Friday, October 17, 2014

Yin ... Pergimu Tak Kembali


Entry ni terperap dlm draft mode since hari Rabu (15/10/14). Entahlah, Mummy seperti tidak cukup kekuatan untuk menghabiskan catatan ini. Buat sikit menanggis buat sikit menanggis. Hari ini Sabtu 18/10/2014 kalau ikut perancangan Mummy & Daddy, hari ni kami akan turun ke JB untuk melawat Yin. Tapi perancangan kami tinggal perancangan tidak sesekali dapaat mengatasi perancanganNya untuk Yin. Al-fatehah Yin.

-----------------------------------------------------------------------


15/10/14...Gerimis pagi... suasana suram dan kelam di luar sama seperti suasana suram dan kelam di hati Mummy. Titisan air hujan seiring dengan titisan air mata Mummy. Perasaan sedih dan sebak menebal di hati. Mengharapkan ianya mimpi rupanya realiti. Ya Allah ikhlaskanlah hati Mumny atas pemergian Yin. Yin meninggalkan kami ketika usianya menginjak ke 50 tahun 2 bulan (15/8/1964 - 14/10/2014), ketika isteri dan anak tunggal masih memerlukannya tapi janji Tuhan itu pasti tidak tercepat atau terlewat Yin terlebih dahulu pergi meninggalkan kami.Allah lebih menyayanginya.Semoga kau tenang dan aman di sana Yin. Al-Fatehah.


Koma secara tiba-tiba dan selepas bantuan CPR diberikan Yin gagal untuk diselamatkan. Tercatat di dalam Sijil Daftar Kematian, Yin meninggal pada 3.10am 14/10/2014 disebabkan pendarahan dalaman dan masalah pada jantung.


Jenazah Yin dimandikan dan dikapankan di Hospital Sultanah Aminah. Selepas itu dibawa ke rumahnya di Kulai bagi memberi peluang rakan-rakan, anak-anak murid dan jiran tetangga memberikan penghormatan terakhir padanya.


Daripada Kulai, jenazah dibawa balik ke kampung halaman, memberi peluang untuk saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga memberikan penghormatan terakhir dan selepas itu jenazah disolatkan di surau depan rumah.


Tidak sampai setengah jam, jenazah terus dibawa ke Tanah Pekuburan Islam Batu 6 Bakri untuk disemadikan. Kenapa di Bakri? Itu pesanan Yin kepada Kak Tanty. Kami berusaha memenuhi permintaan beliau. Dari saat kematiannya sehingga urusan pengkebumiannya, semuanya dapat diselesaikan dalam tempoh kurang dari 10jam. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan segalanya.


Throw back...


Sabtu 11/10/2014 - Yin dimasukkan ke Hosp Kulai kerana mengalami kekerapan buang air besar. Dua hari di Hosp Kulai. Dalam hati Mummy berdoa semoga tiada apa-apa berlaku pada Yin sepanjang ketiadaan Daddy (Daddy join Kurban Ride ke Kemboja). Bercadang nak ziarah Yin hari Sabtu depan.



Yin di Hospital Kulai... Kak Long dan anak saudara Mummy Dr Nobo datang melawat

Kasih seorang isteri... Yin demam. Kak Tanty letak towel lembab di dahi Yin


Ahad 12/10/2014 - Som dan Enal melawat Yin di hospital. Kawan Yin pun ada datang melawat.



Bila Yin tidak sihat atau masuk hospital Mummy update status di FB sebab Mummy tau Yin mempunyai ramai kawan-kawan di saat susah dan senangnya. Antara kawan karibnya adalah Cikgu Bakri yang telah kami adik beradik anggap seperti saudara rapat. Bila dia tau Yin berada di Hospital, beliau telah meminta rakan-rakan yang berada di JB untuk menziarahi Yin di Hospital.

13/10/2014 jam 11malam mendapat berita Yin perlu dipindahkan ke Hosp Sultanah Aminah JB kerana tekanan darah yang rendah 105/55 dan bacaan hemoglobin yang rendah juga.


Hati berdebar mengharapkan semoga Yin kuat melawan penyakitnya. Terbayang bagaimana Kak Tanty dan Harith mengiringi ambulance ke HSA berdua. Kakak Mummy, Som dan suami turut turun ke KL menemani Kak Tanty. Alhamdulillah ada juga teman Kak Tanty. Wassap sentiasa masuk, Som memberikan lintas langsung.


Alhamdulilah masa ni daddy baru je sampai rumah selepas hampir 2 minggu join Kurban Ride ke Kemboja.



Sampai di HSA Yin dimasukkan ke Zon Semi Kritikal.

Message terus masuk ke group wassap keluarga . HP sentiasa di tangan. Dari Zon Kritikal Zin dipindahkan ke ward. Lega sikit debaran dihati. Kak Tanty, Som , Abg Enal , Harith naik ke ward. Selalunya kalau dah dipindahkan ke ward biasa keadaan pesakit dah stabil. Yin mintak air tapi doktor tak benarkan sebab Yin kena puasa esok pagi nak buat scooping untuk mengesan punca pendarahan. Selepas memastikan keadaan Yin ok semua balik ke rumah masig- masing.


Dalam pukul 2 Mummy baru lelapkan mata. Tak lama lepas tu dapat panggilan telefon dari Mama Miraki yang Yin dalam keadaan kritikal. Ya Allah dalam masa sejam Yin ditinggalkan, tiba-tiba dia kitikal. Mummy sangat tekejut, tak tau nk buat apa. Air mata turun tak henti. Wassap keluarga kembali aktif. Masing-masing sepakat untuk membaca Yassin.


Tidak lama selepas selesai membaca Yassin, Kak Long call. Hati berdebar. Baru sebut hello Kak Long dah dengar tangisan Kak Long, Kak Long maklumkan Yin dah tak ada lagi. Ya Allah lemah rasa seluruh tubuh.


Mummy kejutkan Daddy yang baru lelapkan mata sekejap (Mummy baru sampai rumah pukul 11pm). Untuk sejam pertama Mummy blank tak tau nak buat apa.


Pebincangan melalui wassap, klu call sure tak boleh berbincang sebab masing-masing sebak menanggis. Keputusan keluarga Yin akan dimandi dan dikapankan di hospital.


Mummy terus kemas baju dan kejutkan anak-anak untuk bersiap-siap balik ke kampung. Pukul 6.30pm kami bertolak dan sampai di kampung dalam pukul 9am.



Masa Mummy sampai ke kampung sudah ada jiran-jiran tetangga yang datang.


Sepupu Mummy dan anak bujangnya antara yang terawal datang membantu kakak Mumny, Mek.


Sebahagian yang menanti ketibaan jenazah Yin

Di Kulai... beratus rakan-rakan cikgu, anak-anak murid dan jiran tetangga yang hadir memberikan penghormatan yang terkahir kepada Yin.




Jenazah Yin sampai ke kampung sekitar 10.30am dan terus diletakkan di surau untuk memberi peluang kepada saudara, sahabat handai dan jiran tetangga memberikan penghormatan yang terakhir.


Kak Tanty ditenangkan oleh saudara mara. Suasana sangat-sangat pilu. 


Kesedihan yang terlalu sukar untuk digambarkan



Mummy, mengambil peluang untuk mendakap dan mencium Yin buat kali terakhir. Tak puas menatap wajah Yin...apa yg Mummy nampak wajahnya cukup tenang dan bibir seolah mengukir senyuman. Mummy pegang pipi Yin, rasa lembut dan sejuk seperti sedang tidur macam biasa. Air dikelopak mata yin dan juga di dahi Mummy sapu dengan tangan. Pergi la Yin, giliran kami pasti akan menyusul nanti.

Sebahagian tanah rumah yang abah wakafkan untuk didirikan surau dan di surau inilah jenazah anak tunggal Abah disembahyangkan

Lebih kurang setengah jam di surau, jenazah Yin dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Batu 6 Bakri, Muar. Inilah kenderaan terakhir yang dinaiki Yin.

Tercapai hajat terakhir Yin untuk dikebumikan di sini. Semasa hayatnya Yin ada berpesan, sekiranya beliau meninggal, minta jasadnya dikebumikan di sini atau di perkuburan Pt Sentang Batu. Kalau boleh beliau tidak mahu dikebumikan di Kulai

Biarkan gambar berbicara....









Sahabat baik Yin, Cikgu Bakri berbaju kelabu dan berkopiah putih. Sampai di tanah perkuburan sejurus sebelum jenazah Yin dimasukkan ke tanah. Berpeluang melihat wajah Yin buat kali yang terakhir.




Bacaan Talkin sedang diadakan

Berat kaki untuk meninggalkan pusara Yin. Di belakang... sahabat-sahabat baik Yin yang sanggup datang dari KL dan JB untuk memberikan penghormatan yang terakhir pada Yin.



Bersemadilah kau dengan tenang Yin. Kenanagan bersamamu selama 50 tahun akan kekal hingga ke akhir hayat Mummy. In Sya Allah.

Kepada semua saudara mara, rakan taulan, jirang tetangga, bekas anak murid Yin dan semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan Yin sewaktu hayatnya dan mendoakan kesejahteraan rohnya setelah beliau tiada Mummy dan ahli keluarga yang lain mengucapkan jutaan terima kasih, Halalkan makan minum Yin dan maafkan salah dan silapnya jika ada. Jika Yin ada berhutang pada Tuan/Puan bolehlah berhubung dengan kami adik beradik beliau atau isterinya Kak Tanty. Semoga Kak Tanty terus tabah mengharungi hidup ini tanpa Yin di sisi. Yin meninggalkan akak amanah yang besar iaitu Harith. Kakak masih ada Harith dan kami ipar-ipar semua.

Hingga ke akhir catatan ini Mummy tidak sampai hati meletakkan perkataan 'arwah' di hadapan nama Yin. Walaupun Yin sudah tidak ada di dunia ini namun kenangan bersamanya tetap kekal dalam ingat.


... wait for next entry!







Tuesday, October 14, 2014

Al-Fatehah ... Perginya Seorang Abang

Al-fatehah. Abang Mummy Yin@ Wong Khoo Lai meninggal di Hosp Sultanah Aminah awal pagi tadi. Sekarang Mummy dalam perjalanan balik ke kampung. Semoga arwah Yin ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.


Kenangan terakhir bersama dengan Yin masa raya haji yang lalu. Tiada lagi lawak jenaka tiada lagi laungan azan tiafa lagi merdu suara menyanyikan lagu2 lama.

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 8, 2014

Trans Cambodia - Qurban Ride 2014 (Day 1 & Day 2)


Daddy join Trans Cambodia - Qurban Ride 2014 dari 2-15 Oktober 2014. Ada 11 orang bikers dalam program ini termasuk Daddy dan dua orang jiran Mummy, Datuk Hamzah dan Fendi Lokman. Gambar-gambar di dalam entry ini Mummy ambil dari wassap yang daddy hantar dan juga FB, Daddy, Datuk Hamzah dan Fendi.

Aktiviti kemuncak adalah qurban 13 ekor lembu di Kampung Cham, Kemboja. Semenjak aktif bermotor, ini paling lama Daddy pergi, kalau pergi ride selalu balik hari atau paling lama pun 3-4 hari je. Sebab tu raya haji yang lepas Mummy balik kampung dengan anak-anak dan bibik je. 

Day 1 - 2/10/2013

Dah macam Ninja ler pulak


Seawal pukul 4.30am Daddy dan 2 orang jiran Mummy bertolak. Lepas dia orang pergi Mummy sambung tidur...heheh




Perjalanan hari pertama sejauh 950km berakhir di S Tara Hotel Surathani. Daddy kata sepanjang perjalanan dari Pathlung ke Surathani hujan lebat. 


3/10/2014 - Day 2




Hari kedua masih ride dalam hujan dan sampai ke Hard Rock Pattaya selepas lewat tengah malam. Tak berbaloi kan duduk hotel mahal setakat tumpang tidur for few hours only...heheh. Awal-awal pagi keesokkannya dah sambung perjalanan lagi


Tuesday, October 7, 2014

Aidil Adha di 83500

Salam Aidil Adha 2014. Hari ni dah masuk hari ketiga sambutan, hari terakhir untuk ibadah qurban. Mummy sambut raya di PS tapi sekarang ni dah balik ke Bangi. Percutian 4D3N di kampung bersama anak-anak dan suku sakat yang lain. Daddy ada program Qurban Ride ke Cambodia 2-15 October.


Mummy n anak-anak


Ku di sini kau di sana .... hehhehe


Penghibur Mummy


Raya haji kali ni kami 5 beradik je yang dapat balik. Yang lain sambut di rumah masing-masing.


Pondok ni selalunya penuh bila time berposing


Tetap happy walau tak cukup corum


Anak2 n anak saudara


Pewaris Hj Omar


On d way balik dari ziarah kubur emak n abah Mummy singgah sekolah tempat Mummy mengenal ABC dan 123


Mummy, Dania n Ecah


Emi Tom


Menu raya kami..

posted from Bloggeroid