Thursday, January 30, 2014

Birthday Celebration

Tak adalah apa-apa celebration cuma keluar makan dengan Daddy dan anak-anak saja. 


Malam2 nak keluar makan dengan anak-anak



Mummy dan anak-anak... masing-masing sedang membesar. Semoga Mummy diberi kesempatan untuk membesarkan mereka sehingga masing-masing boleh berdikari sendiri.


Roomate Mummy for 16 years. Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke syurga.


Emmer Daniel... sudah 12 tahun. Akan ambil UPSR tahun ini. Semoga Along akan berjaya dunia dan akhirat.


Adam Danish... sudah 11 tahun. Tinggi melanggit dia ni.


Dania Batrisya , anak dara Mummy ni  baru 9 tahun tapi kalau tengok saiz badan dia, orang ingat dah 12 tahun...heheheh


Emmil Dafiy... si bujang kecik. 6 tahun. Banyak bertanya dan sangat petah bercakap.


Dhiya Danisya... si bambam Mummy ni dah pandai meniarap. Suka sangat gelak especially kalau Daddy yang agah dia.



3 kali ambik neb untuk Dafiy. Dia demam dan batuk. Teruk juga asma dia.


Cake dari Daddy dan anak-anak. Pandai pulak dia orang pilih cake chocolate ni. Sangat-sangat sedap.

Monday, January 27, 2014

Happy Birthday To Me


Me today on my bornday... turn to 44 today. Muda lagi kan...ahakssss. Semoga mummy dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik dan dianugerahkan rezeki yang berkat. Semakin menghampiri perjalanan 'ke sana'. Plan nak cuti hati ni tapi ada meeting la pulak.


Sempot posing d3ngan si kecik Dhiya je. Yang lain2 dah pergi sekolah.


Tq kepada adik-adik di offic3 yang belikan cake untuk Mummy.


Mummy cuma belanja opismate lunch nasi briyani je.

Sunday, January 26, 2014

Bukan tempe goreng biasa!

Edisi mari menternak lemak-lemak di badan....


Menu hari ni


Masak lemak putih pucuk ubi. Bila lepas balik dari kampunh selalunya Mummy akan masak sayur ni? Kenapa? Sebabnya pucuk ubi tu bawak dari kampung. Lagipun kat sini susah nak dapat pucuk ubi. Kalau daun ubi banyaklah orang jual.


Kalau ada lemak putih pucuk ubi ni wajublah ada sambl belacan. Baru ngam.


Nak bagi terangkat lagi, ikan masin jangan tinggal.


Ini bukan sekadar tempe goreng biasa. Dari semalam teringin nak makan tempe bacem. Korang tau ke tempe bacem tu apa? Kalau tak tau sila tanya Uncle Google. Dijamin sedapppp


Untuk anak-anak kita buatkan ayam goreng rempah bite size je la.


Ikan besar2 mahal so kita goreng ikan kucing je la ye

Saturday, January 25, 2014

On Diet

Sorry le tajuk entry tak berkaitan langsung dengan isi...haha. Kuching pun boleh gelak guling-guling kalau dia dengar Mummy kata nak diet kut...


Menu lunch hari ni...


Kari ikan merah. Mummy kurang suka kari ikan tapi daddy dan anak- anak suka


Ha kalau yang ni Mummy suka. Sayur kocai @ lokio + petai + udang + tempe masak pedas meletops. Letak santan pekat sikit. Perghhhh memang mantops. Sayur kocai ni Mummy beli kat kampung minggu lepas.


Ikan masin kapak memang melengkapkan hidangan


Ikan puput goreng garing... Susah betul nak jumpa ikan puput sekarang. Gorwng garing atau masak asam pedas sedapppp


Nyum nyum ... sedap gak makan kasut baru ni ya....hahaha. Sayang busyuk Mummy si Dhiya dengan kasut pertamanya yang Mummy beli semalam.

Monday, January 20, 2014

Positive Dangue

Daddy dan Danny positive dangue. Petang semalam cek darah Dr kata suspected denggi tapi bila ulang test pagi ni memang positif denggi. Tak warded tapi kena ulang blood test untuk tiga hari akan datang.

Dafiy pun demam juga tapi lepas buat blood test semalam alhamdulillah bukan denggi.

Baby Dhiha demam dan batuk pulak.

Mummy dari malam tadi dah start rasa demam tak demam je. Badan pun rasa bisa-bisa dan sengal-sengal je.

Semoga semua cepat sembuh.

Area Mummy duduk ni memang tengah musim denggi. Jiran tetangga bersilih ganti kena demam denggi. Kementerisn Kesihatan pun dua kali seminggu buat fogging.


Kesian sayang buchuk Mummy ni


Dafiy demam sekejap ok sekejak tak ok


Daniel demam since hari Rabu lepas. Lepas 3 hari demsm dia ok next day demam semula hingga hari ni.

Platelet Daniel 152 dan Daddy 121.

Wednesday, January 15, 2014

Get well soon, son!0


Hero Mummy si Danny demam. Malam tadi masa nak tidur dia kata badan tak selesa dan panas. Mummy bagi ubat dan dia tidur. Pagi tadi dia kata pedih mata dan pening. Mummy bagi ubay dan dia pergi sekolah macam biasa. Pukul 10.45am guru kelas Daniel call mintak Mummy jempuy Daniel sebab cikgu kata badan Daniel panas dan tak larat.

Mummy ambik dan bawak dia ke klinik. MC 2 hari. Risau juga bila anak-anak demam ni sebab kawasan perumahan Mummy ni aedes sedang mengganas. Bersilih ganti jiran-jiran kena denggi. Harap-harap Daniel demam biasa saja dan cepat-cepat sembuh.

Tak perlu kata apa-apa


Lama tak tepek muka tuan tanah kan. Ni la wajah terkini tuan tanah di tahun 2014. Beberapa minggu lagi bertambah setahun lagi. Semakin menghampiri perjalanan ke 'sana'. Semoga dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah lindunganNya. Amin.

Tuesday, January 14, 2014

Lenggang Kangkong

Sehari dua ni kangkong sangat-sangat popular kan. Harap-harap bila dah popular jangan demand dan jual mahal pulak ya. Tapi betul ke kangkong turun harga. Selalu Mummy beli kat kedai ambik yang dah berikat-ikat je so tak tau la pulak betapa sekilo. Pagi tadi pegi kedai basah beli sayur dan kangkung juga. So kangkong hari ni RM 3/kg. Berapa harga sebelum ni?


Hari ni Mummy buat pecal. Lama dah tak buat ni. Bila timbul cerita kangkong tetiba rasa nak buat pecal la pulak. Pecal ni yang penting sambal dia kena sedap .. pedas manis secukup rasa.


Sepinggan pecal ni dah landing dengan selamatnya dalam perut Mummy.

Sunday, January 12, 2014

Makan-makan Hujung Minggu

Dah lama mummy tak upload gambar makan-makan kan? Mood berblog memang merudum. Banyak benar yang dalam draf mode berbulan-bulan.


Menu lunch hari ni


Kerabu a.k.a keluban a.k.a salad Jaworld.. pucuk meranti dengan tauge. Sedap ni pahit-pahit pedas.


Ikan tenggiri goreng berlada. Sekarang ni mahal betul ikan tenggiri. Dulu sekilo bawah RM20 sekarang ni kalau ambik isi jer RM30-38/kg. Hari ni Mummy try kefai baru bukak so ikan tenggiri ni RM24/kg


Untuk Dafiy mestilah sup.


Anti aging...tempe goreng


Ayam goreng untuk anak-anak.


Lepat ubi breakfast