Mengumpulkan kesemua ahli keluarga dari 3 generasi dalam satu gambar memang bukan kerja mudah (photoshop tak aci ye...). Alhamdulillah tahun ini dapat lagi berkumpul dan bergambar bersama2 dengan seramai 64 anak2, menantu2, cucu2, cucu2 saudara, cicit2 Hj Omar & Hj Amanah. Buat pertama kalinya gambar keluarga tidak lengkap sebab 4 orang cucu tidak dapat balik ke kg kerana tak dapat cuti dan ada yang sedang exam.
Gambar keluarga ni diambil setiap 2 tahun sekali, raya pada setiap tahun ganjil dimana semua waris Hj Omar n Hj Amanah akan beraya di rumah pusaka ini (semua ikut sistem giliran...hehe). Insyallah next gambar raya pada 2021. Semoga semua dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik olehNya.
Sila layan gambar raya 1999-2019



2 comments:
Alhamdulillah.. silaturahmi yg terjaga. Tenang arwah ibu ayah di alam sana.
wahhhh,, tahniah gee sebab jadi orang kuat untuk kumpulkan adik beradik , ipar duai, anak anak sedara dan cucu sedara untuk bergambar dan ianya bukan tugas yang mudah, syabas, selamat hari raya.
Post a Comment