Thursday, September 11, 2014

Bocor lagi...

Bila sifat amanah sudah tidak ada lagi inilah yang berlaku. Kertas soalan UPSR 2014,bocor lagi. Bermula dengan kertas Sains, Bahasa Inggeris 1 dan 2. Dan ada juga laporan kertas Matematik juga bocor. Angkara perbuatan seseorang atau beberapa orang sahaja telah menyebabkan beribu-ribu orang susah, juga kerugian lain seperi tenaga, RM dan masa. Yang jadi mangsa anak-anak.

Tak apa la Along, ada masa lagi untuk Along buat ulangkaji. Allah bagi Along peluang untuk buat lebih baik lagi. Insyallah.

















posted from Bloggeroid

Tuesday, September 9, 2014

UPSR 2014

Hari ni 9hb September bermula UPSR. Peperiksaan selama 3 hari untuk pelajar-pelajar Tahun 6. Tahun ni giliran anak sulong Mummy, Emmer Daniel a.k.a Along untuk mengjadapi UPSR. Along dah berusaha, jawab sebaik mungkin yang Along mampu dan selebihnya kita berdoa dan tawakal pada Allah. Insyallah Along akan berjaya. Doa Mummy dan Daddy supaya kejayaan mengiringi usaha Along.


Bersiap sedia sebelum melanglah ke sekolah.


Hari ni Mummy cuti. Esok halfday. Lusa terpaksa kerja sebab ada meeting di MITI.


Wajiblah wefie dengan Along sebelum hantar dia ke sekolah


Taklimat ringkas sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.

Ya Allah kau tenangkanlah hati anak2 kami, terangkanlah hati mereka, permudahkanlah urusan mereka menjawab segala soalan, peliharalah kesihatan mereka. Berilah kejayaan kepada mereka Ya Allah. Hanya kepadaMu kami berserah.

posted from Bloggeroid

Saturday, September 6, 2014

Ecstasy Chocolate Cake Versi Mummy Gee

Hari minggu adalah hari untuk menambah lemak-lemak dibadan. Pagi masak tengahari asak petang masak malam masak.. dah masak for sure la makan tak kan ambik bau je kan....hahahha

Petang tadi dalam kebosanan tak tau nak buat apa (selain dari main games HayDay) Mummy membaking sekejap. Dah sebulan oven tu tak digunakan. Last guna masa buat kuih rayabso sebelum dia merajuk Mummy gunakan lah dia untuk bakar cake yang boleh menyebabkab kematian (Death By Choc Cake). Seram kan dengan nama cake ni.


Satu adunan cake ni boleh dapat 56 biji cupcakes


Ada yang Mummy bakar kosong, ada tabur almond nib dan ada letak choc chips. Pilih laana suka


Piihan Mummy yan ini, choc cupcakes, topping dengan choc ganache dan tabur dengan whittakers almond gold choc. huwalllaaaa.... memang sangat-sangat sesuai dengn tekak Mummy yang hantu chocolate ni (tapi tak semua chocolate Mummy suka...). Rasa seperti makan Chocolate ecstasy Choc cake yang dijual di kedai Resepi Rahsia tu...



posted from Bloggeroid

Clearance Stock

Happy weekend...

Pagi tadi Mummy pergi sekolah anak-anak sebab ada hari sukan. Apalah cikgu ni dah nak hujung-hujung tahun baru nak buat sukan. Masa Mumy sekolah dulu kalau tak silap penggal pertama semua sukan dah selesai.


Nak gi sekolah punya pasal tak dapatlah nak pergi pasar hari ni


Danish


Dania n friends


Cuaca sangat-sangat panas. Khemah untuk ibu bapa yang disediakan tidak mencukupi. Nasib baik Mummy bawak payung (bukan payung petronas yer...)


Balik dari sekolah dah lewat so malas nak singgah kedai beli stock lauk pauk. Masak je la apa yang ada di esbok


Sambal petai udang + sotong


Goreng ikan parang + tenggiri. Plan nak buat masak lemak cili api tapi cili api habis la pulak


Sup sempoi ... carrot + potato + telor


Mummy beli cempedak 2 hari leps. Nak goreng macam jemu la pulak, so Mummy buat cempedak nangka + jagong

Nampaknya menu Mummy semua campur-campur kan...heheh

posted from Bloggeroid

Thursday, September 4, 2014

Bukit Jugra Banting

Ahad lepas pergi ke Bukit Jugra tengok orang main paragliding... macam senang dan best ke terbang di udara tapi... emmmm kalau Mummy memang tak berani la....hahhaha














posted from Bloggeroid

Wednesday, September 3, 2014

14 Anniversary

28/8/2014 Ulangtahun ke-14 company Mummy bekerja. Semoga terus success. Tak ada apa-apa celebration pun cuma boss belanja lunch di restoran Arab (Mummy kurengggg sikit nasi arab ni tapi dah boss belanja, makan je la...hhehhehe)


Merah pink


Nak pakai ala-ala Arab gak la


Haruslah gambar dulu sebelum makan. Cam penyimpa mohor besar raja-raja pulak


Nasi arab + baby lamb... nasib baik la boss order yang lauk ayam gak...


Last minute tak sempat nak tempah cake. Mummy beli yang dah siap ke kat kedai Resepi Rahsia...fornchoc lover, cake choc ectasy tu tu memang sangat-sangat sedap. Wajib dirasa


Boss besar


2nd boss... My immediate boss


Adik manis ni assistant Mummy. Opsss taken already!


Adik manis juga






posted from Bloggeroid

Tuesday, September 2, 2014

Raya 2014 - Part 10 (Jamuan Tertutup)

Jangan la terkejut ye n3 raya Mummy tiba-tiba dah masuk part 10. N3 raya tahun ni Mummy buat dalam decending order yer...hehehhe

27 Syawal (Sabtu)

Tahun ni Mummy tak buat open house macam biasa. Selain dari turut berdukacita tragedi MH370 dan MH17 tak tau kenapa macam malas dan tak ada mood je. Lagipun sebelum puasa Mummu baru je buat jamuan sempena birthday anak-anak.

Semalam Mummy masak-masak dan ajak adik beradik dan ipar duai. Kira jamuan tertutup la ni... hihih.

Sebelum tetamu sampai meh layan dulu menu Mummy untuk tetamu hari ni.


Jamuan tertutup so mostly menu memang Mummy masak sendiri. Serve pun kat dalam rumah je no khemah-khemah.


Nasi briyani dan aksesorinya ... ayam masak merah, rendang daging, jelatah dan pajeri nenas. Papedom dah beli tapi lupa nak goreng... heheh. Bukan susah pun nak masak nasi briyani, beli je rempah briyani


Soto dan aksesori... nak makan dengan meehoon boleh dengan nasi himpit pun boleh. Takbsempat nak buat bergedil.


Kalau tak nak makan nasi briyan boleh la makan nasi tak berapa berani ni... a.k.a nasi putih dan lauk-lauk kampung. Lemak cili api ikan tenggiri campur belimbing, tauhu tempe cicah sambal kicap atau udang goreng kunyit.


Nak makan lontong pun ada


Satay ni beli la yer. Tak de la Mummy rajin sangat sampai satay pun nak buat sendiri.


Air dan dessert.


Tuan tanah dengan kuih-kuih raya


Tiru macam saya... hahhaha


Kak Mah n family tamu pertama yang datang


K.Noor n family tamu kedua


Family ketiga sampai


Diapit K.Mah n K.Noor


Mummy & Fida ... menantu Pak Lang


Alahai nak bermanja-mana pulak, bersuapan lagi


Me & my SIL


Kalau rasa nak berbekam, membetulkan tulang terseliuh atau slip disc, masalah resdung boleh contact biras Mummy yang baju hitam tu.


2 anak dara Datin S


Susah betul nak ambik gambar 2 anak dara kecik ni


Gossipping after makan-makan


Xtvt rewang membungkus berkat... hihihi. Biasa la Jaworld mana boleh tinggalkan budaya ole-ole untuk tamu. Cuma kali ni tamu bungkus sendiri je la ye...haha


Keberangkatan pulang Datin S n family


Sedih ooo sekejap je berkumpul.... lepas tamu balik hujan pulak tu....

posted from Bloggeroid