Sunday, July 4, 2010

Pulut kelapa...

Mummy ni kalau demam teruk sikit selera. Macam2 yang Mummy nak makan. Mengalahkan orang mengidam pulak. Tapi ok lah Mummy tak menyusahkan orang pun. Mummy buat sendiri. Kalau demam masa kecik2 dulu kan mesti dapat minum air oren botol kaca (oren jin-jer)... masa tu kan rasa cam nak demam sepanjang masa je so dapat la selalu minum oren jin-jer tu.

'Minuman rasmi' masa raya kat rumah Kak Ros jiran kampung Mumy

Pagi tadi breakfast Mummy teringin nak makan pulut kelapa yang emak Mummy selalu buat masa kami kecik2 dulu...Ada gak orang kata jangan makan pulut nanti angin... alah tak pe la Mumy tibai je, kalau tak makan pun Mummy asyik naik angin ngan anak2...hhhhhehhe

 
Pulut kelapa makan panas3 memang sedapppp.... ada serunding daging pulak... tapi tu la makan sikit je pun..

Pas tu tekak ni rasa cam nak makan wajik lah pulak. Jom kita buat kuih wajik durian...

 
Cairkan gula merah @ melaka + gula pasir. Make sure tapis dulu sebab selalu gula merah tu berpasir. Pas tu masak pati santan dan campur la gula tadi

 
Kacau gula dan santan tu sampai likat pekat dan berbuih2...

 
Pas tu masukkanlah pulut yang dah ditanak atau dikukus. Mummy tak suka pulut yang dikukus, nanti jadi wajir sembur. Kalau pulut tanak wajik dia lembut je..

 
Masukkan isi durian dan kacau2 lagi. Pas tu tuang dalam loyang yang dah di alas daun pisang. Mummy tak de daun pisang so alas guna aluminium foil je...Tekan2 bagi padat sikit...

 
Cam biasalah assistan chef selalu menolong mengacau

Close-up sikit.... tengah menunggu wajik durian ni sejuk sebelum dipotong! Harap2 lepas akan wajik durian ni demam terus hilang... Kalau nak rasa mai la dtg rumah Mummy!

Mondom day...

Balik kerja petang Jumaat, Mummy dah tak sedap badan. Lepas isyak bawak anak2 naik dan terus zzzz.... sedar2 dah kul 6.30 am. Kepala tersangatlah beratnye. Teruklah demam serentak dengan bibik.

Walau demam Mummy kena kluar rumah gak nak amik report card anak. Alamak! mini couper Mummy tak boleh start la pulak. Bawak la Naza bagak tu. Kul 8.30 am Mummy dah sampai. Oklah dapat giliran no 5 untuk Daniel dan Danish pun giliran ke-5. Tengah jumpa cikgu Daniel turn jumpa cikgu Danish pulak. So bagi orng lain dulu jumpa cikgu Danish. Urusan report card sekolah kebangsaan 20 minit selesai. Pas tu gi sekolah agama dia orang pulak. Nasib baik sekolah agama opposite sekolah kebangsaan je.

Balik singgah kedai je beli sayur2 dan ikan2. Malas nak gi pasar. Lunch semalam masak sempoi je.

 
Sambal terung dan bening rebus bodoh sawi putih

 
Sotong goreng tepong dan telor mata lembu

Lepas makan bening bodoh sawi Mummy zzzz.... sekejap je tidur tak sampai setengah jam pun. Lagi tidur lagi pening la kepala. Yang tahan cendol basi meleleh tak berhenti ni...

Pagi tadi jiran Mummy bagi kuih, so Mummy pun buat kuah durian dan roti jalan la. Roti jalan tu Mummy mana makan so Mummy makan kuah durian ngan roti je.

 
Belak kiri tu roti jala versi masa tengah rajin menggulung. Yang kanan tu versi lipat2 je... hheheh... panas le nak gulung2 time panas2 tu..

 
Nah jemputlah jamu mata

Friday, July 2, 2010

Dam dam dum ....

Gambar hiasan khas utk organ gyang tak sabar nak sambut raya....hehheh

Baru masuk opis ni... lunch time tadi Mummy gi ke Mines. Tujuan utama nak cuci mata dan nak makan ler. Apalah Mummy ni jauh2 (tak jauh pun cross jalan je dari opis ni) nak ke Mines setakat nak cuci mata, kat opis tak ada air ke, cuci je lah...hehehe. Alah ni nak cuci mata lain. Ya la si MMiraki & MMirror dah bukak topik kain baju untuk raya so Mummy pun nak turut sertalah...emmm tu la pompuan senang sangat ternoda tergoda.

Hari ni Mummy lone ranger ke Mines so cepat je la b4 kul 2.15pm dah masuk opis semula, klu ada kawan2 sure terlajak ni....heheh... So lepas selak2, bukak2, cuba2 dan berkenan dihati terus ambik je. Lagi lama takut tokey kedai tersenyum sampai tak boleh nak tutup mulut pulak.

Lepas tu gi layan perut pulak la... lapar beb pagi tadi cuma minum milo-o rasanya... lupa dan malas nak turun gi kedai la...
Menu lunch hari ni meehoon soto dan air kalamasi (juice limau nipis + asam boi...sedappppp)

 
Pas tu sebelah kedai Mummy makan ada lah pulak jual keledek bakar ni. Nampak cam sedap je (teruk betul Mummy ni, soto tu tak masuk lagi dalam perut...heheh). Tergoda dengan bau keledek bakar ni terpaksalah Mummy beli gak.. dulu2 kat kebun abah selalu bakar keledek dan ubi, senang je bakar rumput dan kayu2 kering aps tu leta keledek ngan ubi bawak tu... hangus3 makan pun sedap... Mummy beli je sebiji keledek ni...emmm padan muka Mummy, lain kalu tengokla dulu harga... masa nak bayar cam percaya ngan tidak la.. sebiji keledek bakar ni hampir RM 7. Set soto Mummy makan tu pun baru RM6.50.... apa nak buat ... bayar je la....malu lak nak cancel... Org yg jual tu cakap keledek tu mahal sebab import dari jepun ... ntah ia ntah idak 

Ni lah hasil cuci mata untuk hari ni... 3 jelai kain untuk baju kurung Mummy & Dania. Ada kain visco, cotton dan lagi selai tu lupa apa tajuk kain tu....So ngkorang kalau nak beli langsir untuk raya  janganlah sama corak dan warna ngan kain2 yang Mummy dah beli kat atas tu, malulah nanti Mummy nak gi beraya ruma ngkorang!

Cop Jempol!

Kat atas ni chop mohor @ chop jempol yang akan Mummy gunakan kat gambar2 yang Mummy letak kat blog Mummy Gee's Choc. Sebelum ni memang dah ada pun chop jempol tu cuma nak letak yang comei sikit... hehehe. Untuk blog personal Mummy Gee ni pulak chop jempol akan dibuat gak. Harap2 dengan adanya chop jempol ni tak ada lah kejadian mencuri dan mengedit gambar2 dari blog ni seperti apa yang dialami oleh Mat Gebu bila majalah masakan yang fofular menciplak gambar dari blog beliau. Sebelum ini ada gak blogger yang cilok gambar baby dari blogger lain dan hantar gambar tu untuk masuk satu contest. Kebetulan gambar tu menang contest dan pemilik asal gambar tu baru sedar gambar baby tu gambar baby dia....

Memang la blog Mummy tu tak sefofular blog Mat Gebu tapikan manalah tau ada gak malaun yang 'terbekenan' kat gambar2 dalam blog Mummy tu, so untuk protection lebih baik Mummy letakkan cop jempol tu. Selain dari tu nak disable kan right click la. Dulu dah disablekan tapi bila tukar blog template hilang semua dah.... jom semua kita mencop jempolkan gambar2 dalam blog kita...

Kalau malas nak buat cop jempol sendiri boleh order kat Little Colour Shop atau email je pada si pemilik blog Jiya callmejiya@gmail.com . Harga bermula dari serendah RM6 je.... Untuk Jiya tq yer!

Thursday, July 1, 2010

Potong lagi...

Ini iklan potong-potong

Ini aiskrim potong

Ini orang potong ayam

Ini orang potong lembu...alamak rasa loya la pulak tengok darah merah  menyala tu...

Gambar2 kat atas tu sekadar jamuan dipagi hari ye. Tak berkaitan langsung ngan n3 yang Mummy nak buat ni...heheh. Tapi bab potong2 gak la. Ni kisah anak bujang Mummy si Dafiy la. Rambut dia ni nak panjang ya amat. Kalau pompuan kan dah boleh Mummy ikat toncit rambut dia. So petang semalam Mummy bawak dia gi ke kedai gunting sekali lagi. Last week masa guntingkan rambut si Daniel ngan Danish Mummy bawak dia gak tapi menjerit2 si Dafiy tak nak gunting rambut. Jom layan aksi2 dia....

Menangis2 tak nak duduk kat kerusi. So bibik kena dokong dia sementara pakcik tu gunting rambut dia. Jangan terpotong telinga sudah le

Masa ni dah cool down sikit

Masa dah nak siap baru dia berhenti menangis.

Ni muka selepas siap dipotong dan sementara tunggu Daniel & Danish balik sekolah

Ni gambar Dafiy yang Mummy ambik pagi tadi sebelum gI kerja. Ha kan hensem anak Mummy bila rambut pendek

Sekarang ni bangun bagi dan turun bawah terus je Dafiy on notebook. Nak suruh mandi pun dah pandai tangguh2...kejap..kejap. Mummy nak pergi kerja pun dia dah tak kisah. Selalu tu nampak Mummy pakai tudung je dia dah menjerit nak ikut dan pusing2 naik kereta dulu. Sekarang ni layan Ultraman Cosmos kat youtube je... bibik pun terpaksa Mummy ajar camana nak pegang mouse senang nak navigate kat youtube tu... tengok lah keyboard notebook tu, 5-6 huruF dah terkopek...Dafiy punye kerja la...