Showing posts with label N3 MERAPU. Show all posts
Showing posts with label N3 MERAPU. Show all posts

Monday, October 3, 2011

Lunch makan jajan je!

Perut dah lapar ... sementara menunggu set ayam goreng Mek Dee sampai opis ni Mummy makan jajan ni dulu... bukan budak2 je layan jajan2 ni... emak  budak pun sama gak...  Mummy memang suka beli Chachos ni.. kalau beli yang original tu Mummy suka cicah ngan cili sos, kalau cicah ngan sambal ikan bilis pun sedap gak. Yang ni Mummy beli Spicy Curry so tak payah nak cicah2 memang sedap dah....

Thursday, April 21, 2011

Barang baik punye...

Sedapnya kalau dapat makan mangga kampung ni... emmm dengan baunye yang menusuk hidung.... nak gi pasar minggu kat Nilai la hujung minggu ni... kekadang ada orang jual


Umbut kelapa masak gulai kari campur ayam pon sodap... mana nak dapat umbut!!!

Tuesday, April 5, 2011

Langgar lari

On d way hantar Daniel & Danish ke sekolah Mummy berdepan satu kes maut langar lari. Masa nak keluar dari guard house tetiba Mummy nampak mangsa dah tergolek tengah jalan dan kereta depan Mummy terus jalan je. Mummy tak boleh nak lalu sebab mangsa betul2 kat tengah jalan, cam panik gak la. Nak buat apa ni. Masa tu mangsa masih bergerak lagi dan Mummy ingat dia setakat cedera sikit je kut. Mummy suruh Daniel turun dan tolong mangsa tu jalan ke tepi jalan...

Daniel masuk kereta dan dia tunjuk tangan dia kena darah mangsa... so Mummy pun hantar la dia org ke sekolah, sempat gak Mummy toleh mangsa kat tepi jalan tu tapi kan Mummy tengok mangsa dah tak bergerak. Mummy rasa anak kucing tu dah mati la..... zalim sungguh orang yang langgar...

Thursday, March 24, 2011

Patah tumbuh hilang berganti...


Silver Kodak camera Mummy yang hilang sudah ada pengganti. Walau dah ada pengganti Mummy tetap mengharap Mummy dapat semula camera tu dengan gamabr2 dalam memory card di...huhuhu. Oklah semalam ternampak kat paper ada promotion camera so balik kerja Mummy terjah kedai camera la kejap. Sebelum tu gi money changer dulu tukar baki duit rial yang ada, so target Mummy kos utk beli camera ni tak boleh lebih dari nilai duit rial yang Mummy nak tukar tu.

So finally Mummy amik camera Nikon CoolPix S3100... camera kecik dan senang nak amik gambar. Oklah tu, bukan Mummy nak jadi pro photographer pun sampai nak kena beli camera harga ribu raban ngan lens sebesar belalai gajah tu... memory card 8GB tu... Tak habis mengaji lagi camera ni, so for the time being set ke auto je la... nanti ada masa Mummy baca la kitab manual dia bagi tu.. heheh


Pink tu.. heheh, agak2 Daddy sanggup tak nak guna camera Mummy ni bawak gi mana2? Actually warna2 camera model ni sangat2 cantik sampai Mummy rambang mata, ada purple, red, black, blue, pink, yellow and silver


Nipis dan ringan sebab guna rechargeable li-ion battery

Monday, January 24, 2011

Kau kunci cintaku....

n3 langsung tak ada kaitan ngan kunci2 cinta cintun...
Cam biasa datang awal ke opis, dan sampai b4 8am lagi... biasalah sampai awal surelah orang pertama kan... lepas swipe card tolak pintu kayu tapi tak terbukak ... confirm memang ada mamat yang dah tertekan tombol pintu ... pintu kayu tu tak pernah berkunci pun, selalu cuma kunci kan gril dan mangga je, lagi pun dah ada access card pun buat apa nak kunci banyak2.... Masalahnya Mummy tak pernah ada pun kunci pintu kayu tu... pas tu call le orang yang Mummy rasa ada kunci.... time ni la bateri hp dah nak kong.... heheh... so nak buat apa lagi.. gi lak breakfast dulu...

Dah lepas pekena meehoon goreng pun tak ada umat laian lagi yg dtg opis ni... tunggu je la apa nak buat...

Fadhil Gyver cuba nak tunjuk skill bukak pintu ni... tapi sayang tak berjaya pun... hehehe... tak pe la at least dia try gak kan...

Muka cam tak tension je pun!!! Biasalah Mummy ni kan orang yang tak berapa pandai nak marah... hahaha...boleh gitu?

Almost  tunggu 45 minit baru dapat masuk opis....huhuhu...

Nasib baik kegeraman dan kemarahan dilegakan dengan 2 bekas jelly kelapa yang sejuk niiiiiii

Monday, January 10, 2011

Sinetron

Salam & good morning. Minggu yang baru dengan semangat kerja yang baru.. nomore monday blues ok... banyak n3 nak buat tapi apakan daya USB cable untuk camera Mummy dha hilang, tak taulah mana peginye, penat dah gelidah bilik Mummy dan bilik anak2 tapi tak jumpa gak, ni lunch hour baru nak pi beli. Mummy ni biasalah klu buat n3 mesti nak yang ada gambar warna-warni baru meriah. So sebelum terlupa baik Mummy senarikan dulu tajuk2 sinetron yang akan yang akan dibuat nanti.... tunggu ye!
- Gotong Royong D7
- x-isk reunion @ Holiday Villa Subang Jaya
- Hunting @ Flea Market MAEPS MARDI
- Umbut kelapa vs mangga kampung
- Death By Chocolate Cake
- Kenduri Kahwin @ Puchong Perdana

Korang tunggu la n3 Mummy nanti yer.... ada orang yang tak dapat nak joint kenduri kahwin rumah sepupu Mummy kat Puchong tu tak sabar2 nak tengok gambar2 kita orang kat sana, especially gambar dua orang makcik Mummy tu...

Thursday, October 14, 2010

Sayang2 buah kepayang ditelan pahit dibuang sayang....

Kali ni n3 rojak yer ... eh tapi kan sedap gak kalau dapat makan rojak ek. Rojak kat kedai Dyana tepi sungai kat PS tu sedap kan... tauhu yang lembut, kuah kacang banjir, tempe dan daun salad.... nyum...nyum.....nyum...

Uols ada tak masalah sayang nak buang barang2 yang dah tak boleh guna tapi sayang nak buang. Tak kisahlah samada baju2 lama yang dah tak  muat, kasut yang dah kehausan tapak tapi sebab beli dgn duit gaji pertama sayang pulak nak buang, buku2 dan majalah2 zaman tok kaduk???

Masa nak pindah ke Bangi dulu, mana2 baju Mummy yang dah tak muat memang Mummy dah asingkan dan bagikan orang, so yang Mummy bawak memang baju2 yang memang pakai dan baju masa kahwin dulu je. Kasut2 pun Mummy dah sort out, yg dah putus tali or tapak dah jadi senipis kulit bawang siap2 dah asingkan...

Tapikan terbalik pulak ngan Daddy, semua barang dia nak bawak pindah. Baju2 zaman kat U pun disimpannya lagi... majalah2 dan buku2 lama semua dibawaknye... dia kata nanti2 nak baca2... tapi rasanya dah hampir setahun pindah ni tak satu pun majalah dan buku2 Jepun dia yang dia telek or baca... dan kasut2 lama dia yang dah tak berapa cukup sifat tu pun tetap dia simpan sampai penuh almari kasut Mummy.

Masa bibik tak ada Mummy dah buat operasi pembersihan kasut2... menyampah tengok kasut bersepah2 depan pintu... pernah kawan Mummy datang rumah dia jadi cam was2 nak masuk segan, sebab dia ingat Mummy terima ramai tamu gara2 dia tengok banyak sangat kasut kat depan pintu....

Sebahagian kasut yang dah dikeluarkan dari almari kasut...

Pembantu Mummy yang tersangat rajin....
Dania yang rajin menolong...


Daddy & doter ... apa yang penting? Kerja samaaaaaaaaaaaaa


Selepas pengasingan kasut mengikut owner.... kasut2 Daddy... termasuk kasut yg tapak dah senipis kulit bawang, tali dah hilang, koyak, mengangga cam mulut buasa semua ada...


Daddy tengah fikir kasut mana dia nak let go.... masa pindah dari rumah Nilai lagi Mummy suruh dia sort  mana kasut yang dah tak boleh nak pakai tapi dia kata sayang kat kasut2 tu lah.. nak hantar gi repair la nak jahit la... in the end terperuk je kat dalam almari kasut sampai tak muat2, buat tambah habuk jer...


Selepas proses tapisan... Daddy tinggalkan 10 pasang ni je

Ni je kasut2 Mummy.... kasut2 biasa je ....
Danny & Danish punye... kasut2 zaman tadika pun ada lagi...


Kalau dah all pink, sure Dania punye... kasut masa umur 2-3 tahun pun simpan lagi...tu tak pe gak, ni kasut dah putus tali pun simpan lagi...selipar jepun dari warna pink dah jadi kelabu pun ada....


Dafiy jer yang tak ada banyak kasut kan...

Air apa yang cam air longkang ni? Kalau nak tau inilah air yang kita minum sehari2 kalau kita tak pasang water filter. Sambil kemas2 kasut Mummy cuci lah water filter Mummy. Ini baru seminggu dia tapis. Pernah tengok water tank kat rumah uols tak. Cuba buang semua air kat tank tu, percayalah kat dasar tank tu sure lumpur dan keladak 4-5 inci. Kalau orang yang kulit sensitif memang senang kena gatal2.

Water filter kat luar ni akan tapis semua air yang masuk ke dalam rumah termasuklah untuk mandi, masak dan lain. So kalau mandi tak adalah badan still rasa gatal2 (esp untuk orang yang alergi la). Kalau ada out door filter ni, better ada indoor water filter sekali bolehlah terus minum je air dari tap.. ni bukan promosi water filter  ye puan-puan. Mummy rasa nak tak nak tiap rumah sekarang ni terpaksa pasang water filter sebab kualiti dan kebersihan air yang kita terima tidak begitu memuaskan... betul tak?

Tuesday, September 28, 2010

Rimau oh rimau...


Baru selesai buat urusan perbankan... hari ni rimau mengaum terus bayar itu ini, dalam masa tak sampai 30 minit selesai... baki yang tinggal untuk belanja pasar, school fee & transport anak2 dan perbelanjaan sebelum dapat gaji akan datang.. cam tu la rutin orang bekerja.... alhamdulillah masih ada kerja dan masih ada gaji lagi...

Hujan kat luar opis, kat dalam opis ni dah mengiggil. Tetiba rasa cam nak makan carrot walnut cake ngan brownies dari 'resepi rahsia' masa buka posa nanti la...

 
Air liurku hampir meleleh2... heheh

Friday, August 6, 2010

Hilang Kema**an!


Ni paper exam Daniel untuk subject Agama Islam yang baru dapat semalam. Dia dapat 89% je. Dia hilang banyak markah kat Bhg C ni, perkara2 yang membatalkan wudhu'. Mula2 nak marah gak le sbb dapat below 90% tapi bila Mummy semak apa yang dijawab Mummy gelak tak sudah...tak jadi nak marah. Kelakar pun ada. Tengoklah apa yang dia jawab untuk soalan no 1, 3 & 5. Oklah Mummy tolong translate ye kut2 ada yang dah lupa baca jawi.
1. Keluar sesuatu dari kubul atau AKAL
3. Hilang KEMA**AN
5. Menyentuh DU*UR manusia dengan tapak tangan tanpa berlapikPaling kelakar jawapan No. 3 la... apalah anak Mummy ni. Tapikan lepas tu Mummy tanya dia balik apa makna KEMA**AN tu? Dia jawab 'orang yang tak malu'.

Thursday, July 29, 2010

Balik Kampung....

Indahnya kampungku


N3 cinonet lagi merapu ... saje je nak layan feel balik kampung. Masa kecik2 dulu rasa bosan amat duduk kat kampung. Sekarang ni bila nak balik kampung rasa cam best sangat, cam dapat bercuti kat obersi...Oh kampungku tunggulah kepulanganku ini...hehehhe....cam over je kan... Actually bukan  jauh sangat pun KL ke PS tu, dalam 3 jam dah sampai tapi itulah masing2 dah ada komitment dan family sendiri so setahun dapat 3-4 kali balik kampung pun bersyukur gak la. Ada gak rumah pusaka jiran Mummmy yang akhirnye menyembah ke bumi cam tu je sebab tak dijenguk dan dijaga langsung oleh anak cucu lepas emak bapak masing2 meninggal...sayang kan...

Friday, July 23, 2010

Bestnye....

Yessssssssssss weekend datang lagi... cuti 2 hari lagi.... apa nak buat cuti2 ni? Heheh... tak buat apa pun...tapi minggu depan nak balik kampung kan. Minggu ni Mummy ada kelas choc Sabtu dan Ahad. So lepas kelas choc tu plan nak gi Nilai 3. Si bibik nak beli barang apa ntah... bawak je la. Lagipun nanti kalau dah puasa malas le nak berpanas2 ke Nilai 3 tu. Biarlah dia nak shopping sesekali lagipun duit dia banyak ooooi... lebih banyak dari duit Mummy ni...huhuhu. Balik Indon bawak 20 Juta tu....

Lunch tadi Mummy gi Mines sat, gi bayar caruman SOCSO. Wah...kedai2 dah start gantung sales sana sini ...hehhe... jeling2 gak le... tapi jelin semata2 yer...



Pas tu  masa nak gi parking area lalu kedai HPA...teringat si MSom ni....heheh. Mummy masuk le nak tau apa yang dijual sebenarnya....Hihih...ingatkan jual kopi radix je...rupanya banyak ek... cili sos, air bikarbonat, rempah2, teh, cookies, segala ubat.... sabun cuci lantai pun ada .... Mummy beli kismis je... Tapi sayang sikitlah kedudukan kedai ni. Dia berdepan ngan pets shop. So sesekali terbau la 'sesuatu' dari petshop tu....heheh

Tuesday, July 20, 2010

Di manakah nilai cintamu?

Antara lagu2 Allahyarham Sudirman yang Mummy suka layan selain dari Pelangi Petang (m favourite song tu...). Lagu ni tak de kaitan pun ngan n3 merapu lunch hour ni

Hari ni Mummy skip lunch. Niat nak berpuasa tapi pagi2 tadi masuk dapor terus minum...hehhe. Mata memang ngantuk tapi mana boleh layan2 mata sekarang ni, takut bil abangun tidor nanti mata merah menyala je heheh...

Apa nak bebelkan ek. Kita cerita pasal duit nak tak? Amboi3..masing2 dengan jer duit terbukak je biji mata. Best gak cerita2 duit ni lagipun kan tak lama lagi nak puasa dan lepas tu raya, emm time raya kan ke banyak nak guna duit. Nak beli baju baru la, tukar langsir, tukar perabut rumah, buat or beli kuih raya dan jangan lupa DUIT RAYA untuk anak2, emak bapak, anak2 saudara, adik beradik, ipar duai dan sepupu sepapat.

Dulu2 tak ada kan tradisi bagi duit raya ni. Mesti kita dah terikut2 bagi angpau cam masa Chinese New Year. Mummy rasa start sekolah rendah Mummy dah dapat duit raya. Tapi masa tu dapat 20 sen kut. Rasa cam dah besar sangat je. La ni kan rasanya minimum orang bagi duit raya RM1 or RM2, itupun selalunya bagi kat 'budak2 Assalammualaikum' (budak2 yg dtg rumah nak collect duit raa je...kekadang tak nak masuk rumah...). Kalau kat anak2 dan anak2 saudara sure lain nilai yang dibagi kan...so korang dah fikir2 ke duit raya tahun nak bagi warna apa dan berapa keping???

 
Rasanya dalam tempoh setahun dua ni nilai RM50 sama dengan nilai RM1 sekarang...

Ni voucher  iSet*n RM200... tengah pening ni apa yang boleh dibeli dengan RM200. Kalau kat pasaraya Gergasi, Ekon-sip, K4 atau JJ banyak gak barang dapor boleh beli, tapi ni kat iSetan... Daddy bagi voucher ni awal tahun ntah mana golf tournment yang dia masuk tu dapatlah barangan elektrik ngan voucher ni ... nasib baik expiry date April 2011... emmm mungkin dapat sehelai blouse atau emmmmm ok2 Mummy nak beli lipstik ngan eyeliner...(untuk raya tu)... 

Wednesday, July 14, 2010

Bangau oh bangau....

* sila menyanyi dan bukan baca tau...*

Bangau oh bangau kenapa leherku sakit
macamana leher tak sakit, tidur salah bantal

bangau oh bangau kenapa tekakku sakit
macamana tekak tak sakit makan keladi sarawak....

Dah cukup2 tu... sekarang ni baca pulak tak payah nyanyi, sumbang mambang betul suara uols, mau hujan ribut petang ni. Ni la masalah Mummy, Mummy dapat penyakit 'paling' sakit. Apa penyakit yang paling sakit kat dunia ni? Bukan sakit jantung dan bukan cancer. Sakit yang paling sakit adalah sakit leher. Ya la selain leher apa lagi yang kita boleh palingkan...muka? Eh kalau nak palingkan muka, kita kena palingkan leher gak tau...hha cuba palingkan muka tanpa palingkan leher .. boleh ke...hahaha....masing2 dah jadi cam robot....
Ok ok... apa lah Mummy melalut2 ni, ni Mummy tengah sakit leher sangat ni, orang kata 'salah bantal' (orang kata ye bukan Mumm yang kata). Tak pasal2 bantal menjadi mangsa kan. Tapi ye kut sebab malam tadi lepas hantar Daniel & Danish tution Mummy tertidur kat sofa sampai daddy balik kul 9 lebih. Bangun2 sakit betul nak pusingkan leher. Dan pagi tadi bila bangun lagi sakit leher ni.

Kalau ikut petua nenek, moyang, cucu, cicit pula, nak² kalau yang duduk dekat kampung, dorang suruh jemur bantal yang kita guna kan tu. Alamak lupa la nak buat pagi tadi. Nanti ada pulak yang fikir ada orang kencing malam kena kat bantal tu yang bantal berjemur pagi2 kat luar ... hahaha. Tapikan pagi tadi bibik terpaksa jemur kusyen sofa 2 seaters tu sebab anak dara Mummy 'ngompol'... ni kes lupa nak pakaikan diaper. Dah malam tadi dia menemankan Daddy buat slide presentation ntah sampai pukul berapa, last dia tertidur kat sofa tu sampai pagi... hehehe...mak aii Mummy dah melalut lagi...

Sampai opis tadi Mummy sempat la tanya kat Abg Google cara lain nak hilangkan sakit leher ni. Nak kita kongsi sama2 yer..

1-Baca Bismillah….
2-Selawat ke atas Nabi Muhammad saw 3x
3-tepuk bantal yg diguna tadi 3x
4-tidur @ baring semula walau seminit
5-Insyaallah akan pulih. Source: intro2u.net


Kita sakit leher ni bukan sebab salah bantal tau, kesian bantal tu tapi ni ha antara sebab musababnye:
  1. Bekerja dan duduk terlalu lama di hadapan komputer tanpa ada pergerakan badan. (Mummy rasa ni punya Mummy sakit leher sebab nak siapkan demo presentation Isnin lepas....)
  2. Berat badan yang tak seimbang. Contoh: kepala seberat 16 paun adalah bahagian tubuh yang tergantung sepanjang hayat manusia. Jika seorang individu berjalan atau berdiri secara bongkok, ia akan mengganggu postur.
  3. Kedudukan tidur yang salah (bukan bantal yang salah tau....)
  4. Kurang amalkan senaman. (turun naik tangga rumah dan opis kira bersenam la, selain tu terjerit2 kat anak2 pun senaman untuk suara gak kannnn)
  5. Elakkan tidur di atas tilam yang lembut. (tidur kat lantai je la macam ni....)
Selain sakit leherkan, Mummy pun sakit tekak juga. Tak de pun Mummy melantak rambutan ke durian sehari dua ni. Tapi yang pasti dua hari berturut2 sarapan keladi sarawak rebus. Tak kan itu punca nye pulak!!!

Tuesday, July 13, 2010

Jangan betulkan TV anda ....


TV pertama abah Mummy beli .... cam almari la pulak kan... heheh..



Perasan tak kalau uols surf blog Mummy, akan ada sedikit gangguan. Akan keluar box cam kat atas tu? Cam mengacau je kan... Actually masalah tu berpunca dari background template yang Mummy gunakan. Mummy gunakan background template dari Scrappin Blogs sekarang ni dia orang dalam proses nak transfer semua background, images dan code ke server yang lain la pulak. Sebelum ni dia orang letakkan kat PhotoBucket. Hit kat PhotoBucket untuk account dia orang terlalu tinggi sekarang ni...so adalah akan melibatkan RM USD dll... so buat masa ni sabar je la yer....Mummy dalam mood malas nak mengodek2 dan menukar langsir ke carpet kat 'rumah' Mummy ni...



2x je bukan banyak pun... hehehe

Monday, July 12, 2010

1:15am

Syoh...syoh..pegi jauh2 jangan nak buat sarang kat sini ye...

Sorry tuan tanah sibuk bebenor, n3 tepat 1:15am sekadar nak menghalau labah2 yang menampakkan diri dan menghilangkan ngantuk ni. Demi sesuap nasi (ye ke sesuap ???? ) ... ni tengah buat kerja opis, hari Selasa baru merdeka...

Ngantuk2 ni kalau jadi spiderwoman boleh buat acrobatik sat...

Jom layang lagu Spider, Relaku Pujuk

Friday, July 9, 2010

Ingat pesan cikgu!

N3 sempoi dipagi Jumaat khas untuk cikgu dan cikgi ....


Emmmmm, walau n3 sempoi tapi u all tersenyum gak kan.... hahahahah

Thursday, June 24, 2010

Kalau BinAtang ber FB


Aircond sejuk ya amat ni kat opis dan mata pun dah mengecil cam jer... Lagi sejam nak balik ni... jom la baca n3 merapu Mummy ni. Ada orang hantar email ni kat Mummy...

Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm uols selalu post tu…….


Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah...

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kaklelamajnun...

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn...gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2....nk tiru aku le tu.. lol....


Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(


Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah


Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.


Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?


Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

Wednesday, June 23, 2010

Bawal ke ikan kuching?

Ini ikan bawal hitam yang masih mentah..

Ini ikan bawal hitam yang sedia untuk dingap

  
Ini pulak tudung2 bawal...

Ini pulak cara  nak pakai tudung bawal...

Dulu2 tudung bawal no fofular kan, ada bawal no1, 2 dll. Time tu banyak lah pulak model2 tunjuk cara nak pakai tudung bawal ni. Pernah dengar pasal 'tudung Astro' tak? Hehehhe... Mummy pun banyak gak tudung2 bawal ni dulu. Cuma lecehnye nak pakai tudung bawal ni kena pin sana pin sini. Minimum 1 pin je tapi tu jadi style makcik2 nak pi pasar, kalu 2 pin ok gak lah tapi nak kemas dan elok kena guna 3 pin la. Kat bawah dahu, kat bahu dan kat kepala...kalau ada 3 pin baru jadi 'tudung Astro' ni...heheh

Sekarang ni zaman serba nak cepat so cara nak pakai tudung pun nak cepat jer, tu yang banyak tudung2 ala 'tudung indon'... Sekarang ni dah melambak2 jenama 'tudung Indon' ni... Yang fofular sekarang ni Ariani, Hajaba, Butik Mama, Pearl Maya dan banyak lagi lah. Mummy rasa Hajaba start dulu tudung2 jenis ni kat Malaysia. Ada gak lah Mummy beli tudung kat Hajaba tu beberpa helai... tapi lepas tu stop sebab rasa 'awning' dia cam kureng sikit la... 'fragile' sungguh... yang bestnye sebab dia dah siap2 letak butang so tak gaduh nak cari pin.

Lepas tu timbul jenama2 lain. Tengok tak sinetron Indon? Cerita belah petang tak ingat sapa nama pelakon tapi dalam cerita tu this beutiful lady bawak watak nama "Arini' so Mummy rasa tudung Ariani tu dia ambik sempena cerita tu kut.... hehehe.

Ntah apa2 la n3 Mummy ni ek... sebenarnya kaki ni gatal jer nak pi kedai Ariani.... emm tapi kan baru 23 hb...rimau belum mengaum ma... so duduk diam2 la Mummy... eh tah nak lah beli tudung ni lagi, nak ajak MMiraki beli tudung yang murah tapi cantik dekat2 opis dia je la....Nab Jumaat depan jom kita gi cari tudung raya!!! Baju raya dah ada sepasang...

Saturday, June 5, 2010

Jumpa anak Ashaari

Malam tadi Mummy jumpa dengan anak Ashaari. Nak tau Anak Ashaari yang mana satu? Ben Ashaari ke? Atau anak pengasas Arqam? Salah tu...

Mummy jumpa anak Ashaari yang jadi pelakon, pengacara dan model yang boeh tahan fofularnye si Awal Ashaari. Tapi kan Mummy jumpa dia dalam mimpi je... camana dia boleh masuk dalam mimpi Mummy ni. Boleh pulak Mummy gi dating ngan dia... hahahha.... Mummy bukan peminat fanatik dia pun.

Awal Ashaari

Ben Ashaari ... pinjam gambar kejap ya Ben

Thursday, June 3, 2010

Mirror mirror on the wall ....

Jom layan perasaan dengar lagu rock kapak dan retro ni....


Tak de benda nak tulis so nt merapu dan meraban ler .... kat opis pun masing2 dah kluar lunch bosan la Mummy...
Miss Mirror pinjam sat cermin yer... Mummy nak telek nasib kejap....

 


Mummy lahir pada bulan Januari (Kajian Mengenai Bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.)

Sifat orang yang lahir pada bulan Januari biasanya:
1: Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
2: Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
3: Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
4: Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
5: Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
6: Pandai mengambil hati orang lain.
7: Pendiam kecuali telah dirangsang.
8: Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
9: Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
10: Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
11: Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
12: Cukup sayang pada kanak-kanak.
13: Suka duduk di rumah.
14: Setia pada segala-galanya.
15: Perlu belajar kemahiran bersosial.
16: Sifat cemburu yang sangat tinggi.

Mummy lahir hari SELASA:
  1. Pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. (ehem...ehem)
  2. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. (buruk betul perangai)
  3. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain.
  4. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. (ehem...ehem)
  5. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. (lalang betul)
  6. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.
  7. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. (ehem...ehem)
  8. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara. (ehem...ehem)
Tarikh Lahir : 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
 
Nombor - 3 CERIA
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik. Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.