Showing posts with label hari raya aidil adha. Show all posts
Showing posts with label hari raya aidil adha. Show all posts

Monday, November 7, 2011

Aidil Adha 2011 - Part II

Sambung lagi .... dah janji dengan Mama Miraki nak gi beraya rumah kakak Mummy Datin S kat Sri Gombak. Sebelum ke Gombak, Mummy ke Puchong dulu beraya rumah Mak Lang, Daddy.

Sampai kat rumah Datin S dalam pukul 6.30pm. Masa tu Mama Miraki dan Kak Mah dah sampai.





Mummy dan tuan rumah, Datin S ... we all paksa dia tukar uniform raya....heheh




Para suami.... lepak santai sementara para isteri membincangkan hal ehwal dunia...hahaahha


Makan la ye...


Aku dan kau... gambar syok sendiri




2 hero kecik leka melayan Boboiboy...


Bersilau terkena pancaran PGA

Ketupat palas mables dari Mama Miraki

Kami balik dalam kul 8.30am dan dalam kereta semua zzzzz termasuk Mummy la tu....heheh. Oklah habis dah pasal raya.. tak de la sampai berbelas2 episod cam raya haji tu.... Hari ni xtvt kat rumah je nak iron baju berbakullllllll dan petang nak gi Tesco sat. Daddy dah pergi menebas padang2 rumput kat Equatorial Bangi. Anak2 layan ipad dan computer la..... 

Pagi ni sarapan nasi himpit lagi.... dan roti canai untuk anak2....

Sunday, November 6, 2011

Aidil Adha 2011 - Part I

Assalammualaikum.... macamana dengan sambutan hari raya korban uols. Tahun ni Mummy tak balik kampung pun, lagi pun rumah pusaka kat kampung Mummy sedang direnovate. Dan daddy pulak nak rasa beraya di rumah sendiri.. Mummy pun 'i followwwwwwwwwwwww je la'...

So layan la pics raya Mummy... tak de lah sebanyak pics hari raya puasa....

Me & partner... posing lepas balik dari solat raya


Macam2 aksi


Penyambung zuriat....


Danish... my 2nd little hero


Kali ni beria2 si Danish nak bergambar, kalau tak susah betul nak tengok muka dia yang eksklusif tu...heheh



Anak2 bujang Mummy ni lagi dua minggu nak kena 'potong'. Dia orang yg nak kena potong Mummy pulak yang rasa seram2 sejuk....


Ok semua dah siap terhidang


Menunggu tetamu yang tak kunjung tiba


Kenapa takde org datang ni Mummy?


Sukeee gambar ni


Makan anak beranak je...

Apa yang uols masak untuk raya hari ni. Walaupun cuma raya haji tapi sebab dari kecil memang emak abah akan masak2 dan sambut cam raya puasa so Mummy pun buat preparation dan masak menu raya gak le... baru la ada feel nak raya..betul tak? Bukan la wajib masak  menu2 raya ni tapi Mummy rasa cam tak sesuai le kalau pagi2 raya ada orang gi breakfast kat MekD or K-Ep-Chi... hihih. Malas nak bebel layan je la menu Mummy sambut raya...


Rendang tok dan rendang lokan. Lokan tu khas untuk Daddy. Kalau kat kg Daddy mesti dia org buat rendang kerang. Seminggu dua ni kat jalan besar dekat dengan rumah Mummy ni ada orang jual lokan dan kupang, Daddy beli 3kg... mahal tu sekilo RM7 (lebih mahal dari ayam tu..). 3 kg bila dah ambil isi dia tinggal semangkuk kecik je... boleh le untuk org yg mengidam nak makan


Sambal kacang dan masak lodeh

Lemang dan kari ayam. Lemang tu sangat2 kureng kesedapannya...  yang belah atas je ok yang belah bawah tu kulit luar lemang keras...

Choc cuppies

Lepas makan2 Daddy dan anak2 semua pergi ke surau sebab ada majlis korban. Mummy pegi lewat sikit sebab nak settledkan hal rumah.

To be continued.....

Wednesday, November 17, 2010

Hari Raya Aidil Adha 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2010 untuk semua. Semoga semuanya ceria2 sealu walauun tak dapat berkumpul ramai2 cam hari raya puasa. Hari rayakan so pagi ni Mummy kul 5.00am dah bangun dah. Pas tu keluarkan barang2 yang nak dimasak lah. Ketupat mini segera petang semalam bibik dah rebuskan. Rendang tok dan sambal kacang Mummy dah masak. So pagi ni tinggal masak beberapa lauk je lagi.

Tengah2 masak2 tu kan masa nak amik gulu Mummy tenggok bekas gula dah tinggal sikit, tanya kat bibik ada stock lagi ke tak, mak datuk tu la stock gula terakhir ada la kut dalam secawan... bibik ni lupa la agaknye, selalu tu gula ada dua packet lagi dia da suruh beli... Kul 7am Mummy merempit kejap nak gi kedai cari gula dan ketupat segera. Taikan sob sob sob kedai2 semua tutup termasuklah kedai Pakcik Myd*n... so redah je ke kedi 7E... emmm dapat la gula tapi gula castor dan nasib baik ada jual ketupat mini. Legaaa. Semalam bibik dah rebus 30 pcs ketupat mini tu tapi Mummy takut tak cukup la pulak, ya la nama pun raya kan, manalah tau ada saudara mara atau jiran tetangga yang datang bertandang segan lak kalau makanan dah habis...

Kul 8am semua dah siap. Dan semua pun dah siap2 nak gi solat sunat aidil adha. Balik dari solat terus hidang2 makanan. Jomlah layan pics... klau ang tak dapat datang tu sila tengok je la ye...boleh kenyang rasanya lepas tu...hehhe...

Gambar balik dari masjid yang diambil oleh budak berumur 2 setengah tahun... kira ok la kan

Makanan yang dah siap dihidang dan tinggal untuk dingap.... jom kita buka penutup dia dan tengok apa yang Mummy hidang pagi raya ni

Ketupat  mini segera dan sambal kacang

Sayur lodeh dan rendang 'tok gee' 


Nasi minyak dan kari ayam


Pasangan teman tapi mesra, lomang dan rendang. Lemang tu dah pastilah main tunjuk2 je...


Choc cake kukus dan muffin (bluberry & choc chip). Abaikan taburan choc rice dan almond nib atas cake yang ntag apa2 je... tu semua kerja anak2


Agar2 santan gula melaka Indon (sebab gula kabung tu bibik bawak dr Indon...)

Lepas makan lepak2 tengok tv je la sambil snap2 sementara menunggu kut2 ada orang yang sudi datang beraya. Anak2 Datin S janji nak datang semua tapi tak sampai2 lagi. Dalam kul 10am jiran Mummy dan kawan daddy with family datang beraya. Okla ada gak org sudi datang... hehehe

Dengan budak yang banyak cakap...Dafiy


Budak comel yang asyik nak rampas camera dari Mummy je...  nampak tak eyebrow dia yang hitam cantik terbentuk tu, ramai orang fikir Mummy pakaikan celak kat Dafiy... hehe...asli tu sejak lahir dah camtu 

Ntah apa2 lak akssi dia orang ni...

Keladi air


Tak tau apa nama bunga ni, Mummy panggil pokok panjat2 je. Dia tanam dalam kulit siput yang diisi dengan sabut kelapa dan diikat dengan dawai, so pokok tu akan melilit kat dawai. Comel sangat... tapi pokok cenonet ni pun kat nursery jual sapai RM15 satu... jenuh menawar bila beli 3 dia bagilah discount sikit. Pas tu pandai lai udak tu kata 'ala kak klu akak pegi makan kat kedai sekali makan je dah RM15... ini akak bayar RM15 boleh tahan lama berbulan2'... sabar je la






Tuesday, November 16, 2010

Kenapa tak ghairah nak sambut raya haji aidil adha?

Salam.

Semalam para jemaah haji melakukan wukuf di Padang Arafah tapi kita di Malaysia hanya akan menyambut hari raya aidil adha pada hari esok, bukan sepatutnya kita raya hari ni ke sebab perbezaan wakatu kita cuma 5 jam je kan. Cam pelik bin ajaib sikit la tapi apa kita boleh buat, ikut je la pengumuman yang dah dibuat oleh gomen...

Kalau diperhatikan kita cam tak ghairah kan nak sambut hari raya aidil adha. Kenapa ye? Mungkin sebab kita tak berpuasa tup2 terus raya, atau sebab tak ada xtvt terjah menerjah shopping mall beli baju raya atau kurangnya xtvt jemur tepong nak buat biskut raya (emmm ada lagi ke xtvt jemur tepong ngan gula ni yer....). Radio pun tak galak nak mainkan lagu raya. Kita pun tak berebut2 gi bank sebab nak tukar duit tak berebut nak beli tiket bas utk balik kampung dll. So rasanya itulah antara peyumbang utama kenapa kita tak ghairah nak sambut raya haji ni kut..

Mummy pun raya haji tahun ni raya kat 43650 Bangi je la, lagi pun hari raya jatuh tengah2 minggu kalau jatuh hari Jumaat ke boleh gak menyambung cuti dan balik kampung. Tak apa la sesekali rasa camana beraya di KL pulak. Nampaknya rumah pusaka kat 83500 sunyi je la dipagi raya, selalu kalau orang sibuk sembelih dan lapah lembu2 korban anak2 Mummy dan sepupu sepapat dia orang lah yang memeriahkan suasana....


KNoor & Abg Rin sebelum bertolak ke Kelana Jaya

Untuk semua jemaah yang tengah melakukan wukuf umumnya dan khas untuk kakak Mummy Kak Noor dan Abang Rin, semoga diberikan kesihatan yang baik dan dapat melakukan semua rukun2 dan wajib haji... amin. Untuk semua saudara mara Mummy dan uols Selamat Hari Raya Aidil Adha...