Sunday, September 30, 2012

Jalan2 cari pasal


On d way ke Ayer Keroh, ada kenduri


Ok tak mummy pakai tudung cam ni, saja jer nak tukar pesen..asyik2 ariani hari ni pakai ariana pulak la hihi

posted from Bloggeroid

Wednesday, September 26, 2012

Morningggg


Pagi yg mondom, gerimid dan sejuk. Tapi Mummy tetap happy nak gi motong....hihi

posted from Bloggeroid

Saturday, September 22, 2012

Stock clearance

[image_0
Menu penghabisan stock esbok. Hari ni x sempat nak gi pasar so masak saki baki stock je lah.


Kari ayam + kentang


Sup ayam + sayur


Sambal goreng tauhu


Sambal belacan + mangga


Ikan masin belanak...daddy's fav

posted from Bloggeroid

Senaman tangan di hujung minggu


Baju sekolah anak2 menunggu utk disental....



Bfast buat apam gula merah ngan goreng nasi je. Hari ni anak2 sekolah ganti.

posted from Bloggeroid

Thursday, September 20, 2012

Purple day...


Purple kita hari ni...♥♥♥

posted from Bloggeroid

Wednesday, September 19, 2012

Penutup Raya 2012

Syawal dah 3 hari berlalu tapi Mummy  masih nak cerit apasal ray alagi...hehehe. Kisah open house dihari terakhir Syawal...bersamaan Ahad 16 September. Hari Ahad lepas tu kami ada 6 jemputan open house, 1 jiran setaman, 1 kawan Daddy kat taman sebelah, rumah kakak Mummy Datin S di Sri Gombak, rumah Mak Lang Daddy di Puchong, rumah kawan Mummy di Putrajaya dan rumah kawan Daddy di Shah Alam. 

As usual tengok dulu muka puan tanah...


Yang 2 orang lagi dah berebut cop seat dalam kereta so tak boleh nak posing ngan dia orang

Rumah pertama... rumah jiran Mummy... kami jadi antara tetamu yang terawal datang. Nasib baik tuan rumah dah 'buka rumah' hehehhe. Menu set nasi putih, laksa, set nasi himpit, kambing panggang, salmon panggang, laksa dan banyak lagi la. Mummy makan nasi himpit je.

Rumah kedua, rumah kawan Daddy... taman sebelah jer. Menu utama nasi arab, mee kari, mee rebus, spagetti, nasi himpit dll


Kawan daddy buat open house cum kenduri doa selamat sebab nak pergi haji. Untuk Pian & isteri selamat pergi dan selamat kembali. Semoga mendapat haji yang mabrur

Rumah ketiga, rumah kakak Mummy, Datin S. Menu utama nasi briyani, set nasi himpit, sate, soto , kuih muih dll. Mummy makan meehoon sup jer pun

Ni jer Mummy makan....hehehe


Kak Mah dan Kak Noor


Bersama dua orang kekanda Mummy


Tamu tak berhenti2...

Muka terkejut Dania

Dania & Echah




Abang Wan (hubby Kak Kay) & Daddy


Ni anak buah Mummy si Ariff

Mummy & Kak Kay


Walaupun x cukup korum, posing2 tetap posing...hehehe


Di rumah ke-4.... rumah Mak Lang Daddy di Puchong. Majlis bermula pukul 4pm hingga ke malam. Kami sampai dalam pukul 6.00 pm... 


Anak2 tersayang

Mak Lang Daddy, adik kepada arwah MIL

Daripada 6 jemputan tu kami cuma dapat pergi 4 rumah je. Maaflah pada kawan Mummy di Putrajaya dan kawan Daddy di Shah Alam, kami tak 'sempat' nak pergi.

Ini n3 terakhir tentang raya kut...hahaha. Tapi kalau lepas ni ada lagi n3 pasal raya jangan marah la yer...hehehe

Tuesday, September 18, 2012

Mummy Gee Dalam Majalah Harmoni (Edisi 15-30 September 2012)

Sedikit cerita tentang hobi Mummy ada keluar di dalam majalah Harmoni edisi 15-30 September 2012.

Dalam ruangan 'Obsesi' di halaman 30 & 31. Bukan 'obes' tau 'Obsesi" hahaah

Bila anak2 Mummy tengok gambar ni, dia orang kata, kenapa muka orang ni macam muka Mummy???? Apakah maksudnya itu.....Tapi bila dia orang baca dan nampak nama Mummy baru dia orang kata, ini memang Mummy la, teko2 tu pun sama cam Mummy punya, tapi kenapa muka Mummy nampak 'gemok'.... Huhuhu... Adakah Mummy sudah terlebih makan tempe!!! Atau camera canggih mereka sudah mengubah rupa paras ku...hehehe. 




Sebahagian my collections


So kalau uols nak baca belilah majalah Harmoni edisi 15-30 September 2012 (cover Norish Karman dan anak), cepat sebelum SOLD OUT! Hahahahah

Monday, September 17, 2012

Serupa tapi tak sama...

Mummy memang suka beli kicap cap kipas udang, dari harga sebotol RM3++ sampai la ni dah nak sampai RM10... Semakin lama Mummy peratikan harga kicap brand ni semakin naik. Jenama yang sama, saiz yang sama cuma dijual di tempat yang berlainan. Perbezaan harga amat ketara. Agak2 berapa harga sebenar kicap ni ek? 

Harga di K4... RM9.90

Harga di Tesco Saujana Impian ... RM8.99

Harga di Giant Warta BBBangi... RM7.69

Itu baru sejenis barang keperluan...

1st blog entry guna Samsung Siii

Testing... testing... hihihi...

Breakfast pagi ni...


Kopi-o dgn ubI rebus cicah ngan sambal tumis ikan bilis... mmg terbaik dari ladang la


Ubi dari klang ... sangat2 empok. TQ KAk Mah.



Kopi PS tak de stock... Kopi Aik Cheong pun sodap gak

Sambal tumis ikan bilis, pedas tp sedap... lps mkn ubi ngan sambal ni ddy suruh masak nasi lemak pulak...so nasi lemak in d making

posted from Bloggeroid

Sunday, September 16, 2012

My new baby!


Ini baby Dafiy masa berumur 5 hari...

My new 'baby' ... Samsung S3. Mummy ni walaupun kerja dalam bidang IT tapi Mummy bukanlah spesis yang gilakan gadget2 IT ni. Kalau hp tu pada Mummy janji boleh call, message, browse internet dan ambik gambar cukup la. Tak perlu la nak yang canggih manggih. Tapi kalau orang dah bagi memang bersyukurlah dapat yang canggih-manggih ni. heheheh. TQ laling.... Banyak sangat features so belum habis explore lagi...

Mummy sempat la explore sikit2 features kat S3 ni. Mummy suka dengan ciri2 'human sense' dalam phone ni. Kalau kita nak call orang,just pergi contact tekan dekat nama orang tu dan terus angkat phone tu ke telinga dan dia akan automatic dial nombor tu. Sama juga kalau kita tengah bersms dan tetiba cam malas je nak tulis panjang2 so kita letak jer phone tu kat telingan dan dia akan automatik dial nombor orang yang kita tengah msg. Satu lagi bila kita tertinggal phone dan tak sedar ada orang call atau msg, S3 ni akan vibrate bila kita pegang phone tu. Bila kita rasa vibrate tu menunjukkan ada miss call atau ada msg yang baru. Lagi satu human sense dalam phone ni bila kita tengah dengar music dan nak mute lagu tu dengan tiba-tiba just terbalikkan phone tu dan music tu akan mute secara automatic.

Banyak lagi features tapi tak sempat lagi Mummy nak 'mengaji' .... tunggu la dulu



Old baby... Lama gak Mummy guna Nokia E71 ada dalam 3-4 tahun rasanya. HP ni mula2 ada masalah dengan bateri dia lepas tu problem kat tempat kita nak cucukkan charger tu. Sebab dah pernah jatuh so lubang untuk cucuk charger tu dah loose. Memang susah kalau nak charge. Bateri pun boleh bertahan few hours jer. Tapi Mummy tetap guna pun tak de tukar2. Telefon ni Mummy bagi kat Danish kut. Tinggal belikan no jer.

Saturday, September 15, 2012

Open House Bangi D7

Hari Raya dah masuk hari ke 28, esok last raya tapi cerita raya Mumy tak habis lagi ni... banyak lagi yang tertinggal dalam draf...hahahha. Dah alang2 dalam draf Mummy publish jer la yer.... layanzzzzzzzzzzz

Masa cuti hari kebangsaan ada open house kawasan kejiranan Mummy ni. Majlis buat sebelah malam lepas Isya'. Konsep jamuan potluck tapi main menu guna collection dan sumbangan jiran2 yang dermawan. Selain dari sambutan hari raya diadakan sekali mesyuarat untuk pemilihan AJK untuk Persatuan Penduduk...Kaum bapak sibuk bermesyuarat kaum ibu potpet-potpet kat belakang....hahaha. Sedar2 mesyuarat dah habis dan AJK baru dah dilantik....hehehe

Mestilah tepek wajah ayu tuan tanah dulu....



Sebahagian barisan jelitawan yang hadir pada malam tu..heheh

Kebanyakkannya jiran selorogn Mummy. Biasalah lorong paling aktif

Tukang jaga BBQ 

Mummy & Afida

Mummy & Kak Zai

Mummy & Sue


Nasi putih lauk ayam goreng rempah, sambal udang dan ikan masin lemak dengan nenas 

Lomang dan rendang

Nasi himpit sambal kacang

Kesesakan di meja buffet