Saturday, January 2, 2010

Sungai Congkak... so coooooooooooooool - Part II

2/1/2010 (Sabtu) - Sambungan n3 sebelum ni yer...

Walaupun malam tadi tidro lewat tapi anak2 awal pagi dah bangun. Merengek2 nak gi mandi kat sungai. Punyele sejuk pagi2 cam ni dah nak berendam, klu kat rumah ada air hangat pun bagi 1000 alasan sebelum mandi...malas nak layan last kul 7.45am bagi gak dia org terjun sungai.

Emak2 biasalah sibuk kat dapor (eh mana ada dapor, kan kita orang tengah bercuti, mana ada xtvt masak2...hehehhe. So menu pagi ni nasi goreng belacan, nasi goreng ikan masin, roti goreng telor, roti bakar, keropok lekor dan cekodok pisang Mak Bedah. AIr cam biasa ada teh-o, nes-o, white coffee

 
Inilah cekodok pisang Mak Bedah


Kiri - Lebihan ayam & daging BBQ, bila dah perangat tu sekejap je selesai dingap budak2 yang kelaparan dek berendam
Kanan - Hah buat la cam rumah sendiri yer...ni chalet le Bedah, yang ngko masak cam kat rumah tu apa hal?

 
Kiri - Dafiy ni makan ke buat main makanan tu?
Kanan - Tengok tu pemanas air aku dah terpenyek, boleh mintak ganti rugi tak? Tulah K.Lah klu dah tau gi hutan tak yah bawah semua benda2 tu...hihihi...sampai tak muat satu bonet semua nak dibawak...nasib baik ler 'koolkas' tak dibawak...koolkas tu apa dia??? Tanya bibik klu nak tau

 
Cepatlah Mummy, Dafiy nak mandi ni... tengok Dafiy dah pakai seluar berenang ni...

 
Juara bersama kumpulan yang paling lama mandi kat sungai. Dia org yang paling awal terjun sungai dan paling lambat naik.

 
Kalaulah dapat mandi sungai selalu, alangkah bestnye.

 
Dafiy tak sabar2 nak berendam dalam sungai

 
Sejuknye...

Masa Mummy mandi2 nganyang lain tu ada cerita menyakitkan mata dan hati. Bukan pasal orang skodenglah. Tapi ada satu group family yangmandi kat belah atas dari tempat kami mandi ni. Dia orang ni tak henti2 makan limau. Nak makan pun makanlah yang kita orang marahkan selamba jer dia orang campakkan kulit limau tu ke sungai. Bila kita org sound tu dia orang tak campak kulit2 limau tu ke bawah tapi ke atas dari tempat dia orang mandi, tapi air sungaikan mengalir so sampai gak kulit2 limau tu kat kita orang mandi....susah betul cakap denganorang tak der kesedaran fizik sivik ni lah...

 
Posing2 ngan Dafiy & Daddy

 
Posing lagi...

 
Pilih jangan tak pilih...cepat2 Mummy belanja...

 
Kiri - Family Datuk T dan Datin S. Ariel, Ayu, Iwan dan Echah tak de dalam gambar
Kanan - Family Kak Lah

 
Kiri - Family tuan punye blog la...
Kanan - Family Mama Miraki

 
Ahli2 rombongan Cik Kiah

 
Senyummmmmmmmm

 
Peaceeeeeeeeee

 
Peaceeeeeeeeeeee

 
Sukanya dia...

 
Pose ala2 manja....

 
Pose lagi...

 
Janganlah pelukkkkkk

 
Manalah sorang awek pun tak ada, penat jer Dafiy melaram...

 
Duduk lah kejap rehat, manlah tau lepas ni ada awek2 lalu...

 
Mummy rasa Mummy lagi comel dari Dania la....heheh

 
Dania tak lepas dengan selimut busuknya, mana pegi memang tak tinggal la

 
Masa kami balik tu ramai lagi orang yang baru nak sampai. Jam jalan masuk ke Sg Congkak tu

 
On d way balik Mummy singgah beli jagung, cempedak dan limau.

Sampai rumah dalam pukul 3:00pm. Dalam kereta semua dah zzzzzzzz (termasuk Mummy le...). Sampai rumah hujan la pulak, Alahai lepas berkumpul ramai2 balik ke rumah hujan rasa cam syahdu la sangat...

Sungai Congkak... so coooooooooooooool - Part I

1/1/2010 (Jumaat) - Selamat Tahun Baru 2010 pada semua. Semoga tahun ini membawa kejayaan kepada semua.

So cam yang dirancang 2-3 minggu lepas, hari ni Mummy akan pegi cuti2 Malaysia lagi. Tak taulah ni nak kira penutup cuti2 Malaysia 2009 atau pembuka cuti2 Malaysia 2010....Alah cuti2 Malaysia dekat2 area rumah jer, dalam 45 minit dah sampai. Mummy akan ke Sg Congkak dengan family mama Miraki, Kak Lah dan Kak Noor.

Pegi setakat satu malam je tapi barang punye banyak. Masa nak susun barang2 dalam bonet membebel2 Daddy sebab barang banyak sangat cam orang nak pindah...hihihi. Alah org lelaki apa dia org tau pasal preparation klu nak pi mana2, yg dia tau start injin jer...hihih, yang pasti nanti bila dah kat sana, itu ini diordernya dari kita cam kat rumah jer, so baik bawak siap2....hehhe. Mummy bawak bekal nasi himpit + sambal kacang, ayam goreng, ayam masak kicap, ikan goreng, ikan masin, junk food dll.

 
Stock untuk dua hari satu malam...

Mummy keluar rumah kul 11.30am. Sg Congkak ni lokasi dia kat Hulu Langat. Kat Hulu Langat memang banyak kawasan anak sungai dan air terjun utk santai2. Hot spring pun ada gak. On d way, Mummy singgah kat Kolam Air Panas. Kat tepi jalan besar jer.

 
Lokasi Kolam Air Panas Bt 16 ni kat belakang surau. So kemudahan disediakan oleh PEWARIS (tak ingat lah shortform utk apa). Nak masuk tak dikenakan bayar tapi ada donation box. Masuklah ikut suka. Duit nilah digunakan untuk maintain kawasan air panas ni.

 
Kolam utk lelaki dan perempuan berasingan. Masa dah nak mabil baru Mummy terperasan. SO kira Mummy dah masuk kawasan kolam utk lelaki la.
  
Ada kolah besar digunak untuk menakong air panas tu. Kalau nak rendam kaki tu kena cedok air dan bubh dalam baldilah. Tapi ada gak kolam kecik dia sediakan untuk rendam terus.

Kat hot spring tu dalam setengah jam jer. Lagipun calling2 yang lain semua belum sampai ke Sg Congkak lagi, malas la nak tunggu dia org lama2 nanti. Mummy sampai dalam pukul 1.00pm. Masa tu cuma Kak Lah jer yang dah ada, yg lain masih on d way la. Masa sampai tu chalet tak ready lagi. Belum dikemaslagi so kita orang lepak dulu kat bangsal depan chalet. Kami ambik 6 buah chalet, berderet 6 biji semua kami ambik. Chalet kat atas bukit sikit so kena exercise sikit la...

 
Kiri - Kenderaan peserta cuti2 kali ni...
Kanan - Suasana chalet dan bangsal lepak2 dari tempat parking

 
Kiri - Bangsal untuk makan dan lepak2 betul2 depan chalet yang Mummy duduk.
Kanan - Nilah chalet yang kami duduk. Ada dua single bed dan attached bathroom. Ruang dalam memang besar rasanya boleh letak 3 queen bed. Pas tu ada anjung untuk lepak.

 
Stock makanan untuk 2 hari satu malam. Kami sorang bawak sikit (yer ke sikit???) so memang tak akan kebulurla ni...Ada meehoon goreng, lemak ikan masin ngan nenas, ayam goreng, nasi himpit + kuah kacang, ayam kicap, sambal goreng, tauhu + tempe goreng + sambal kicap, ikan goreng dll

 
Time emak2 sibuk mengangkut barang2 dari kereta, anak2 dah tak boleh tunggu2 lagi, terus terjun dalam sungai. Air sungai dia taklah dalam, tak sampai paras pinggang pun. Tapi air dia punye la sejukkkkkkkk...

 
Lepas angkat2 barang masing2 makan dulu sebab semua belum lunch lagi.

Sampai pukul 3.00pm chalet tak ready lagi, kata check-in kul 2pm so my blood goes upstair la... calling2 la housekeeping dia. Barulah datang akak cleaner sorang. Dia kata dia sorang je yang ada utk kemas semua chalet2 yang ada kat resort tu...Itu kita orang tak tau la kak oooi, akak reportlah pada management tempat akak kerja tu suruh tambah kakitangan lagi....

Lepas angkat barang masuk chalet dan solat kami emak2 pun zupppppp....terjun berendam kat sungai gak...tersangatlah sejuknye air. Mummy berendam adalah dalam sejam jugak... Masa kami berendam tu kaum bapa pegi cari beli durian...masa datang tadi Mummy tengok kat sepanjang jalan banyak orang jual durian cantik2 tu Daddy kata nanti nak keluar beli durian.
 
Balik dari berendam kat sungai, durian dah menunggu. Kaw2 betul durian dia...Mummy cam biasalah makanan lain boleh elak tapi bab durian memang tak boleh, so ngap je la...

 
Kiri - Tak cukup dengan bekalan makanan yang dah siap utk dimakan stock makanan mentah pun bawak gak. Tu hubby Mama Miraki tengah action goreng karipap... rasanya seumur hidup tu first time dia pegang sudip kut...heheh
Kanan - Keropok lekor ni tersangatlah sedapnya. Anak buah Mummy si Iwan tu beli masa dia g Cherating.... tak sempat nak bawak balik rumah sebab semua kita org dah goreng...

 
Lepas minum petang (kat hutan pun sempat minum petang lagi), Daddy pasang api untuk bbq belah malam.


 
Kiri - Tengok tu gi masuk hutan pun notebook tak tinggal kan... tapi tu lah signal boradband tak der pun. Tak pe ada gak kegunaan notebook tu, bolehlah kita org berkaro-k tengah malam ni
Kanan - Bila nampak unggun api ni terasa cam zaman2 muda2 dulu waktu Mummy selalu gi camping...

 
Kiri - Ayin & Eija tengah potong sotong untuk buat sotong goreng tepong
Kanan - Ariel (hubby Ayin) ni mmg AJK tetap kalau family kita orang buat BBQ. Anak2 dan menantu kak noor memang ringan tulang kalau buat BBQ. Kalau dia oragn tak ada sure tak buat ni...

p/s Sorry gambar tak clear langsung. So klu nak tengok gambar2 masa xtxt bbq tu check dlm blog Mama Miraki ye!

Lepas acara bbq tu, sambung acara lepak2 dan gossip2...sambil tu karo-k ler ... anak saudara semua lepak2 dalam bilik ni emak2 saudara yg tak sedar diri yg sibuk berkaro-k....hiihhi...sure terpegun unggas2 rimba dengan kemerduan kami menyanyi....hehhe...

Ingatkan dah dinner dan bbq tak der lagi acara makan2 tapi kul 11 ada yang request nak makan mee segera la pulak...ahhaha...supply teh-o, nes-o dan lain2 memang sepanjang masa...

Dekat pukul 2am baru kami balik ke chalet. Kaum bapak2 masih sambung gebang, Mummy tak sedar pun pukul berapa dia orang habis gebanng, rasany akul 3-4 pagi kut....

to be continued...