Thursday, July 24, 2014

Awas! Jangan tanya soalan ini.

Masa ziarah raya nanti cuba elakkan tanya soalan-soalan berikut pada tetamu atau tuan rumah ya.

1) Belum Kahwin : Hang bila nak kahwin? Orang lain anak dah berderet-deret, tak kan hang tak sampai seru lagi kut

2) Dah Kahwin : Ko ni bila nak beranak? Si Tipah dengan Dollah tu dah 7 orang anaknya. Nak tunggu apa lagi? Ko tak pi check ke?

3)Bila Dah Beranak : Aku tengok anak hang semua lelaki, bila nak ada anak pompuan pulak? Tak berseri rumah tak de bunga

4)Bila ramai anak : Ko ni tak de kerja lain ke? Setiap tahun beranak je.

Lain-lain soalan:

5) Bila kurus : Hang ni kurus benar, laki hang tak bagi makan ke? Ke hang makan hati laki hang pasang lagi sorang

6) Bila gemok : Woi ini orang ke anak gajah? 


Untuk anda yang ditujukan soalan-soalan di atas boleh guna jawapan di bawah sebagai panduan.

1) Hang nak ke kalau aku bermadu dengan hang. Kalau nak ko suruh je laki hang pinang aku, habis cerita.

2) Ko ingat buat anak tu cam orang nak buat cekodok ke, bancuh-bancuh tepong goreng terus siap boleh makan

3) Rumah ko yang ramai anak pompuan pun aku tengok muram dan tak berseri jer, kenapa?

4) Ada ke aku mintak hang duit untuk beli susu anak

Jawapan ringkas untuk semua soalan tu secara ringkas "de ku kisah" biar senyap terus orang yang bertanya. Heheh.. yang senag tak payah jawab la soalan-soalan bodoh tu. Senyum je .


Duit raya untuk anak-anak daripada company. Tiap tahun memang conpany akan bagi duit raya untuk semua anak-anak staff. Untuk staff pun Alhamdulillah, dapat juga duit raya dari company.

Friday, July 18, 2014

MH17 Terhempas

17/7/2014 - Another sad story. Pesawat MAS MH17 jatuh terhempas di Ukraine dan dipercayai ditembak jatuh oleh peluru. Sehingga kini pihak yang bertanggung-jawab belum membuat sebarang pengakuan. Kita mengharapkan keajaiban agar ada penumpang atau krew yang selamat.

Al-fatehah kepada mangsa-mangsa yang beragama Islam.

Pesawat Boeing 777 MH17 mula terbang pada 17/7/1997 dan ditembak jatuh pada 17/7/2014 genap 17 tahun pesawat ini terbang diudara secara rasmi. Menarik kan fakta "7" ini. Suratan atau kebetulan?

Apakah kejadian ini untuk mengalihkan tumpuan dunia tentang apa yang berlaku di Semenanjung Gaza sekarang? Wallahualam.

Gambar-gambar ikhsan google.














posted from Bloggeroid

Wednesday, July 16, 2014

17 Ramadhan Berlalu Pergi


17 Ramadhan berlalu pergi seiring dengan pergi yang tak kembalinya Mak Lang (makcik Daddy) awal pagi tadi (12.05am). Minta readers di sini sedekahkan bacaan Al-fatehah untuk Mak Lang @ Allahyarhamah Hasiah Mohamad. Semoga roh Mak Lang ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Dapat phone call dari cousin daddy pukul 12.30am. 3 minggu lebih Mak Lang berada di ICU Hospital Putrajaya. Dua kali dipindahkan ke ward biasa bila keadaan agak stabil. Kali kedua dipindahkan ke wad biasa Mak Lang pesan pada anak-anak kalau kondisi dia tidak stabil semula jangan dihantar ke ICU. Biar di wad biasa.

Mummy sempat melawat sebanyak 3 kali. Dua kali semasa di ICU dan kali terakhir hari Sabtu lepas di wad biasa.

Semoga roh Mak Lang ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Pergi ketika usia Nabi wafat 63 dan di dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

posted from Bloggeroid

Friday, July 11, 2014

Menu penyelamat..

Bila tak ada idea nak masak apa untuk berbuka apa uols buat? Beli kat bazar? Makan kat luar?

Selalu dari tengahari Mummy ada plan apa nak masak untuk berbuka tapi hari i sampai ke petang Mummy tak terfikir lagi nak masak apa.

Wassapp2 sengam suku sakat mencari idea tapi ketandusan...heheh


Finally Mummy buat sambal totok. Korang tau tak sambal totok tu sambal apa? Kalau tak tau pandai2 la tanya pakcik google. Kalau verai Mummy, cili api, cili merah, bawang putih dan ikan bilis digoreng. Selepas tu tumbuk. Mummy jenis tak berapa rajin so Mummy campak je semua dalam blender. Campak perasa dan gula sikit. Blend jangan hancur sangat. Taraaaa siappp.


Sambal totok ni partner in crime dia adalah masak lemak putih. Tak kisah la lemak putih kobis ke bayam ke petola ke janji lemak putih. Dan untuk melengkapkannya kenalah ada ikan masin sikit.

Inilah menu buka Mummy untuk hari ni. Untuk anak2 Mummy gorengkan ayam.

posted from Bloggeroid

Majlis Ihtifal Tahfiz Ummah 2014

28hb June 2014 - Mummy pergi ke Majlis Ihtifal Tahfiz Ummah 2014 di UKM beri sokongan pada anak-anak yang bertanding.


Sebabnya kalau perkataan-perkataan Arab memang 'jahil' benar Mummy, yang ingat perkataan ainun=mata dan jumjumatun=tengokorak je. Hah, gelak eh.. gelaklah tak pe.   Tapi kalau tanya sekarang, dengan eksyennya Mummy dan boleh jawab. Bukan apa, bila anak-anak dah masuk sekolah KAFA ni, Mummy kena siapkan diri serba sedikit dengan pengetahuan terutama Bahasa Arab, nasib baik ada Pakcik Google dan Google Translater.

Ok, kita berbalik kepada Ihtifal tadi, sebenarnya Ihtifal tu bermaksud  'perayaan atau perjumpaan besar (untuk merayakan ulang tahun sekolah dan lain-lain)'.  Dalam majlis ini, akan diadakan beberapa pertandingan seperti Tilawah Al-Quran, Hafazan, Nasyid, Bercerita, Azan, Khutbah, Khat dan beberapa acara lagi. 


Dalam majlis iftihal tahun ini Daniel masuk pertanding Azan  dan Danish masuk pertandingan nasyid mewakili Sekolah Tahfiz Ummah Al-Abrar.

Daniel sedang menerima hadiah Johan Azan

Danish menerima hadiah saguhati nashid. Cuba lagi tahun depan.

Daniel dengan pialanya dan Danish posing sat dengan piala untuk juara keseluruhan...heheh

Tahun depan Daniel dah form 1 . Tak sekolah lagi dah di Tahfiz ni

Teringat zaman Mummy sekolah agama dulu. Bila ada pertandingan nasyid, kami cuma pakai baju putih sekolah dan berkain batik jer. Sekarang ni siap cikgu tempahkan baju lagi (parents kena bayar ler...heheeh)

Antara peserta nashid yang bertanding. Ada 13 pasukan

Tahu pulak si Danish main alat musiz ni ye...heheh


Kelas Tahfiz Ummah Al-Abrar menjadi Johan keseluruhan Ihtifal 2014.


Lain-lain gambar boleh tengok di sini.





Wednesday, July 9, 2014

Baju Raya Warna Apa?

Alhamdulillah sudah 10 Ramadhan kita lalui. Semoga semua semakin bersemangat untuk mengerjakan baki 20 hari puasa dan memanfaatkan sepenuhnya. Rebut semaksima mungkin kelebihan dan ganjaran yang telah dijanjikanaNya sepanjang bulan Ramadhan ini.

Cerita pasal Ramadhan mesti masuk cerita Syawal juga kan. Cerita Syawal bermakna cerita persediaan baju dan kuih raya la. Tahun ni uols baju tema warna apa? Berapa puluh jenis biskut yang nak dibuat atau ditunjuk2... hhhe


Tahun ni Mummy anak beranak sedondon warna merah. Hehhe... menyala2 ko... Apasal dalam gambar ni nampak cam warna pink pulak ye. Mama Janet ni ambik gambar guna HP cap kucing betul la (p/s Mama Janet, sila tukar HP awak ye...hehhe). Baju melayu daddy dan anak-anak ni Mummy tempah dengan jiran Mama Janet. Nak tempah kat KL ni mahal weiiii. Upah sepasang pun dah seratus lebih. Beli dah siap memang lagi murah tapi susah sikit Mummy nak dapat baju untuk si bujang Mummy Daniel tu. Kena beli saiz dewasa untuk dia dan kemudian kena alter pulak. So kena la tempah.


Kalauntak nak tempah pegi lah terjah ke Jakel ye. Banyak baju Melayu cantik-cantik (sebab model dia encem kut...). Lama tak tepek gambar x-bopren Mummy ni kan.... hehhe. Orang dah ensem pakai baju warna apa pun tetap ensem... tapi kan tetap tak lawan kehenseman pakwe kat bawah ni..


Throw back Raya 2013
posted from Bloggeroid



Amacam... Johorean nak tak pakai songkok ni di pagi syawal? Why not!

Saturday, July 5, 2014

Perginya Biduanita Sharifah Aini


Biduanita negara Daruk Sharfah Aini telah meninggal di Hospital Pakar Damansara kerana fibrosis paru-paru. Al-fatehah. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangam oramg-orang yang beriman. Pergi pada.bulan Ramadhan yang barakah.

posted from Bloggeroid