk banyaknya sawang2 kat rumah ni. Lalang pun punyalah tinggi, confirmlah ada buaya dan singa menyorok ni. Manalah pergi tuan tanah ni? Bizi bebenor nampaknya.

Heheh... memang kelautan hindi mood nak menulis kat blog ni..hehhe.

Perghhhh... berpeluh2 ni bersihkan sawang so rumahpun dah bersih kita kasi hias sikit la ye.


Tak pernah2 mummy promo novel kali ni tunjuk novel la pulak... ni mesti ada udang balik mee bandung kan..hehe


Ehem ehem ehem... ni semua sebab drama adaptasi dari novel Tuan Anas Mikael lakonan x-boipren Mummy tengah ditayangkan di Astro sekarang...drama2 lain memang mummy tak layan...tapi bila AA yang berlakon jatuh hukum wajib la untuk tengok... Jangan risau kalau x de Astro, boleh te tengok on9 tapi siaran tertunda la ye...hehe. Oh ya drama.ni ada 15 episod ye.. camana cerita dia? Uols gibla google Tuan Anas Mikael....

"Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga."... so sweetttttt

posted from Bloggeroid