Monday, July 4, 2011

1st Day Transit



Hari ni first day Daniel & Danish transit kat nursery selepas balik dari sekolah agama. Kul 7.30am Daddy hantar beg dan baju dia orang kat nursery dulu kemudian terus hantar ke sekolah agama. Actually sekolah agama dgn nursery transit tu dekat je, lorong sebelah2 je.


Petang tadi balik kerja Mummy singgah ke nursery dulu ambik beg sekolah agama dan kain baju yang dia oarang pakai. Lepas tu gi ambik Dania dan Daify pulak. Dania kata tengahari dia sedih sebab dia ingat Mummy lupa nak ambik dia.


Daniel & Danish kata dia orang seronok kat transit sebab ramai gang2 sekolah transit kat situ. Sempat tidur lagi sebelum pergi ke sekolah kebangsaan.


Alhamdulillah ... anak2 dapat sesuaikan diri kat nursery masing2.



Kerabu

Ingat tak minggu lepas Mummy ada buat entry tentang Daddy ke pasar dan dibelinya sayaur2 daun yang sangat2 banyak. Kira jemu gak le makan sayur bayam dan sawi putih. So last weekend Mummy perabihkan saki baki sayur2 yang ada. Pucuk manis dan pucuk paku yang Daddy beli tak berusik lagi, Mummy dah siap bersihkan dan siang sayur2 tu dan bungkus dalam kertas surat khabar baru masuk ke dalam peti sejuk, sebab tu dah seminggu pun masih elok lagi daun2 dia.

So Mummy nak transform pucuk manis dan pucuk paku tu jadi transformer kerabu la.
Mummy calling2 Kak Kay tanya dia camana nak buat kerabu ni... dan inilah hasilnya.

Semangkuk besar kerabu... pedas, manis semua cukup...  ratah cam tu je pun sedap

Close-up sikit

So untuk ibu2 yang tak ada idea nak masak apa hari ni, apa kata buat jer kerabu, tak kisah le kerabu apa pun.. tauge, pucuk paku, dll.

So kalau ada yang nak cuba, ni dia resepi campak2 untuk buat kerabu
- cili padi ikut suka (klu tak suka pedas kurangkan la)
- ikan bilis segengam
- bawang putih
- bawang merah
- belacan sikit
- kelapa parut 1/2 biji

Cara2:
1. Tumbuk cili, ikan bilis, bawang putih, bawang merah dan belacan. Ikan bilis tu tumbuk kasar2 je
2. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan2 tumbuk tadi
3. Masukkan kelapa parut
4. Campak garam, gula dan perasa
5. Masukkan pucuk manis or pucuk paku dan goreng hingga masak
6. Dah siap pun...


Sunday, July 3, 2011

FIXIE OF FIXIE

Seharian tunjuk baik dan pandai membodek tolong itu ini rupa2nya ada udang balik mee. Nak mintak basikal fixie.


Apa2 pun kalau untuk Daniel & Danish tak boleh beli untuk sorang je, kalau beli kena beli dua-dua dan kalau tak beli dua2 tak beli... kebetulan tinggal warna oren ni je... ada yang warna biru dan merah tapi dekat 1K sebiji.... so ambik je la yang ni...
 
Basikan dengan tuan dah nak sama tinggi ...


Apa ntah best nye basikal ni... Mummy try naik tapi sakit la sebab tempat duduk besar tapak tangan je...heheh

Masing2 dah kena warning basikal ni untuk main kat kawasan perumahan je, kalau nak gi sekolah or gi surau naik basikal sedia ada. Mummy takut tengok dia orang naik basikal fixie ni sebab basikal ni agak tinggi.

Friday, July 1, 2011

Hari Pertama

Petang tadi tak sabar2 nak balik dari opis sebab nak ambik Dania dan Dafiy kat Taska. Camanalah keadaan dia orang hari pertama kat sana. Sampai Taska pukul 5.50pm, Mummy tengok tak ada pulak Dania dan Dafiy main2 kat buaian or gelongsor dalam kawasan taska tu. Tak de pulak Daddy kata nak ambik budak2 tu.


Tak lama lepas tu baru nampak Dafiy keluar dari taska, lari2 dia bila nampak Mummy.., sibuk dia tanya kenapa Mummy tak balik awal ambik dia. Lepas tu si Dania pulak keluar dengan menanggis berair2 mata. Dia kata tak nak duduk kat nursery dan nak pindah nursery lain... sabar je la budak ni...


Mummy rasa lama2 nanti oklah dia orang berdua ni, hari pertama so tak biasa lagi dengan environment dan kawan2 kat Taska.

Kalut sikit!


Pagi yang sedikit kalut... hari ni Dafiy & Dania start pergi ke taska untuk day care after school dan Daniel & Danish pulak start sekolah agama kat sekolah baru. Sebelum tidur malam tadi dah siapkan barang2 untuk Dania & Dafiy.

Sekolah agama yang baru ni tak ada waktu rehat so Mummy paksa dia orang breakfast dulu b4 ke sekolah, dia orang bawak bekal air je.

Mummy tunggu van Dania & Dafiy sampai dulu sebab nak bagitau driver tu untuk hantar anak Mummy dua orang tu ke taska. Actully teacher kat sekolah dah bagitau driver tu pun tapi biasalah Mummy  ni takut2 dia terlupa ke apa...

Beg isi keperluan Dania dan Dafiy.. macam2 ada dalam ni... kain baju towel, selipar, susu,  koko crunch, honey star, biskut..., hehehe.. ni kes takut anak kebuluran kat taska ...hehehe

Tukar sekolah agama samping, lencana dan buku2 pun kena tukar gak. Start hari ni Daniel & Danish sekolah agama kat Sekolah Agama Tahfiz Al-Abrar, dekat dengan rumah je, rasanya cam boleh lompat je pagar...heheh

Bye2 Mummy , Dafiy nak pegi school ni..

Lepas Dania & Dafiy ke sekolah, Mummy gi opis dan bawak sekali Daniel & Danish. Pergi ke sekolah lama dulu sebab nak officially bagitau yang dia orang dah berpindah sekolah selain dari tu ada tunggakan yuran belum dibayar. Bulan Mei hari tu yuran sekolah dan mengaji naik  tapi Mummy tak perasan pun so bayar cam biasa jer, semalam Ustazah baru bagitau ada tunggakan ... Setteld kat sekolah agama lama hantar dia orang ke sekolah yang baru pulak. Baru keluar pintu pagar kawan2 kat dalam sekolah dah jerit2 panggil dia orang.

Jumpa ustazah dan intruduce anak2. Bayar yuran transit dan ngaji. Yuran pendaftaran, buku dan lain2 semalam Daddy dah uruskan kat HQ. Lepas settled urusan kat sekolah ni pergi ke taska pulak hantar beg untuk kegunaan Dania balik sekolah nanti.

Walaupun sibuk ke sana ke mari, Mummy tetap jadi orang pertama dan tukang bukak kunci pintu opis ni. 8.15am dah sampai opis... still awal gak sebab official office hour 8.30am