Sunday, February 27, 2022

Adam Danish Turns 19


27/02/2022 - Happy 19th Birthday untuk hero ke-2 kami, Angah Adam Danish Radzuan   . Moga sentiasa dalam lindunganNya serta berjaya di dunia dan akhirat. Jangan tinggal solat dan jadi anak yang soleh. Jaga ukhuwah yang baik dengan adik-beradik bila mmy dan ddy dah tak ada. Jadi pelindung untuk yang lain. Jangan lupa, doakan kesejahteraan mmy n ddy dunia dan akhirat.

Sejak usia setahun hingga 18 tahun sentiasa dapat raikan birthday dia bersama2. Buat pertama kali tahun ni tak dapat raikan 😭. Sejak masuk sem 2 awal tahun sampai sekarang langsung tak boleh keluar dari asrama or blk kg. Kalau boleh dari semalam mummy dah sampai utara jumpa dia 🤣.
Nak raya nanti baru cuti seminggu.

Kenangan birthday Angah 1-10

Kenangan birthday Angah 11-18



Saturday, January 29, 2022

Alhamdulillah



💕Alhamdulillah. Alhamdulilah. Alhamdulilah. Terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan dan menitipkan doa sempena ulangtahun kelahiran saya semalam. Moga ada antara doa2 kalian untuk saya yang akan Allah makbulkan. Maaf tak dapat reply satu persatu.💕

❤Terima kasih juga untuk incik suami dan anak2 yang meraikannya. Love uols. ❤




Thursday, January 27, 2022

Happy Birthday To Me

27/01/2022 - Setahun lagi usia bertambah, semakin hampir masa untuk ke sana. Semakin pendek juga masa untuk mengumpul bekal ke sana.

Alhamdulillah, syukur atas segala rahmat dan nikmat Allah selama ini. 

Moga Allah berikan keberkatan atas umurku, kelapangan atas rezekiku, ketenangan dalam hatiku dan dimudahkan segala urusan baikku.

Moga aku dirahmati Allah dengan hidup yang bahagia, kegembiraan bersama keluarga dan kesihatan yang terpelihara. Juga diberikan kekuatan, ketabahan, kesabaran dan ketenangan hati dalam menghadapi segala ujian hidup.

Moga diberi kesempatan untuk bersama2 dengan keluarga dan orang2 yang aku sayangi sehingga ke akhir hayat dan bertemu kembali di syurga, insya-Allah.

Semakin bertambah umur semakin mahu kehidupan yang tenang dan aman.

Monday, August 9, 2021

Happy 8th Birthday - Dhiya Danisha

09/08/2021 - Happy 8th Birthday anak mommy Dhiya Danisha yang cantik manis, baik budi, bijak dan banyak akal. Moga membesar dengan  sihat dan menjadi anak yang solehah. We love you sooooo much.

Saturday, February 6, 2021

Emmer Daniel Turns 19

💕06/02/2002 - 06/02/2021💕
HAPPY 19TH BIRTHDAY DEAR ALONG 

Emmer Daniel hero pertama mummy n daddy. Kehadiran Along membawa rezeki pada mummy dan daddy.

Jaga solat, jaga solat dan jaga solat. Insyalah Allah akan mudahkan perjalanan hidup Along di dunia dan akhirat. Sentiasa jaga hubungan dengan Allah, dengan adik-beradik, dengan saudara-mara dan orang sekeliling.

We love you soooo much!

My baby forever