Tuesday, August 19, 2014

Kalau bukan rezeki ...

Waktu Kejadian : 26/7/2014
Lokasi Kejadin : Kedai kek belakang Warta Bangi
Waktu Kejadian : Sekitar jam 2.30 PM

Beli birthday kek untuk Daddy, sementara tunggu dia org tulis atas kek tu Mummy duduk kay kerusi sambil berwassap. Tiada pembeli lain dalam kedai. Al-maklum dah nak raya, orang dah sibuk nak balik kampung mana ada lagi nak ke kedai kek. Ada dua pekerja di kaunter, seorang lelaki dan seorang perempun.

Bayar dan nak keluar dari kedai kek. Dafiy buat muka monyok. Rupanya dia nak topeng batman. Dia ambik topeng dan Mummy ke kaunter. Letak Note3 atas meja kaunter, keluarkan RM2 untuk bayar topeng dan keluar dari kedai kek dan balik dari rumah.

Halfway balik rumah teringat hp. Cari-cari dalam hand bag tak ada. Hati kuat mengatakan memang hp tertinggal di kaunter bayaran. Jalan one way tak boleh nak uturn. Hantar Dafiy balik ke rumah dulu. Call hp Mummy, as expected dah di'off' (masa tak sampai 10 minit dari Mummy keluar dari kedai). Dalam hati memang dah pasrah la, hp tu dah diambil orang.

Pergi semula ke kedai kek. Kedai tetal kosong tiada pembeli. Pekerja lelaki duduk di bangku luar dan pekerja perempuan duduk di kaunter.

Mummy : Adik ada tak nampak akak tertinggal hp cover pink atas meja kaunter ni tadi

Pekerja : Tak ada la kak, saya tak nampak pun ada hp kat sini. Lepas akak keluar tadi ramai orang datang beli. (macam tak percaya je!!!). Mungkin ada yang ambil kut.

Kedai kecil je , CCTV pun tak ada. So nak buat apa lagi... redha dalam paksa la jawabnya sambil dalam hati berkata mungkin Mummy tak cukup bayar zakat atau kurang bersedekah kepada yang hak.... huhuh


Gara-gara topeng batman ini la...huhuhu. Oh Note3 ku

Monday, August 18, 2014

Terus diperam...

Kenapa ya malas sangat sekarang Mummy nak update blog. Nawaitu dah ada tapi tak terlaksana. Memang banyak la cerita yang terperam, antaranya:

1. Birthday Party 2014
2. Cuti-cuti Cherating
3. Daddy's Birthday
4. Dhiya's Birthday
5. Cerita Sedih Sebelum Raya... huhuhu
6. Raya 2014 ... sebab no 5 kureng mood nak cerita pasal raya

Dan banyak lagi la...


Kalau rindu kat tuan tanah... tengok la ye... ahaks...


Raya ni we ols tema merah uols..

Saturday, August 9, 2014

Happy 1st Birthday - DHIYA DANISHA

9/8/2014 - Genap setahun usia anak bongsu Mummy si Dhiya Danisha. Cepat sungguh masa berlalu. Semoga puteri kecil Mummy ini membesar dengan sihat dan menjadi insan solehah yang berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Mummy Daddy dan semua sayangkan Dhiya.


Susah sangat nak ambik gambar birthday girl ni sejak dia pandai jalan dan dah ada gigi.


Berusaha keras ni nak toncet rambut dia.


Tak reti dah nak duduk diam


Jumpa apa je semua nak masuk mulut.


Berusaha gigih untuk jalan dengan stabil.


Pipi layut buat orang geram nak gigit

Saturday, August 2, 2014

Abah Dalam Kenangan -11th Anniversary

Hari ini Sabtu 2 Ogos 2014 genap 11 tahun abah pergi meninggalkan kami semua. Perginya Abah pergi yang tidak akan kembali lagi. Kerinduan terhadap emak dan abah semakin lama semakin kuat. Semoga keduanya tenang di sana.

http://gee7001.blogspot.com/2009/06/diary-terakhir-abah.html?m=1


Abah dengan motor kapcainya.


Kenangan Mummy ke Sarawak dengan Emak n Abah


Jasad abah n emak disemadikan berdekatan di sini. Semoga di sans pun mereka berdekatan.


Rumah pusaka peninggalan abah n emak jadi tempat kami berkumpul adik beradik semasa raya baru-baru ini.


Pokok-pokok rambutan yang abah tanam depan rumah berbuah lebat tak termakan. Mummy tak sure samada abah sempat merasa hasil dari pokok-pokok yang ditanamnya atau tidak.


Pokok-pokok bunga kertas yang sentiasa berbunga


Lokasi percutian pilihan Mummy n anak-anak. Sedang merancang-rancang bila nak balik kampung ramai-ramai lagi.

posted from Bloggeroid

Abah