Selepas ni mesti ibubapa cuak untuk memberi keizinan anak2 mereka untuk mengikuti perkhemahan sempenan cuti sekolah. Memanglah ajal maut ditangan Tuhan tapi kita tak boleh leka dan kenalah waspada selalu.
Blog catatan kehidupan peribadi Mummy bersama hubby dan lima orang permata hati kami, Emmer Daniel, Adam Danish, Dania Batrisya, Emmil Dafiy dan Dhiya Danisha. Juga cerita-cerita tentang saudara dan suku sakat Mummy. Ada juga cerita kenangan bersama emak dan abah.Luv u all.
Tuesday, October 27, 2009
Jambatan gantung putus!!!
Selepas ni mesti ibubapa cuak untuk memberi keizinan anak2 mereka untuk mengikuti perkhemahan sempenan cuti sekolah. Memanglah ajal maut ditangan Tuhan tapi kita tak boleh leka dan kenalah waspada selalu.
Monday, October 26, 2009
Oh! Tidak!!!
Sunday, October 25, 2009
Kurang Kerja??? Keterlaluan!!!
DUNGUN: Seorang pembungkus belacan dijatuhkan hukuman denda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah menjual belacan yang tidak cukup kandungan protein seperti yang tertera pada label produk itu, April lalu.
Rahani Ali, 56, dari Kampung Kuala Setiu Fikri, Bandar Permaisuri yang membungkus belacan menggunakan label Belacan Cap Udang dituduh menjual tiga bungkus belacan di premis perniagaan Kedai Runcit Aminah Mamat beralamat 780, Jalan UiTM, Kampung Sura Hujung, di sini, jam 11.25 pagi pada 7 April lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 13B (2) (e) Akta Makanan 1983, yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Dungun, Mohd Yusoff Othman manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Selepas rayuan meringankan hukuman, Majistret Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman denda ke atas Rohani RM600. Denda dibayar oleh suaminya Dzurudin Abdullah, 62.
Mengikut fakta kes yang dikemukakan di mahkamah, pada jam 11.25 pagi pada 7 April lalu, Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, Rani Mohd Yatim melalui Badrulhisham Abidin, 31, membeli tiga bungkus belacan berharga RM2.50 setiap satu.
Pegawai berkenaan kemudian menghantar sampel belacan itu ke Jabatan Kimia di Jalan Cherong Lanjut, Kuala Terengganu untuk dianalisis dan mendapati belacan berkenaan hanya mengandungi 23.75 peratus sumber protein, sekali gus melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang mensyaratkan belacan perlu mengandungi tidak kurang 25 peratus protein >> Berita Penuh <<
protien yang patut ada 25%belacan makcik tu ada 23.75%
bezanya 1.25% je..
Ini ke belacan yang Makcik Rahni jual??
Ada tak u all terbaca berita ni dalam paper? Apa perasaan u lepas membacanya? Tak ada perasaan apa2? Mustahil! Mummy rasa majoriti yang membaca berita mesti mengutuk mamat yang gi buat pendakwaan ni. Mummy tak tau camana nak gambarkan perasaan Mummy masa baca berit ni. Sedih, kasihan, marah semua ada. Yang pasti sedih dan kasihan untuk Makcik Rahani penjual belacan ni dan marah tersangat pada Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, Rani Mohd Yatim.
Mamat ni dah tak ada kerja ker? Atau nak tunjuk bagus? Kenapa dia beria2 bawak belacan tu gi jabatan kimia untuk dianalisa. Ada ke orang peduli kalau belacan tu cukup protein ke tidak. Kalau betul2 nak tunjuk bagus bawaklah benda2 makanan yang lain untuk dianaisa bag pastikan kandungan protein dan lain2 tu betul dan sama dengan yang dicetak dilabel atau tidak. Bawak lah nugget, burger, chicken drumet dan yang sewaktu dengannya keluaran kilang2 besar ke jabatan kimia dan pastikn kandungan semua ada. Betul-betul kerja gila. dah takde kerja lain ke? kesian la kat makcik tu. Pasal belacan tak cukup protien pun siasat bagai nak gila. Mahkamah pun cepat jer bersidang. Bukan ke banyak lagi kes2 yang lebih utama yang patut disiasat dan didakwa Tu stadium runtuh tu dah siasat dengan teliti ke belum? Bila pihak yang terlibat akan didakwa? Mana laporan sampai sekarang tak siap2? Tulis dengan tangan ke laporan tu maka tak siap? Kekadang Mummy hairan dengan siap sesetengah pihak, tak tau nak bagi priority....RM 600 tu terlalu besar untuk Makcik penjual belacan. Belacan tu bukan dia buat pun so berapa banyaklah untung ya dia dapat.
My real 'farmville'

Pokok meranti dan kangkung. Kangkung tu dah banyak kali kutip. Senang betul di membiak kira nak menguasai kawasan tanaman yang ada. So terpaksa ler Mummy cabut dan tinggal kan sikit2 jer. Pokok meranti tu tak cuup banyak untuk dimasak. Ada biji dia yang dah tau, Mummy semai tapi tak tumbuh2 la pulak.

Pokok cili yang dah berbuah dan yang baru Mummy pindahkan ke pasu2. Mummy semai cili tu kat pasu panjang tu.
Thursday, October 22, 2009
Layannnnnnnnn jer ler

- Mana lebih tak baik, buat tak baik tapi niat tak jahat atau buat tak jahat, tapi niat tak baik (tak paham...pening ler...apa punye bahasa da...)
- kita hidup bukan untuk org lain, kita cuma hidup bersama orang lain (... err jadi xyah la nak susah2 puaskan hati orang lain kan...heheh)
- Menjadi pandai-impian semua org; berasa pandai-penyakit kebanyakan org.
- Senang takkan dpt tanpa susah; tapi susah memang senang dapat tanpa susah payah.
- Tak tumbuh tak melata; tak sungguh pun orang mengata (kalau tak tanam camana nak tumbuh???).
- Ulat dalam batu boleh hidup; batu dalam ulat, belum tentu ulat boleh hidup (batu karang ler tu...).
- Wang bukan penyelesaian masalah; tak ada wang lagi banyak masalah (no money no talk maa).
- Makin senang hidup anda; maka makin susahlah anda hidup.
- Lilin membakar dirinya bukanlah kerana berkorban, tetapi kerana terkorban (alamak stok lilin dah habis ler kat rumah...mana tau tetiba black-out).
- Pelajaran itu ibarat lilin; berguna bila 'blackout'.
- Berniaga umpana roda, kadang-kadang naik, kadang-kadang tak naik; kadang-kadang tak naik-naik.
- Duit mmg tak boleh bawa kedalam kubur; tapi tak berduit mungkin mati tak berkubur.
- Kalo nak hidup goyang kaki, jadilah org kaya; tapi kalo nak kaya, mana boleh hidup goyang kaki.
- Hanya org bodoh yg suka menipu; tapi biasanya mereka berjaya menipu org yg cerdik.
- Ciuman: mudah didapati oleh kanak-kanak, terpaksa dicuri-curi oleh org muda, terpaksa dibeli oleh org tua.
- Duit: dh tentu boleh mendatangkan penyakit, tapi belom tentu boleh menyembuhkan penyakit.
- sekuat-kuat badang; apabila mati, tidaklah mampu mahu mengangap diri sendiri
- Jgn mencari masalah... tapi jika bermasalah jgn lari dari masalah...kalau tak akan terus bermasalah
- biar selekeh tapi pandai daripada macho giler tapi bangang
- be wise not waste, be good not goat, be smart not semak
- whoever follows a crowd will never be followed by a crowd (setuju 200%)
Carta bengong
Biasa lah bila Abby on air memang banyak segmen ngok ngek dia, yang kuiz cepuput la...bebola kristal dll lain2 lagi. Hari ni mengikut carta si Abby, sekiranya seorang ibu mempunyai anak 4 orang ke atas, pitching suara akan lari sebanyak 80%....heheh...sebab si ibu ni asyik terjerit2 jer panggil or marah anak...emmm...rasa cam betul ler kalau ikut carta merapu si Abby tu...
Mummy ni start jer budak2 bukak mata sampai budak2 tutup mata tido asyik potpet2 jer...ada jer yang tak kena ngan bebudak ni, kekadang kesian gak kat dia orang...(tapi tak der la Mummy ni sampai mendera anak...hihihi)
Bebudak2 ni pun saja jer nak test Mummy dia, kalau kita panggil buat2 tak dengar, bergaduh tak tentu pasal dll. Sekarang ni si Danny, Danish & Dania ada perangai yang sama. Semuanya penakut. Suruh tidor kat bilik masing2 takut, suruh ambik baju kat bilik takut, tapi pegi main kat taman or rumah kawan2 tak takut pulak. So bila pagi bangun tidur masing2 dah siap2 ambik baju dua pasang bawak turun. Satu baju nak pakai balik dari sekolah dan satu lagi baju tido..alasan petang nanti takut nak ambik baju kat atas.
Petang jenuh ler Mummy terjerit2 suruh mandi, mandi pun cam kambing mandi jer...emmm tapi bila dengar bunyi kereta Daddy tengah khusyuk main games komputer pun cepat2 lari masuk bilik air....
Memang betul2 lari ler pitching Mummy, camna nak masuk AF???
Wednesday, October 21, 2009
Kucing vs Kambing
Pelikkan tajuk entry Mummy kali ni? Apa kaitannya kunching ngan kambing ni. Mummy dah bela kambing ngan kuching ker? Kuching mummy tak bela tapi kambing memang Mummy bela, tapi dalam 'farmville' FB ler...hihih...
Nak tau apa lunch menu Mummy hari ni? Nasi briani gam? Nasi lauk ayam masak lemak cili api + sambal sotong + telor masin? Mee goreng atau rojak mamak? Emm semuanya salah, gambar kat atas tulah menu lunch special Mummy sejak kebelakangan ni. Setakat minum satu mug Jusmate 5. Kenyang ke? Usah ditanya soalan ini....frankly speaking lepas minum memang boleh hilang lapar for few hours, so phisically memang consider kenyang ler cuma mentally asyik dok terbayang sedapnye kalu makan itu kalau makan ini...hihih...tu yang godaan besar tu... tapi apa nak buat...sabar jer lah...
Setiap pagi selalu Mummy minum milo-o panas or ais satu mug dan biskut kering 3 keping or roti bakar kosong 2 keping...ahhhhhh sedapnye roti canai banjir...
Petang sikit kalau lapar makan le sekeping dua biskut kering lagi.
Malam makan sup sayur ngan ikan. Nasi kalau teringin letak ler sesudu dua kat dalam sup tu, tapi selalu sup jer. Cam tu ler menu malam tiap2 hari sejak 10 hari yang lepas...tak ke cam kambing tiap2 hari makan sayur2 daun dan ratah ikan cam kucing.
Sampai bila nak makan cam tu??? Selagi tak dapat berat badan yang Mummy nak, rasanya selagi tu kut...So far so good. Dalam masa 10 hari Mummy dah turun berat badan 3.5 kg. Tu pun kira Mummy ni tak strict ikut diet dia, Sabtu dan Ahad selalunya Mummy makan nasi gak cuma kuantiti kurang. Agaknye klu Mummy diet sungguh2 sure dah turn 5-6kg kut...hehehehe...tapi Mummy tak der la sampai menyiksa badan cam tu sekali...hahahah
Tuesday, October 20, 2009
Cuainyeeeeeeeeeeeeeeeeee
Miss A : Hello...ini Pn Fauziah ker?Mummy : Bercakap...
Raya Open House 2009 : Part II
Antara tetamu yang terawal datang Mama Miraki dan Kak Lah @ Mama Shasha. Masing2 datang dengan anak2 je sebab hubby masing2 ada hal. So Mama Miraki ler yang jadi supirnye. Dengarnya sesat sampai Subang Jaya....apa raaaaaa
Ramai kawan2 masa Mummy & Daddy kerja kat Accurate Information System @ eNCoral Digital Solution yang datang. Mazia & anak2, Ummu, Suhaimi & Yati, Ijah & family, Hamizal & family, Aliza & family, Adzman, Nieza, Hamdan & family, Taib Pardi & family. Mungkin ada lain yang datang tapi Mummy tak perasan.
Staff & e-staff Mummy pun ramai yang datang. Syahril & anak2, Laila & family, Zana & family, Shahrul & family dan Azarita (Chef in the making)
Kawan2 Daddy lagi ramai yang datang. Kawan office, kawan golf, kawan ngeteh & customers. Dan sebahagian dari wife kawan2 Daddy tu dah jadi member baik Mummy pulak. Gambar kawan2 daddy yang lain tak sempat la Mummy nak snap. Antara kawan2 Daddy yang Mummy kenal datang Asrol & Monik, Nasim & family, Arman & family, Madshah & family, Rustam & family, Harrash & family (tetamu terakhir ni...hihih...all the way baru balik dari BP, sebab tu lewat), Abu CIDB & family dan lain2 la.
Best friend Mummy masa kat U dulu pun datang. Member2 gelarkan kami '3 stooges'. Kami semua ada gelaran masing2. Baju cokelat tu Shila (Achik), Mummy (Angah) dan Lina (Mumzie). Sampai sekarang kekal nama gelaran tu. Selalunya mana2 pergi memang kami bertiga la. Duduk kat dewan kuliah pun bertiga gak. Kira cam tungku masak ler, kalau satu tak ada kuali akan senget...hehe. Achik dan Mumzie ada 3 orang anak. So kira Mummy lah juara sebab ada 4 anak. Ha Achik Mum, sempat lagi kalau nak rmapas trofi dari Angah...hehehe
Kawan2 dan jiran2 Mummy masa kat Nilai pun ramai gak yang datang. Shikin & family (terima kasih la bagi kek dan serunding daging tu...sedapppppppppppp sangat...), Sue & anak2, Dewi & anak2, Ida & Anak2, Chef Kadir & family, Teacher Erlina & family dan lain2 yang Mummy terlepas pandang.
Kepada semua yang datang ke open house kami, terima kasih banyak la yer. Maaf le kalau ada kekurangan apa2. Panjang umur ada rezeki lebi, insyallah raya tahun depan adalah open house lagi....




































































