Sunday, March 9, 2014

MH370 - Doa dan Harapan


Semoga semua anak kapal dan penumpang dalam keadaan selamat.

Perasaan berdebar dan sedih sejak semalam. Walau bukan saudara terdekat yang terlibat tetapi mummy rasa setiap rakyat Malaysia merasai apa yang Mummy rasa.

Walau banyak teori dan spekulasi yang keluar ekoran kehilangan pesawat MH370 ini, janganlah kita yang tidak tahu apa-apa berlagak 'bijak' dengan mengeluarkan teori sendiri.

Kasihan dan simpatilah pada ahli keluarga mangsa. Jangan ditambah kesedihan mereka.

Kita doakan yang terbaik untuk mereka.


Hari ni puteri bungsu Mummy, Dhiya Danisha genap 7 bulan. Semakin lasak dan bijak. Asyik menyusur bawah meja makan jer. Dhiya....Dhiya...

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment