Showing posts with label terapi. Show all posts
Showing posts with label terapi. Show all posts

Sunday, August 8, 2010

Jom gi terapi...

Tengok gambar jer dah terbau aromaterapi

Mengikut kajian (Kajian sapa ntah....heheh), terapi yang paling baik untuk golongan wanita adalah dengan bershopping @ membeli dan membelah (kita lah yang akan dibelah...). So Mummy pun ikut lah saranan hasil kajian tu...

Seawal kul 8am Mummy dah 'ngobor' kluar rumah...apa tu 'ngobor'? Tanyalah kat pakcik google kut2 dia tau kalau tak tanya JoWorld. Mummy kluar sebab nak dapatkan parking yang dekat. Klu lambat jenuh ler park kat luar bangunan. Mummy gi ke mana? Hihih... gi Sogo. Mummy sampai dalam 8.30, masa tu paking kat basement pun dah hampir penuh. Lift ngan escalator pun tak function lagi....

So sementara tunggu pintu Sogo bukak, Mummy makan dulu kat Pertama. Lama sunggu tak makan kat situ... kenalah isi minyak dulu biar ada tenaga nak shopping. Cam Mama Miraki kata nak kena buat persiapan fizikal dan mental kalau nak shopping kat sini.

Ni kena bawak, nanti tak boleh nak masuk pulak. Dinasihatkan jangan bawak cash yang banyak atau credit card...takut terover shopping la pulak. Nak selamat sikit bawak debit card.

Sebotol mineral water untuk 'isi minyak' masa shopping nanti...

Perut kena kenyang...nanti kruk krak kruk krak masa shopping...dah kira gangguan la pulak...


Last sekali sebelum shopping, buang dulu apa2 yang patut dibuang...nnt klu terkucil susah pulak...ni first time masuk toilet automatik depan sogo ni...sekali masuk 20 sen, maksina 15 minit je... Apa jadi klu lepas 15 minit kita tak kluar lagi yer? Pintu terbukak sendiri ke? Heheh...dlam toilet mmg selesa gilos...

OK semua dah siap? Jom...serbuuuuuuuuuuuuu

Serbu.....

Sungguh berdisplin mereke beratur kan!!!

Keadaan kat ground floor 9am...masih selesa

Cari dress & gown Dania kat sini...

Selepas 3 jam dan melalui proses saringan ini hasil tangkapan pusingan pertama...Mummy ikut nasihat Mama Miraki, klu tak nak berat bawak barang hantar dulu sikit2 ke kereta.

Gigih beratur nak ambik voucher, rugi klu tak ambik. Setiap RM100 belanja dapat voucher RM10. Kalau kat cosmetic RM100 dapat RM20 voucher.

Suasana kat ground floor masa Mummy nak balik dalam kul 2pm...sudah tersangatlah sesaknya...hajat hati nak tangkap sebii handbag polo terpaksa dibatalkan je...huhuhu...ruginya

Surau kat Sogo sekarnag ni dah diubahsuai dan dinaiktaraf. Dulu surau dia suram, kelam dan kecik je. La ni dah cantik, luas, bersih dan selesa. So klu nak shopping dari pagi sampai malam pun tak pe...

Mummy sampai rumah kul 3 lebih, dah sampai rumah baru la rasa sakit dan penat serta lenguh2 kaki.... ni lah hasil 'ngobor' kat Sogo untuk hari ni...

Kiri - Hasil kutipan keseluruhan....
Kanan - Untuk Dania

Kiri - untuk Dafiy
Kanan - Untuk Daniel & Danish

Semua untuk anak2 je kan, untung anak2 sekarang ni. Apa Mummy beli untuk diri sendiri??? Mari catwalk bersama Dania dan Dafiy...

encem la anak Mummy ni...

Ini je la...SKII Essential Kit, Essence Treatment & Mask dan cadar....

Voucher yang oleh digunakan bermula dari hari ni...