^ ! ^ Mummy Gee ^ ! ^
Blog catatan kehidupan peribadi Mummy bersama hubby dan lima orang permata hati kami, Emmer Daniel, Adam Danish, Dania Batrisya, Emmil Dafiy dan Dhiya Danisha. Juga cerita-cerita tentang saudara dan suku sakat Mummy. Ada juga cerita kenangan bersama emak dan abah.Luv u all.
Sunday, August 9, 2026
Dhiya Danisha Turns 13
9/8/2026 Puteri bongsu mummy meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke-13. Happy 13th Birthday Dhiya. Cepat sungguh masa berlaku, masih jelas diingatan, mummy kena sama2 duduk dengan dia untuk on9 kelas masa Dhiya Tahun 1 disebabkan PKP. Diam tak diam sekarang Dhiya dah form 1. Semoga Allah sentiasa memelihati dan memberkati kehidupan Dhiya dan dipermudhkan segala urusan dunia dan akhirat. We love u ooooo much!!!!!
Monday, August 3, 2026
Selamat Berpuasa
Asalammualaikum. Mummy & keluarga mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua. Semoga kita dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna dan sama2 kita berdoa agar ini bukanlah Ramadhan terakhir untuk kita. Amin.
Muka anak2 masa sahur pagi tadi...



Hari ni Mummy cuti sebab anak2 tak sekolah dan daycare dia orang pun tutup sempena awal ramadhan.
Muka anak2 masa sahur pagi tadi...
Dania ... baru nak start belajar puasa... harap2 dia dapat puasa penuh. Jangan balik tadika nanti dah sibuk mintak nasi sudah le...
Daniel ... insyallah tak ada masalah puasa penuh sebulan
Danish sejak umur 6 tahun dah puasa penuh... dia ni sejuk camana pun tetap tidur tak pakai baju
Hari ni Mummy cuti sebab anak2 tak sekolah dan daycare dia orang pun tutup sempena awal ramadhan.
Sunday, August 2, 2026
Bukan Lupa Tapi ...
Ya Allah lamanya mummy tak post apa2 dalam blog ni. bukan setakat bersawang tapi dah lupa camna nak create new post 🤣.
Petang tadi masa tea time sembang2 dengan anak2, pasal zaman kecik2 dia org so masing2 sibuk la nak tengok gambar dia orang dalam blog mummy, dah masing2 jeles ke aoa gambar dia tak banyak kenapa cerita pasal dia kurang 🤣🤣🤣. Bila anak2 dah besar2 ni baru mummy rau dia orang rajin tengok gambar2 dia org dalam blog mummy.
Oklah lepas ni mummy nak rajin2 upload semula cerita tentang kami, tentang mummy kepada 5D.
Stay tune!
Sunday, July 5, 2026
Emmil Dafiy - Registration Day PASUM
5/7/2026
Hari ni anak teruna Mummy si Emmil Dafiy mendaftarbdi Pusat Asasi Sains UM. Alhamdulillah dapat dekat, tiap minggu boleh balik 🤣. Biasalahkan emak2 kalau boleh nak anak2 sentiasa kat keliling je.
Selepas result SPM keluar ada bebrapa tawaran yang Dafiy dapat.
- Matrikulasi Melaka - Perakaunan
- High School Kajang - Form 6
- IPG - Pendidikan Jasmani (Dapat Tawaran Bersyarat, tinggal buat medical check up)
- UPU UM - Asasi Sains Sosial
Petronas
Apply juga biasiswa/tajaan keluar negera, ada yang dapat interview tapi tak ada rezeki Dafiy. Tak lama selepas dapat tawaran UPU untuk Asasi Sains Sosial di UM dapat pula tawaran tajaan/biasiswa dalam negeri dari Petronas. Syukur Alhamdulillah. So insyallah Dafiy akan buat asasi dan sambung degree di UM nanti, doakan Allah permudahkan urusan pengajian Dafiy sepanjang di UM.
Tak boleh dah Abang Dafiy nak hantar Dhiya oergibdan balik dari sekolah.
Tuesday, March 31, 2026
Emmil Dafiy - SPM 2025
31/3/2026
Kami BFF, anak2 pun BFF. Cikgu Zaliza ni ajar Dafiy tution masa sekolah rendah. Anak kamcing kami pun sama2 kamcing sampai sekarang.
Post terobek semasa result SPM 2025 diumumkan.
Batch 2025 ni sangat special, mereka tidak pernah menghadapi peperiksaan besar sebelum SPM. Batch tanpa UPSR dan juga PT3. Cuma exam UPKK sekolah agama sahaja yang ada.
Untuk Dafiy, mummy tak set pencapaian yang terlalu debom, mummy target 5A sahaja, sebagai syarat untuk mendapatkan tempat samada di matrikulasi atau mana2 IPTA.
Result trial dia 7A tapi banyak A-, lagilah mummy takut nak expect lebih2, silap sikit je A- boleh terjunam ke B+ atau B.
Selepas exam dan semasa nak ambik result saja mummy tanya dia apa expectation dia, dia kata dia confident dapat straight A, adui rasa nak luruh jantung ni, mmy risau dia over confident dan kalau tak dapat apa yang dia target dia akan kecewa tapi dalam hati tetaplah mummy mendoakan moga tercapai apa yang Dafiy jangkakan. Walaupun boleh buat semakan result secara online Dafiy tapi dia tak nak semak, dia nak ambik result fizikal berdepan dengan cikgu. Kita hormatlah keputusan dia, satu family sama2 berdebar. Satu family sama2 ke sekolah nak beri moral support pada Dafiy.
Semua anak2 ikut ke sekolah.
Kami BFF, anak2 pun BFF. Cikgu Zaliza ni ajar Dafiy tution masa sekolah rendah. Anak kamcing kami pun sama2 kamcing sampai sekarang.