Sunday, April 19, 2015

Makan-makan dan Gebang-gebang

Weekend... best dapat geder2 dengan satu2nya adik Mummy, si Mama Miraki.

Daddy sekarang berada di Laos dan kebetulan pulak hubby Mama Mirali oustation so Mummy ajak Mama Miraki datang ke rumah.


Mama Miraki sampai selepas maghrib so kami terus dinner kat kedai dekat2 dengan rumah Mummy je.


Balik dinner ronda2 kejap kedai2 depan rumah Mummy.


Bilik 4 kosong tapi semua tak nak tido bilik. Last Mummy bentangkan tilam dan comforter je. Dah macam suasana kat kampung je..

Malam tu tak tau la anak2 tidur pukul berapa. Leka mai je. Yang paling seronok si Dafiy dan Amir.


Pagi2 ke pasar tani. Terasa macam di kampung je.


Menu breakfast. Ada pizza, laksa, meehoon sup, laksam, kuih muih dan yang paling special yang di bawah ni.


Ketiwol... mungkin ramai yang tak kenal makanan tradisional masyarakat JaWorld ni. Sekarang dah ada orang jual on9 tepong untuk buat ketiwol ni.


Lepas breakfast cuci mata kat kedai2 tudung


Menu tengahari kami... black pepper beef, ayam goreng, sup, kerabu dan goreng tauhu tempe

Lepas makan lepak2 dan gebang2.


Dah macam kembar pulak si Amir dan Dafiy ni.


Lepas minum petang Mama Miraki gerak balik ke Ampang. Dah tua2 ni rasa sedih je tiap kali berpisah dengan adik-beradik. Masa kecik2 dulu tau nak bergaduh je kan.

posted from Bloggeroid

Sunday, April 5, 2015

Asam Pedas Untuk Dia

Menu lunch untuk hari ni


Lama Mummy tak masak asam pedas. Hari ni bahan semua cukup so Mummy buay asam pedas ika parang. Letak daun kesum, bunga kantan dan kacang bende. Buat pekat-pekat sikit, Mummy tak suka asam pedas yang cair. Dan ikan parang tu Mummy goreng dulu layu-layu untuk kurangkan bau hanyir.


Daging kambing masak kuzi ni bukan Mummy yang masak. Mummy cuma hangatkan je. Daging ni ambik levihan jamuan lorong malam tadi. Anak-anak dan Daddy suka makan tapi Mummy memang x makan la.

posted from Bloggeroid

Pulut Kelapa Ikan Kering Untuk Dia


Breakfast di pagi minggu. Pulut kelapa dengan ikan kering. Terkenang zaman dulu-dulu.

posted from Bloggeroid