Wednesday, November 27, 2013

Ko je ke ada laki?

2-3 hari ni Mummy bosan betul dengan status salah sorang sahabat FB Mummy ni. Asyik2 update pasal laki dia buat itu kejap lagi laki dia buat itu. Laki dia belikan itu dia belikan laki dia ini. Kalau pun nak tunjuk ko tengah bahagia dengan laki ko tu x payah la nak update status setiap jam pasal lakii ko tu. Lama2 orang pun bosan. Sebelum ni pun mmg tiap2 hari dia akan update pasal laki dia tapi 2-3 hari ni memang kekerapan melampau lah... So hari ni Mummy dah unfriend dia.

Tuesday, November 19, 2013

Bila rindu ku seru namamu!

Baru dua hari anak-anak pergi ke kem Tahfiz tapi Mummy dah rindu. Lamanya nak tunggu 15/12...


Gambar Daniel dan Danish yang mummy ambik dari group wassap kem Tahfiz ni. Alhamdulillah lega nampak wajah ceria mereka. Along dan Angah belajar sunguh2 ya.


Hari2 aktiviti anak2 akan diupload di group wassap. Jadi dapat la parents dapat maklumat.


Wajah2 bersih dan polos anak2. Seawal umur 7 tahun dah dihantar ke simim

Sunday, November 17, 2013

Cuti-cuti Sekolah

Cuti sekolah hujung tahun dah bermula. Mesti ramai yang bawak anak2 cuti2 Malaysia or cuti2 oversea. You all ke mana? Mummy tak plan lagi pun. Kalau nak bercuti pun selepas 17 Disember.

Cuti kali ni kami hantar Along dan Angah ke kem Tahfiz dan Amali selama sebulan. Hari ni mula dan 17 Disember baru habis.

Daripada main je masa cuti sekolah ni kami hantar ke sana, dengan harapan mereka akan dapat somethings.

Mereka happy jer nak pegi sebab ada juga anak jiran2 Mummy yang pergi sekali. Jadi ramai la kawan kat sana nanti.


Barang-barang yang nak dibawa semua dah siap.


Lokasi Kem Tahfiz ni di adakan tak jauh dari rumah Mummy. Drive dalam 15-20 minit sampai la. Tapi sebab sebulan tak boleh jumpa tu yang rasa cam nak pisah jauh je.


Pendaftaran mula 8am tapi Mummy sampai dalam 3.30pm. Ramai lagi yang daftar sebelah petang.


Emmer Daniel a.k.a Along


Adam Danish a.k.a Angah


Mesti Mummy akan selalu rindukan mereka berdua


Mummy n Danish


Mummy n Danny


Semoga anak-anak Mummy diterangkan hati dan mudah menerima apa yang diajar oleh ustaz2. Semoga keduanya sentiasa berada di dalam lindunganNya. Amin


Along kata nanti mesti dia rindukan Dhiya

Sunday, November 10, 2013

1 kg gold bar vs goreng pisang tanduk

Badan letih balik dari wedding anak saudara Mummy di Kota Tinggi. Sampai rumah masak, makan lepak2 dan terlelapppppp.

Tidur bermimpikan si Fizo. Sorry la ye Mawar, I tak minat pun dengan hubby you. I hanya minat dengan hantaran1kg gold bar yang dia bagi kat u tu. Tak tau la camana Fizo boleh masuk dalam mimpi Mummy.... kalau AA tak pe gakkkk.....ahaksss

Bangun dari tidur laparrrr.


Minum petang dengan goreng pisang tanduk. Beli pisang tanduk 2 biji kat R&R Pagoh.

Saturday, November 2, 2013

Happy Deepavali

Weekend datang lagi dan hari ni masyarakat hindu merayakan Deepavali. Kalau esok Deepavali kan best, dapatlah cuti ganti hari Isnin.

Breakfast pagi tadi Mummy masak spageti dan nadi goreng.

Plan nak tbah pelabutran kat Tesco pagi ni, tapi Daddy ada hal la pulak. So petang or malam ni baru pergi.


Tengahari ni Mummy masak nasi briyani. Lauk daging rendang, kari telor (ini kes stock ayam kat rumah dah habis malas nak jelua4 gi beli) dan jelatah. Dan crunchy caramel almond tu Mummy bust pagi tadi.


Kita layan novel dululah sementara tunggu Daddy balik.