Wednesday, June 24, 2015

6 Ramadhan

Selasa.


Menu buka ala-ala kedai Siam lagi. Tomyam campur, ikan sweet sour, ayam paprik, kailan ikan masin dan telor dadar.

Mummy buat jus tembikai. Kuih tak ada so lepas buka terus makan nasi. Alhamdulillah.

posted from Bloggeroid

5 Ramadhan

Isnin.


Menu hari ni ikan parang masak lemak dengan tomato, sup sayur, ayam goreng.

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 23, 2015

4 Ramadhan

Ahad. Terasa sangat letih hari ni. Seharian mummy buat operasi pokok-pokok bunga di taman sekangkang monyet ni...hehe. letih-letih pun masak tetap masak.



Hari ni menu ala-ala kedai Siam. Mummy buat tomyam campur, ikan sweet sour, sayur campur, sotong udang goreng tepong dan telor dadar. Tomyam tu Mummy gunakan paste segera yang Daddy beli di Thailand. Memang sedap paste segera tu. Tak perlu tambah apa-apa lagi. Didihkan air, masuk paste dan campak la apa yang kita nak dalam periuk. Siap....hahah. senang kan.

posted from Bloggeroid

3 Ramadhan

Sabtu. Tak kerja. Boleh masak berjenis sikit.


Menu utama hari ini. Ketam masak lemaj cili api, ayam goreng kunyit, ikan tenggiri goreng, tumis sawi jepun, tauhu tempe goreng. Adik mummy si Mama miraki ada hantar daging dendeng. Nyum nyum


Menu sampingan. Mummy buat apam gula hangus. Daddy beli otak-otak di Pasar Ramadhan

posted from Bloggeroid

Saturday, June 20, 2015

2 Ramadhan

Alhamdululillah. Berlalu 2 Ramadhan. Cuaca agak panas hari ini. Mummy masih berjaya bertahan tidak minum ice semasa berbuka.


Mummy masak kari ayam, tumis bayam, goreng ikan, sambal totok.



Mummy buat pengat labu + sagu biji. Daddy beli kuih tako dan tepong di pasar Ramadhan. Mangga cikonan tu nun jauh dari Kedah.

posted from Bloggeroid

Friday, June 19, 2015

1 Ramadhan

Salam 1 Ramadhan. Dah lama tak berblog. Mood berblog dah lama hilang sepertimana hilangnya MH370.


Menu utama berbuka



Menu sampingan

posted from Bloggeroid