Thursday, November 6, 2014

Sehati Sejiwa Serasi Bersama...

Dah lama tak kena sakit mata, start hari ni Mummy MC dua hari sebab sakit mata. Sah le berjangkit dari Daddy atau anak-anak. Bila sakit mata ni paling mencabar bila menunduk buat kerja atau ruku' dan sujud , terasa urat-urat maja menarik-narik biji mata yang nak terjatuh.

MC tak kena masa so Mummy terpaksa juga pergi ke office sebab ada few things yang urgent nak kena diuruskan. Sampai pukul 12 dah tak boleh menahan kepedihan mata so Mummy balik rumah.


Sakit mata tapi selfie tetap selfie


Kabur pandangan mata


Betul- betul sakit secara berjemaah kan? Ahad lepas Along kena sakit mata dan MC 3 hari dan hari ni baru sekolah. Hari Isnin daddy dan Dafiy pulak start sakit mata.

posted from Bloggeroid

Sunday, November 2, 2014

Maidless

Hari ni bibik balik ke Indon for good. Dua tahun je dia kerja dengan Mummy.

Mula-mula dia kata nak sambung kerja lagi setahun tapi dia nak cuti dulu balik Indon. Mummy agree dan bagi dia cuti sebulan. Tiket balik cuti dia bayarlah sendiri. Since passport dia dah nak expired so sebelum renew permit kami bawal bibik ke Kedutaan Indon untuk buat passport baru. Bayar seratus lebih sebab kena ambik inaurance untuk dia juga.

Seminggu dua lepas tu bibik kata cuti sebulan sekejap sangat, dia nak cuti tiga bulan baru dia sambung kerja. Dan dia nak tiket cuti dia pergi balik Mumny yang bayar. Amboi2 ini sudah over dah la ko nak cutinlama tiket pun nak aku bayar. Mummy cakap dengan dia cuti sebulan dan tiket untuk balik Mummy akan cover half. Dia tak setuju dan dia kata nak berhenti tak ank sambung dah. Grrrrr. Nasib baik Mummy belum renew working permit dia.

So flight dia 6.40am pagi tadi. Pukul 3am bertolak kat airport. By this time mungkib dah sampai ke kampung dia kut sebab dr airport Bandong dia kena travel for 5 hours lagi before sampai ke kampung.

Mummy bab masak ke kerja rumah tak adalah susah atau masalah sangat kalau tak ada bibik ni. Isinya penjagaan anak-anak je. Mana nak letak Dhiya dan yang lainnya. 3 yang atas tu oklah boleh je tinggal kat rumah tapi Dafiy dan Dhiya nak kena cari pengasuh juga....Masih lagi mencari taska atau pengasuh yang boleh menjaga Dhiya dan Dafiy.

Jomlah jamu mata apa yang Mummy masak untuk hari ni.


Ayam Kampung Masak Ungkep JDT....


Sambal goreng tauhu, tempe dan kentang
.


Ikan kerapu goreng cicah kuah kicap.

Prepare frozen foid for d kids


Ayam masak merah


Tenggiri goreng berlada


Daging dendeng

Pagi-pagi tinggal panaskan je kat microwave untuk anak-anak makan waktu tengahari.


Hari ni sudah 20 hari Yin pergi meninggalkan kami. Kerinduan semakin dirasai oleh semua terutamanya Kak Tanty dan Harith. Bangun tidur tadi baca wassap keluarga. Laju je air mata meleleh. Cepat sangat kau pergi Yin. Al-fatehah.

posted from Bloggeroid

Saturday, November 1, 2014

Kenangan mengusik jiwa

Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pulak tempat mula-mula mengenal ABC.

Mummy sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Seri Chantek (SKSC). Spelling "Chantek" memang macam tu. Di situlah tempat Mummy mula-mula mengenal ABC dan 123 tahun 1977. Sekolah ala-ala bangsal kayu separuh dinding. Bila hujan lebat pasti kebasahan terkena tempias. Jauhnya dari rumah Mummy ke sekolah dalam 4-5km. Cam biasalah pergi sekolah naik basikal. Bila dah darjah 6 adalah kadang-kadang abah hantar naik motor.

Mummy baru je buat wassap group untuk kawan-kawan SKSC yang sama badge. Bermula dengan 4 orang sekarang dah ada 12 orang ahli. Kelas Mummy sehingga darjah 6 dulu ada 42 orang. Target sebelum hujung tahun nak menjejak kasih sekurang-kurangnya 30 orang. Daripada 42 orang tu 2 orang sudah menemui penciptaNya. Al-fatehah.


Ini cikgu-cikgu dan kakitangam sekolah. Rasanya gambar ni diambil tahu 1980 atau 1981. Masih lagi sekolah ala-ala bangsal kayu.

Duduk dari kiri:
Cikgu Goh Swee Peng (datang sekolah naik basikal mini je), Arwah Cikgu Mokli Kassan, Cikgu Shukri (Guru Besar), Cikgu Hussin dan Cikgu Abdul Hamid.

Berdiru dari kiri :
Abd Razak (peon), Cikgu Ahmad Sabri, Cikgu Chang, Cikgu Abdul Wahid, Cikgu Hamdan, Bedul (tukang kebun) dan Cikgu Mohamad Salleh (suka mencubit)


Ini pengawas sekolah. Carilah mana satu Mummy


Kalau tak silap ini gambar persatuan Bahasa Inggeris. Cikgu Chang jadi penanungnya


Mummy dan kawan-kawan buat persembahan masa.sambutan hari guru.

Credit kepada Suzana Ramlan yang rajin selak-selak album lama.

SKSC Badge 1977-1982
1. Fauziah Omar
2. Noraini Ahmad Kadri
3. Muslimah Hamdan
4. Norsiah Taat
5. Suhana Selamat
6. Mohd Saidi Hassan
7. Noraida Bahir
8. Nordin Mokhtar
9. Nor Azam Hamim
10. Zulkifli Karimon
12. Nor Azman Baba
13. Ishak Samad (arwah)
14. Mohd Zali Salikin
15. Salmi Salikin
16. Mohd Jais Ahmad
17. Norhayati Rakim
18. Nordiana Adnan
19. Rozana Rodi
20. Abdul Rahman Paidi
21. Marfeah Basir
22. Jaemah Man
23. Turiah Jalal
24. Basariah Suhod
25. Ariffin Ahmad
26. Salina Paiman
27. Rosmila Kasmani
28. Siti Misnah Md Nor
29. Mazlina Misnan
30. Norazman Saad
31. Mohd Kamal Hashim
32. Mohd Taufik Maulana
33. Anawiyah Othman
34. Nor Intan Ahmad
35. Suzana Ramlan
36. Siti Fatimah Senin
37. Mohd Toha Shariff
38. Hairuman Tarmimi
39. Miswar Saem
40. Nordin Paiman
41. Raja Mohd Aidil
42. Mohd Yunus Subandi


Cuti Raya Aidil Adha baru-baru ni Mummy ada singgah ke SKSC. Selalunya bila bakik kampung Mummy akan pergi kubur emak dan abah dan lepas tu sure menyinggah ke sekolah ni.






Kenapa sekolah Mummy kecik je. Oh ala anak... sekolah Mummy kat kampung la nak ooi. Student tak ramai.


Mummy dan best friend Mummy masa sekolah rendah Rozana Rodi. Gambar ni dua tahun lepas masa wedding anak dia. Anak-anak Mummy halus2 lagi si Jannah dah nak terima cucu kut ...

posted from Bloggeroid