Thursday, March 25, 2021

Dania Turns 16


25/03/2021 - Our 1st doter, Dania Batrisya Radzuan  turns 16! Alhamdulillah. Happy Birthday kakak Dania. Moga sentiasa dalam keberkatan dan lindungan Allah.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim ... anak ini mungkin tidak miliki ibu bapa yang terbaik kerana terlalu banyak kelemahan kami sebagai ibu bapanya tetapi anak ini ada Allah Yg Maha Baik, Allah Yg Maha Ihsan, Allah Yang Maha Pemurah, Allah Yang Maha Penyayang lagi  Maha Pengampun... dengan segala kesempurnaanMu hamba merayu.... sempurnakanlah cahayaMu kepada anak ku ini. Ameen!

đź’• Mummy, daddy dan adik-beradik semua sayangkan kakak. Mummy sentiasa ada untuk kakak.

đź’• Jaga solat, hormat ibu bapa dan orang2 tua, usaha bersungguh2 insyallah Allah akan mudahkan segala urusan baik kakak di dunia dan akhirat.

đź’•Carilah kesenangan dan kebahagian dalam hidup asalkan jangan sampai mengganggu kesenangan dan kebahagiaan orang lain. 

đź’•Sentiasa berbuat baik dan berusaha untuk jadi lebih baik.

đź’•Jangan cari kesempurnaan tapi carilah yang menyempurnakan.

đź’•Dalam dunia ni sentiasa ada orang baik, kalau tak jumpa, kakak jadilah salah seorang darinya.

đź’•Hidup kena berbudi. Kalau tak mampu berbudi jadilah orang yang mengenang budi.



#DaniaTurns16
#1stDoter

2 comments: