Tuesday, November 27, 2012

Bukan bulan jatuh ke riba...


Lama Mummy tak update blog ni kan. Nasib baik la masih ingat login id dan password....hehhe. Selain dari busy dengan kerja2 office (kena pangku tugas finance exec Mummy yang cuti bersalin) dan kerja rumah (baru je 2 minggu dapat bibik) sebenarnya bulan ni Mummy tak berapa sihat. Awal bulan November , Mummy jatuh tergelincir kat porch masa ambik beg anak kat sekolah agama. Memang tak boleh jalan gak for few days. Walaupun dah hampir 4 mingg tapi actually sampai sekarang ni Mummy tak boleh lagi duduk tahiat dengan betul masa solat. Kaki masih terasa sakit.

Malam minggu yang lepas Mummy jatuh lagi sekali. Kali ni Mummy jatuh kat Snow walk I-City Shah Alam. Cuaca baik malam minggu tu so Daddy ajak gi I-City. Dah nasib masa kat Snow Walk tu Mummy tergelincir kat tangga ice dan pinggan dan kepala terhentak kat ice tu. Lepas jatuh Mummy rasa pening senoneng sekejap. Lepas tu nak bangun punya la sakit pinggang. So tak jadi nak main yang lain2 lagi terus balik rumah. Hari Ahad gi x-ray. Dr kata tulang tak de patah or retak tapi Mummy tak tau la sebab makin lama Mummy rasa semakin sakit ni. Mummy rasa lebih sakit dari masa lepas bersalin c-zer. Dari duduk nak bangun dan bangun nak duduk, nak baring kat katil, bangun dari katil memang sangat2 menyeksakan. Hampir 10 minit nak baring ke katil dan nak bangun dari katil. Buat apa semua tak selesa, duduk sakit baring pun sakit. 

Esok baru Mummy pergi berurut, harap2 lepas berurut kurang la sikit sakit ni. Mummy tka boleh nak makan pain killer sebab Mummy ni allegic, bila makan mata pun gatal dan jadi sembab.

Doakan Mummy cepat2 sembuh yer.

Thursday, November 15, 2012

Cuti cam tak cuti


Lempeng omputih a.k.a pancake utk anak-anak


Getuk ubi dan cucur badak utk mummy

Walau pun cuti hari ni tapi bagi mummy cuma cuti dari pergi opis je. Tetap buat kerja2 office dari lepas subuh. Esok mummy ada meeting dan esok gak customer nak tengok first draft contrct. Gila betul la, dia orang ingat company2 kecik ada lawyer yg akan handle contract tu semua ker, sendiri kena bikin la. Multi tasking. Klu 2 minggu tu ok la..ni seminggu jer... slide presentation pun mummy tak buat apa lagi. 4.5M project value... contract boleh tahan tebal beb... biru dah mat hitamku..

posted from Bloggeroid

Selamat Tahun Baru Hijriyah!


Salam Maal Hijrah..Semoga kehidupan kita sentiasa dalam limpah rahmat ALLAH S.W.T,bertambah amalan,berkat dalam segala segala urusan dan kebahagian dunia dan akhirat..AMIN..

Tuesday, November 13, 2012

Kisah kasut cinderella

Cam ni ke kasut cinderella???

Nak cerita pasal 2 pasang kasut kat atas tu, bukan le kasut ribu raban pun, setakat kasut bata dan brand biasa2 je. Mummy beli kasut ni masa kenduri kahwin anak saudara Mummy si Hafeez tu (anak Kak Kay). Yang warna hijau tu plannak pakai masa hantar pengantin ke rumah perempuan. Masa tu kan tema family Mummy turquoise blue/green. Nak dijadikan cerita masa nak gi hantar pengantin tu laman rumah Mummy banjir, so pakai je la selipar dulu. Bila sampai rumah persinggahan pengantin pompuan baru la terperasan kasut mUmmy ni tertinggal kat dapor rumah. Mummy ingat cam dah masukkan je dalam bag anak2.

Kasut yang purple tu pulak si Mama Miraki yang beli tapi bila dah beli dia rasa cam tinggi sangat la pulak.So dia jual timbang kati kat Mummy la. Sepatutnya kasut tu pakai masa majlis kahwin kat rumah kakak Mummy si Kak Kay tu. Tapi nak buat camana 3 hari sebelum majlis tu Mummy kaki Mummy sudah terpeleot dan terseliuh. (Tak sempat pun buat n3). Malam2 gi Hospital Serdang. Alhamdulillah tak ada patah ke apa tapi memang teruk lah terseliuh dia. So masa majlis kat rumah Kak Kay tu pakai selipar flat jer la... lupakan je kasut purple 2.5" tinggi...hahaha. La ni gi opis pun pakai selipar flat jer lagi sebab masih sakit kat buku lali dna lutut.

Nak gi mana ni Mummy?

Sarapan dipagi hari yang sejuk... ubi rebus cicah sambal tumis ikan bilis dan kopi-o kawkaw dari abang kopi PS.... mantap!!!


Soalan dan dialog popular anak2 masa cuti sekolah:

  1. Hari ni Mummy cuti ke?
  2. Cuti ni kita nak gi mana Mummy?
  3. Boringlah duduk rumah
  4. Kawan Along si A tu pergi cuti ke xxx
  5. Kita cuti ni tak gi mana2 ke?
  6. Kita cuti ni nak gi mana?
  7. Hari tu Mummy cakap nak bawak kita orang pegi....xxxx
  8. Kita gi main salji jom Mummy....

Sunday, November 11, 2012

Schizophllyum commune in hot and spicy coconut milk...

Masak lemak cili api cendawan kukur a.k.a cendawan sisir a.ka. jamur gereget. Tapi kalau nak bagi glamour sikit kita tukar nama masakan ni pada "Cchizophllyum commune in hot and spicy coconut milk". Biasalah kan chef2 hebat kalau kita tengok nama masakan dia orang bukan main gah dan panjang walhal masakan sempoi gilos....hahahhaa


Ramai yang tidak mengetahui kulat atau cendawan tradisional ini mempunyai khasiat yang sangat tinggi utntuk kesihatan kita. Kulat sisir mengandungi schizophllyan yang bersifat anti tumor dan anti kanser. Ia juga mampu meningkatkan sistem imun badan. Selain itu, ia bersifat anti bakteria, anti parasit dan anti radang. Khasiat yang terdapat dalam kulat sisir ini mampu melindungi dan mengawal hati.

Sekarang ni musim hujan, mungkin kat kampung2 yang banyak tunggul2 mati terutamanya pokok2 getak, mesti cendawan ni banyak tumbuh. Cendawan ni Mummy beli kat pasar tani pagi tadi. Beli 200gm jer, mahal beb. Sekilo RM50.... cam tak caya jer kan. So Mummy beli setakat 200 gm jer. Bila dah masak cam ni tingal gorengkan ikan kering jer la. Tak boleh masak lauk2 lain nanti hilang kenikmatan masakan ni...heheh., Untuk anak2 gorengkan ayam je la..

Kerana kau....

Kerana kau ku masih di sini
Kerana kau ku bisa menangis
Dan kerana kau yang menghancurkan
Ku tiada berteman
Terkenang wajah mu aku pilu
..... itu kerana kau dari Alleycats ni nak cerita 'kerana kau' gak le...

Alkisahnya dah lama sangat rasanya Mummy tak beli surat khabar. Bosan la balik2 keluar cerita dan propaganda yang sama jer. Kalau nak baca pun baca jer la on9 sikit... Tapi kan hari ni Mummy sudah pecah rekod, awal pagi balik dari hantar daddy ke KLIA mummy dah tangkap paper Berita Minggu... ni semua gara2 ada cerita Mummy punya ex la....hehehh....


Dan mummy semata2 baca section BPop jer, pages yang lain bagi kat bibik sebab dia nak lap cermin tingkap...heheh. Memang parah betul le fenomena Adam Hawa ni...

Saturday, November 10, 2012

Hafeez ♥ Syera : Part 4

Candid sana sini sinun!

Hey you... listen to me!

Ala tomey tomeynya anak Mummy

Ketibaan Mama Janet disambut dengan payung

Alahai, apa la susah2 bawak semua tu...

Ketibaan Datin S diiringi cucu yang monyok...mesti kes baru bangun tidur ni

Gamabr tak guna flash pun tapi cam ada pantulan cahaya la pulak...ahakkkk

Ko hembus jampi apa tu mek... jampi tolak hujan ke. Si Shasha tu apasal tertidur... cam penat sangat jer

Aksi mamarazi....

Ko x leh nak manja lebih2 kat abang lagi la Sha

Anak bujang Mummy ngan anak dara kecik YB Bukit Mutiara... lagi 10 tahun kita ambik lagi gambar cam ni yer... mesti dia orang dah malu2 pulak...heheh

Apa yang ko tenung tu Iki oooi

Jangan pandang belakang!!!

Yeeeeee entok berkat....

Paparazi tengah cek camera belalai gajah

Ni kira eksklusif ni....

Peraduan eka dialog. Korang agak apa pengantin pompuan cakap kat pengantin lelaki. Serius betul tu

Pandanglah lihatlah... tiru macam saya....

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Inilah barisan kita...

Agak2 kalau aku ambik berkat penuh satu bakul ni tuan rumah sedar tak yer!

Hafeez ♥ Syera : Part 3

N3 kali ni khas untuk pengantin yer.... kesian dia orang kan, lama benor menunggu gambar2 dia orang untuk keluar dalam blog Mummy ni....Oklay Hafeez  ♥ Syera... Cik Gee letak gambar korang banyak2 kat sini yer. Special untuk korang ni...


Kompang dipalu pengantin lalu....


Sweet couple




Errr ni lagu kebangsaan sedang dimainkan ker


Muka serius pengantin


Sama cantik sama kacang, macam pinang dilanggar trak


Eh eh terletak pulak gambar tuan tanah... 


Pengantin lelaki sendiri memabcakan doa untuk majlis hari tu


Barisan DIF-DIF kehormat di meja santapan


Alamak, muka tuan tanah lagi... memanjang nak enterprem kan



Apa yang dibincangkan tu, nampak cam serius jer


Comelllll

Duduk bersanding tersenyum malu....


Pengantin ni tak reti duduk diam betul ler... cam ada ciri2 kegedikan cam makcik2 dia jer...hehehe. 


Pengantin yang ala2 gedix....kikiki

Kek choc berani mati yang sangat sedap hasil tangan anak buah Mumjy, si Ayien




Suap jangan tak suap

Wajak exclusif anak bujang Mummy , si Danish


Makcik yang tengah tu exclusif tak wajah dia???Hehehe


YB Bkt Mutiara dengan pengantin


Mama Janet dan pengantin


.... dengan pengantin


Pening berfikir pasal nak kahwin, sampai gugur rambut si Hafeez ni...heheh. Tak pe la Piz, boleh joint pakcik2 

My hero dengan pengantin






Sama2 comel kan...hahahahhaha


Wah cepatnya dapat anak..

Khas untuk si Ayu la sangat, yang complain gambar dia tak ada dalam blog Mummy ni

Sapa yang lebih bon**t

Dengan anak2 saudara yang dah sama besar dengan Mummy

Tuan tanah dan pasangan mengabadikan kenangan dengan pasangan pengantin... lagi dua ornag anak tak tau mana pegi...

♥ ♥ ♥ ♥ 

Family photo.... ni baru 3/4 family yang naik ke stage...suka sangat dengan gambar ni, kira pengganti gambar raya untuk tahun ni la

Patut2 sikit la Nab, kut ye pun nak ambik berkat. Besar tu bakulllll

N3 seterusnya candid camera...