Thursday, February 28, 2013

Janganlah merajuk sayang!

1st time selepas berkhidmat almost 9 years kereta Naza Mummy buat hal... huhuhu.


Lebih kurang 10 minit sebelum sampai ke Tol Bangi, bila daddy tekan minyak lebih jer cam ada bunyi. Mula-mula tak perasan sangat makin lama makin kuat pulak, Mummy dah takut jer. So daddy bawak slow-slow je. Nasib baik la dah tak jauh dari tol. Secara tiba-tiba engin kereta mati masa beratur nak bayar tol kat Tol Bangi. Ingatkan minyak habis langsung tapi masa tu signal untuk minyak baru jer menyala tak kan waktu tu terus je minyak habis. Nasib baik masa tu kereta tak berapa banyak. Cuba start engine tapi tak hidup gak. Mummy keluar dan tunggu dekat dengan tol booth. Mummy suruh kakak kat toll booth to call PLUS tow truck.


Tak lama tow truck pun sampai


Tak Sedia untuk ditarik


Okey tarikkkk... jangan sampai tali putus sudah...


Tersadai... tow truck PLUS cuma tunda melepasi tol jer lepas tu pandai2 kita la cari tow truck lain untuk tow ke rumah or ke workshop. So sekarang ni Naza ada kat workshop. Harap2 bukan major problem ler.... huhuhu. Kereta ni bila dah dekat habis bayar cam tau-tau je buat hal.



posted from Bloggeroid

Wednesday, February 27, 2013

♥♥♥♥ Happy 10th Birthday Adam Danish ♥♥♥♥

 ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
HAPPY 10th BIRTHDAY 
 ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


27/03/2012 (Rabu) - Hari ni anak kedua Mummy, Adam Danish a.k.a Angah menyambut ulangtahunnya yang ke-10. Mummy dan Daddy berdoa semoga Danish dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi insan yang berjaya, diberikan kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleh. Jangan lupa solat ya.


Tak tau lagi nak sambut bday dia ni kat mana dan apa hadiah nak bagi kat dia. Tapi kalau tengok wishlist dia tu cam boleh tahan gak le yang ada dalam fikiran dia tu...




I'm 10 .. Gambar terkini Danish.... ambik pagi tadi sebelum dia ke sekolah 

Jom layan gambar2 Danish masa bday dia yang lepas2..

Danish - 9 Years Old

Danish - 8 Years old (pre-celebration on 24/02/2011... masa 27/2 tu Mummy dan Daddy ada di Istanbul)


Danish - 7 Years Old


Danish - 6 Years Old


Danish - 4 Years Old

Danish - 3 Years Old

Gambar masa 1st and 2nd birthday tak de softcopy pulak. Tak berapa rajin nak scan..hihih

Next celebration :
25 March - Dania's bday
11 May - Our 14th anniversary
26 May - Dafiy's bday
26 July - Daddy's bday

Monday, February 25, 2013

Hari untuk dating..


Hari minggu... pagi ni Mummy ikut Daddy dan gang D7 Bikers pegi ke Rembau. Tujuan ronda-ronda sambil makan udang galah fresh. Ride kali ni ada 8 motor. Semua jiran-jiran setaman dan 3 orang jiran selorong Mummy. 2 orang neighbour Mummy bawak wife so Mummy ada la gangs.

Ok sampai dah


Ni la lokasi dia. Exit Tol Pedas dan dalam 30 minit sampai le ke jeti ni. Air sungai dia keruh, ada buaya kut dalam sungai tu....hehe

Sampai dah...


Udang galah masak lomak cili api campur pucuk ubi


Udang galah goreng kari


Udang galah masak sambal

Ok baca doa makan dulu

Brunch... Nasi lemak dan nasi putih dengan udang galah fresh from sungai....heheh

Man in black...cam bodyguard ler pulak dia orang ni. Dari Rembau singgah ke PD kat Dataran Telok Kemang. Ramai sangat orang. Rupa-rupanya Kak Ros dan Abg Ajib datang. Patut le bendera penuh sepanjang jalan.



posted from Bloggeroid

Sunday, February 24, 2013

RM500 sebulan memang tak cukup!


menu lunch hari ni


masak lemak cili api daging salai pak pandir + belimbing. Memang terbaekkk la. Kalau letak pucuk ubi sikit lagi terangkat. Makan dengan nasi panas2 letak sikit ikan masin emmm memang sedap. Silap2 kalau Aaron Aziz lalu kat belakang pun Mummy tak perasan. Tapi kalau dia lalu kat depan mummy stop terus makan.... hehhe. Anway happy birthday AA. Alk the best to you ... poyo je kan, cam si AA tu baca blog Mummy pun.


Kek ni pulak utk minum petang. Choc cake kukus cuma hari ni terlebih rajin sikit so Mummy letak peanut butter filling dan topping ngan peanut butter choc ganache Pas tu letak sikit almond nibs.


Dinner dengan mee bandung yang penuh dengan binatang , tauhu lembik2, telor dan kuah yang sedap dengan aroma udang kering dan kacang tanah. Hihi... sendiri puji la....

Rasanya hari ni memang aktiviti masak dan makan jer... Tak tak pe nanti bulan depan Mummy start diet ye... hhehe

Bila tengok balik menu kat atas ni teringat la satu entry dalam blog MissMirror, cukup ke kalau suami pegi outstation dan sebulan tinggal duit belanja RM 500 jer.. huhhh.. so cam ni kalu punye makan confirm ler tak cukup....makan banyak cam ada bela2an jer..ish ish ish...


Jom rempitttt. Dafiy dgn girl next door... dia orang ni bukan teman tapi mesra tapi teman bergaduh sepanjang masa... pantang berjuma sure bergaduh tapi bila salah sorang tak de tercari2 la pulak

posted from Bloggeroid