Tuesday, May 26, 2009

Moving Out Moving In - Part 2

23-24/05/09 - Weekend ni mummy operasi baju2 Daddy pulak. Tengoklah penuh dalam wardrobe tu semua baju Daddy. Itu tak campur lagi yang gantung kat bilik sembahyang kat bawah. Siapa kata lelaki tak banyak baju...hiiii...

Lepas kemas baju Daddy mummy pergi ke rumah Bangi pulak nak tengok apa progress. Di dapor barang2 masih dalam kotak lagi belum diunpacked.


Hampir senja baru kerja2 memasang oven dan lain2 selesai. Kerja akan disambung minggu hadapan kerana solid surface untuk table top tak siap lagi. Hopefully by middle of next week siap.



Tengok keadaan kat dining dan living area. Bersepah2 dengan barang2 yang dibawa dari Nilai dan sampah2.



Danny tak lepas peluang beraksi di depan built-in wardrobe dan study table dalam biliknya. Danny nanti akan sharing bilik dengan Danish.

Mummy dan Daddy bagi peluang pada 3D untuk mengecat bilik. Of course blue for the boys. Tapi jenuhlah juga mummy terjerit2 bila dia orang suka2 main cat tu. Dia orang buat tak lama, kejap jer dah jemu dan penat. Yang lama tolong si Danny.



Lepas penat mengecat 3D main kotak dan gabus kat bawah. Lepas tu masing2 sibuk nak bawak kotak dan gabus tu balik ke rumah Nilai.

Daddy dan Dania sempat main buaian depan rumah.

Tuesday, May 19, 2009

Moving Out Moving In - Part 1

Mummy dah start mengemas barang2 dan kain baju yang nak dibawa. Bibik pun mummy suruh kemaskan barang2 personal dia. Mummy start dengan kemas baju budak2 kat bilik bawah. Hampir 2-3 hari juga berkemas tapi tak siap lagi. Tapi mummy dah sort mana yang nak bawak dan mana yang nak bagi kat orang dan mana yang nak buang atau buat kain lap.


Mana baju2 yang boleh recycle mummy simpan. Yang anak2 mummy tak muat pakai mummy bungkus elok2 dan asing2kan. Banyak baju2 budak2 mummy bagi kat jiran2. Baju2 mummy pulak banyak mummy bagi pada bibik belakang rumah. Lega bila tengok baju yang mummy bagi kat dia oragn tu dipakai.


Pinggan mangkuk pun mummy dah start kemas dan bawak sikit2 ke rumah bangi. Tinggalkan pinggan2 yang selalu mummy gunakan jer.


Baju daddy langsung mummy belum kemas. Banyak sangat baju daddy, tak tau mummy mana yang dia nak pakai mana yang dia tak nak lagi.


Lepas ni mummy kena kemas fail2 dan dokumen2 yang agak berterabur.

Ini sebahagian daripada kain baju yang dah dibawa ke bangi, mummy humban semua dalam guest room.


Transformasi D'7

19/05/2005 (Selasa) - Cepat betul masa berlalu, dalam sedar tak sedar lagi dua minggu sekolah bercuti. Ini bermakna mummy dan daddy ada masa yang terhad untuk buat preparation pindah rumah. Banyak lagi yang belum siap.
Urusan pindah sekolah Danny dah 50% siap, kelulusan dari Jabatan Pendidikan dah dapat, sekarang ni tinggal nak dapatkan personal fail dari Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka, once dapat personal file terus daftar ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 bangi. Bolehlah teruskan daftar kemasukkan darjah satu untuk Danish dan Dania sekali.

Untuk rumah ni, Mummy dan Daddy tak ada buat apa2 major renovation. Setakat perkara2 yang basic sahaja. Buat transformasi kecil2 jer...

Ini kawasan lapan di kiri dan hadapan kawasan rumah. Limited budget, so buat masa ini Daddy upah orang tanam rumput carpet dan tabur batu sungai jer. Tunggu ler dulu kut2 nanti ada rezeki lebih, boleh le buat landskap yang proper dan elok sikit.

Dari pintu tambahan guest room tu boleh keluar ke kawasan tanah lapang tu. So Daddy letak step stones.




Ini garden plot untuk mummy bercucuk tanam. Terletak kat bahagian belakang rumah. Boleh ler setakat nak tanam cili ke serai. Sekarang ni yang dah ada kat 'kebun' cili api, cili masak, serai, pandan, kunyit, limau nipis dan limau kasturi.


Harap-harap hiduplah pokok2 tu. Masalah sikit sebab air dari bumbung bila jatuh kena kat kawasan garden tu. Daddy dah letakkan batu bata keliling batas tu untuk elakkan pasir dan tanah terkeluar ke kawasan rumput.





Ini kawasan dining hall. Ada dinding sikit untuk asingkan antara ruang dapor dan ruang makan. Aal memang interior paint warna putih, so untuk ceriakan sikit ruang makan tu Daddy pilih hijau cerah sebagai featuring hall.

Ini bilik Dania. Warna asal dia putih plain. So mummy plan nak cat warna hot pink untuk feature wall dan light pink untuk dinding2 yang lain. Wardrobe mummy pilih hot pink dan putih biar match dengan dinding. Projek mengecat ni baru 60% siap.
Hujung minggu ni mummy cuba habiskan mengecat la. Yang lecehnya nak mengecat bahagian atas yang dekat dengan siling tu. Selain kena panjat tangga nak kena mendongak le pulak. tak apa lah yang itu mummy mintak daddy tolong siapkan.

Untuk bilik Danny dan Danish tak cat lagi pun. Tapi plan nak cat warna biru. Standard ler pink for the girl and blue for the boys.

Semalam baru start pasang kitchen cabinet. Tak siap pun lagi, hari ni sambung lagi. Sempoi je kitchen kabinet kami pilih. Bila dah letak cabinet ni, ruang dapor terasa semakin kecil la pulak.

Tuesday, May 12, 2009

11th Anniversary

11/05/2009 (Isnis) - Hari ini ulang tahun perkahwinan Mummy dan Daddy. Happy Anniversary Daddy, I luv you. Dah sebelas tahun rupanya Mummy dan Daddy hidup bersama, cepat sungguh masa berlalu. Harapan Mummy semoga jodoh Mummy dan Daddy berkekalan hingga ke akhir hayat.

Tahun ini kami tak bercuti ke mana2, banyak duit nak guna untuk masuk ke rumah baru. Balik dari kerja mummy pergi ke rumah bangi. Mummy dan Daddy ambik tender mengecat rumat. Nak suruh ornag buat mahal . Hanya bahagian2 tertentuk yang kami cat semula. Girl's & boy's room dan ruang tamu sikit.

Inilah proses transformasi bilik Dania. Warna asal bilik putih. Mummy pilih pink pekat untuk feature wall dan yg lain2 light pink. Mummy tengok yang pink pekat tu lain pulak color dia, masa kat kedai nampak macam pink tapi bila dah sapu kat dinding macam purple lah pulak. Penat juga kerja mengecat ni. Setakat ni baru dalam 50% jer siap. Lagi sehari dua insyallah siap lah kerja mengecat di bilik Dania dan boleh proceed bilik Danny & Danish pulak.

Monday, May 4, 2009

Balik Kampung

1-3/05/2009 - Alhamdulillah, setelah sekian lama tak balik Parit Sulong, kami balik ke kampung.

Tengokler anak2 masa dalam kereta. Tak reti duduk diam. Pakai seatbelt pun sekejap jer, lepas tu masing2 main macam kat rumah je. Dalam perjalanan balik kurang bernasib baik sebab tayar kereta pancit. Masa tu dah dekat nak exit Tangkak. nasib baik kebetulan ada PlusRonda lalu, dia orang lah yang tolong gantikan tayar.
Mummy bawak dia orang ke pekan Parit Sulong sebab bibik nak potong rambut. Biasa lah bibik setiap kali balik Ps mesti potong rambut punye. Bukan apa, jimat la. Kat kampung potong rambut RM3 jer tapi kalau kat nilai mau RM25. Sementara tunggu bibik siap2 anak2 semua main kereta2.
Lain2 cerita balik kampung boleh tengok kat blog Mama Miraki.