Thursday, February 27, 2014

♥♥♥♥ Happy 11th Birthday Adam Danish ♥♥♥♥

 ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
HAPPY 11th BIRTHDAY 
 ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


27/03/2013 (Khamis) - Hari ni anak kedua Mummy, Adam Danish a.k.a Angah menyambut ulangtahunnya yang ke-11. Mummy dan Daddy berdoa semoga Danish dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi insan yang berjaya, diberikan kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleh. Jangan lupa solat ya.




I'm 11 .. Gambar terkini Danish.... ambik pagi tadi sebelum dia ke sekolah 

Jom layan gambar2 Danish masa bday dia yang lepas2..

Danish - 10 Years Old

Danish - 9 Years Old

Danish - 8 Years old (pre-celebration on 24/02/2011... masa 27/2 tu Mummy dan Daddy ada di Istanbul)


Danish - 7 Years Old


Danish - 6 Years Old


Danish - 4 Years Old

Danish - 3 Years Old

Gambar masa 1st and 2nd birthday tak de softcopy pulak. Tak berapa rajin nak scan..hihih

Next celebration :
25 March - Dania's bday
11 May - Our 14th anniversary
26 May - Dafiy's bday
26 July - Daddy's bday
9 AUgust - Dhiya's bday

Wednesday, February 26, 2014

Rimau mengaum dan bulan pun mengambang

Hari ni sudah 26 Feb... sesiapa yang kerja gomen dah lama gaji... rimau maybank dah mengaum atau bulan bank islam dah mengambang. Yang kerja swasta ada yang dah dapat gaji dan ada yang menghitung hari dapat gaji... Yang fulltime housewife pun tunggu gaji jugaa dari suami. So para suami kalau dah gaji jangan lupa terus bagi allowance dan perbelanjaan untuk isteri tau.

Tak tau nak bebel apa pun...hehhe


Muka tuan tanah hari ni... pakai double layer halfmoon berharga RM15 jer...

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 12, 2014

Shawl RM7 jer


Dah masuk 2 minggu Mummy pakai shawl pergi ke opis. Tinggal kejap tudung ariani, paridah, bawal or kembong...kikiki. Sebelum ni malas nak pakai sebab Mummy rasa cam susah je nak belit sana belit sini. Kebetulan 2 mingu lepas adik Mummy si Mama Miraki datang rumah Mummy so dia buat demo dan tutorial la kat Mummy dan anak dara Mummy si Dania... kikiki. So akhirnya menjadi dan kemas gak la Mummy belit shawl...amacam ok tak?


Shawl tu beli yang murah-murah je. Walau pun kat depan rumah Mummy tu banyak kedai-kedai jual tudung tapi Mummy jarang pergi la pulak. Antara kedai terbesar CK Rahim menjual akaesori wanita. Kat sinilah Mummy beli shawl dan tudung halfmoon. Cantik-cantik dan murah. Dan yang penting tak de la kena beratur untuk ambik nombor semat-mata nak beli tudung bertingkat paddle po tak cukup kain yang harga beratus-ratus tu....heheh...ops alamak termengumpat la pulak

posted from Bloggeroid

Thursday, February 6, 2014

Happy 12th Birthday Emmer

Happy Birthday To You...Happy Birthday To You... 

Happy Birthday To

DaNnY *

Happy Birthday To You


♡ 06/02/2002 Cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar dah 12 tahun umur anak sulong Mummy, Emmer Daniel a.k.a Danny a.k.a Along. Selamat hari lahir ke-12 Along. Semoga Along dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik, menjadi anak yang soleh, berjaya dan mendapat kesenangan dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Mummy Daddy dan adik- adik semua sayangkan Along.








2009 - 7th birthday


2008 - 6th birthday, sambut birthday di Hospital Putrajaya, gara2 tangan patah jatuh  kat playground. Seminggu gak le Mummy berumah tangga dengan perut memboyot mengandungkan si Dania.


2007 - 5th birthday


2006 - 4th birthday, sampai kembung2 mulut si Danny tiup lilin



2003 - 1st birthday

2nd - 3rd birthday tak ada gambar softcopy... tak berapa rajin la pulak nak scan.... Card dan present tak beli pun lagi, cake pun malam tadi baru bake. Belum deco2 pun lagi. Petang nanti balik kerja baru nak deco2. Hadiah dalam wish list dia... microscope, i-pad mini (kalau pad 20 kotak pun Mummy boleh bagi along oooi) dan heli remote control...)...

Wednesday, February 5, 2014

Happy Wednesday


Tuan tanah hari ini....

posted from Bloggeroid