Monday, August 6, 2012

Cerita 17 Ramadhan

Lepas sahur Mummy marathon buat 3 jenis biskut raya (tunggu n3 yer). Lepas buat kuih raya Mummy merempit ke Gulatis sekejap, nak cari baju Melayu untuk Daddy dan anak2...emmm kiciwa tak de yang menarik pun, dan banyak jenis kain licin satin tu, Daddy tak suka. So singgah kat PKNS Bangi pulak. Ramai pulak la umat kat sini, parking sampai kat belakang2. Lepas pusaing 2-3 kali akhirnya berjumpa dengan yang berkenan di hati... kain pun elok harga pun ok... dan yang paling penting ada saiz untuk si Daniel.... pening sekejap nak pilih warna apa... semua nampak menarik... blue turqouis, purple, merah, hijau..... agak2 korangkan warna apa Mummy pilih?.... Nampak gaya 'terpaksa'lah Mummy beli baju raya baru sebab baju yang dah beli tu tak de sehelai pun yang sama dengan warna baju Melayu daddy dan anak2 bujang...

Oklah layan je menu buka posa Mummy hari ni... ada yang Mummy masak, ada yang Daddy masak dan ada yang orang lain tolong masakkan..hahaha

Menu berbuka 17 Ramadhan

Mummy maak ayam paprik & goreng tepong udanag sotong

Tomyam campur yang sangat2 sedap...hihih .... kes puji diri sendiri, tapi seriuslah tomyam ni sedap.. Mummy guna paste dalam botol bukan yang selalu beli dalam packet kecik tu

Cucur buatan Daddy

Nasi goreng tuna hasil air tangan daddy gak

Anak2 nak makan pizza lagi... so call je la Mr Dominos mintak hantarkan pizza dan lazagna. Hari ni dapat lagi voucher free untuk sebiji pizza. Sepatutnya pukul 7.15 sampai tapi dah pukul 7.30pm baru sampai...

Tahniah Datuk Lee Chong Wei .. We're proud of you!

Tahniah Datuk Lee Chong Wei berjaya mendapatkan pingat perak untuk negara dari Olimpik London. Walaupun bukan kilauan emas yang digenggamnya kami semua tetap bergembira. Dan menonton perlawan akhir malam tadi macam nak menunggu hukuman gantung jer, takut dan suspen gilos..... Itu perasaan kita sebagai penonton tapi apa yang Datuk LCW rasa dan alama hanya di ayang tahu. Kalau kita kecewa Mummy percaya dia berjuta2 kali lebih kecewa. Berdasarkan faktor umur Olimpik London tahun ni peluang terbaik dan terakhirnya untuk meraih emas. Apa2 pun tahniah Datuk LCW.


Kesian Datuk LCW... menangis dia.. tak pe bukan dia sorang jer yang menanggis, ramai yang sama menangis dengan beliau

Imagine kalau Datuk LCW yang berada ditengah2... huhuh

We're proud of you Datuk


Dalam perkara ni mereka boleh sependapat... i likeeeeeeeeeee. We're still Malaysian kan!

Sedih ooooo

Tak dapat makan icecream baskin robin hari ni....huhu. Beli icecream bubr kacang je la sedap gak

Hehehe... jangan  mare yer

Eh apasal muka mamat ni ada kat sini pulak ek...heheh...

Sunday, August 5, 2012

Cerita 15 Ramadhan

Pagi tadi lepas balik dari pasar Mummy terus ke kedai bakery cari bahan2 untuk buat biskut raya. Tak tau la ntah bila nak start buatnya....

Menu berbuka 15 Ramadhan... Mummy cuma masak udang goreng gajus, sup ayam dan goreng ikan jer. Daddy dan anak2 nak makan pizza so Mummy order jer Domino Pizza.

Udang goreng gajus....

Ikan kembung goreng dan sup ayam cendawan

Tuna & chicken pepperroni pizza

Garlic breads

Friday, August 3, 2012

Happy 9th Anniversary Aaron Aziz

Lama tak tepek gambar dan cerita pasal xboyfriend Mummy ni kan... asyik2 tepek gambar menu buka puasa jer....

Ramai yang ternanti2 drama Adam & Hawa ditayangkan.... buku dah khatam dah Mummy baca. Tapi si heroin cam kurengggggggg sesuai jer la..hhaha

Eh2... baju melayu blue turquoise... baru plan nak belikan untuk Daddy... Mesti Daddy nanti lagi encem dari AA... sorry la yer AA..hihi

Happy 9th Anniversary AA. I harap u bahagia selalu sebagaimana I bahagia sekarang ni....hehhehe.. Cam dalam novel pulak...hihih

Thursday, August 2, 2012

Abah Dalam Kenangan - 9th Anniversary

Abah dalam kenangan...


2/8/2012 (Khamis) - Hari ni genap 9 tahun Abah pergi meninggalkan kami semua. Pergi yang tak akan kembali lagi. Sekejap betul masa berlalu. semoga Allah ampunkan dosa emak dan abah dan dimasukkan keduanya dikalangan orang-orang yang beriman. Al-fatehah.


Lepas subuh tadi Mummy baca catatan adik Mummy, Mama Miraki hari-hari terakhir Abah, tapi tak sanggup nak habiskan. Rasa sedih la sangat.


Signboard rumah terakhir emak dan abah...


Pusara emak dan abah yang berdekatan...

Semoga emak dan abah damai di sana. Kami di sini tidak pernah melupakan emak dan abah. Walaupun jarak di antara kita semakin jauh tapi emak dan abah tetap dekat di hati kami. Al-fetehah untuk emak dan abah.