Tuesday, July 31, 2012

Cerita 11 Ramadhan

Salam semua, selesai sudah 11 Ramadhan, macam mana uols, sihat? Sekarang ni keadaan cuaca tak menentu, kejap hujan kejap panas sangat2. Bila berbuka banti pulak air batu so ramai la yang batuk, selsema dan sakit tekak, ada tu berlarutan hingga demam. Si Dania ni suara pun dah ala2 rockers. Badan bun dedar tak dedar je.



Menu berbuka 11 Ramadhan

Daddy masak salmon dan tauge goreng.... anak beranak tak jemu2 makan ikan salmon ni

Sardin sambal tu pun menu daddy gak... dah semua yang daddy nak makan tu tak diterima oleh tekak Mummy ni, kena la Mummy masak ikan parang sikit

Pas tu buat mee goreng basah

Mangga yang tak berapa rasa mangga, cam makan betik je...hheehhe. Kuih tu semua RM4, Daddy yang beli

Kekanda tak marah kan?

Ada tak pompuan yang tak suka shopping yer? Sila angkat kaki sapa yang tak suka shopping tu? Cam pengakuan tak ikhlas jer tu...hehehe. Apa2 pun Mummy suka sangat2 dengan jawapan UAI pasal pompuan suka shopping ni...


Monday, July 30, 2012

Cerita 10 Ramadhan

10 Ramadhan dah berlalu, petang ni Mummy berbuka dengan anak2 dan bibik jer. Daddy cam tahun2 lepas la bila masuk second week berpuasa schedule iftar di luar memang dah bersusun. Tak semua pun dia pegi, pilih gak. Anak2 kata nak makan spagetti untuk buka, Mummy lagi suka lah sebab senang jer nak buat spagetti. Untuk Mummy pulak, Mummy masak lemak putih petola dan sambal petai ikan bilis. Cukup la tu kan.

Meu berbuka 10 Ramadhan...

Spagetti sempoi

Masak lemak putih petola + tauhu kering dan sambal petai ikan bilis

Goreng keladi dan cendawan jer

Juice tembikai dan oren yang sejuk dan menyegarkannnnn

Dapat spagetti masing2 tak toleh kiri kanan lagi dah...


Cerita 9 Ramadhan

Pagi Ahad semalam amat2 letih. Sejak first day puasa, ni la first time Mummy sambung tidur selepas soalt Subuh. Sedar2 dah pukul 9.45am.... dah la malam tadi tidur asyik kaki cramp jer. Malasny anak keluar rumah tapi memandangkan stock dah tak berapa nak ada terpaksa la keluar tambah saham gak kat Tesco. Pegi pun dah almost 11.45am. Memang dah panas le...

Tepek dulu la muka tuan tanah sebelum gi tesco

Jom sapa  nak ikut Dania beraya. Siap bawak handbag. Praktis untuk kutip duit raya...heheh

Love

Dah kepenatan dan mengantukkkk.... nasib baik troli tu tak patah. Kalau tak jenuh Mummy nak kena ganti.

Jangat terkezuttttttttt. Ni bukan komplot sorok minyak sebab nak jual semula dengan harga mahal yer. Alkisahnya kalau minyak masak Mummy suka beli brang Sri Murni atau Saji. Dan beberapa bulan Mummy tak dapat minyak masak brand tu, yang banyak ada di pasaran brand Aven* or Bur*h. Tapi brand tu Mummy tak suka sebab bau tengik. So bila dah tak de brand yang Mummy suka, Mummy beli la cap T*sco or Gi*nt. Semalam kat Tesco banyak pulak Minyak Saji, tu yang Mummy angkut sampai 3 botol. Minyak daisy 2 botol tu memang sentiasa ada untuk kegunaan Mummy buat cake. So kalau korang tak de minyak , meh sini datang rumah Mummy.

Balik dari Tesco almost 3.30pm... rasa letih sangat dan zzz. Daddy kata dia nak jadi MasterChef hari ni... so Mummy relax la skit.

Menu berbuka 9 Ramadhan ... Daddy masak grilled salmon, creamy chicken soup & sayur tauge. Mummy hangatkan masak lemak umbut je. Neber Mummy bagi puding laici.

Sago gula melaka.... sedapnya makan sejuk2. Dua hari berturut2 Mummy buat sago gula melaka ni.


Sunday, July 29, 2012

Cerita 8 Ramadhan : Iftar Bersama Suku Sakat

Sabtu 8 Ramadhan..bersamaan 28 Julai 2012, Mummy jadi host iftar bersama2 dengan kaum keluarga Mummy di KL ni. Untuk Zon Selatan, kakak Mummy si YB Bukit Mutiara pulak jadi host. Kira majlis serentak la.


Untuk Zon tengah ni kehadiran cuma Mummy, Mama Miraki, Kay Kay dan Datin S. Kak Mah tak dapat datang. Untuk mazlis di zon Selatan, kehadiran YB Bukit Mutiara, Yin Wong Khoo Lai dan Kak Long. 


Posing la dulu, buka lambat lagi dan tamu pun belum semua sampai.



Puan Sri.... heheh

Ayien anak saudara Mummy


Ketibaan YB Ampang, Mama Miraki & Hubby and anak2


Jarang gambar Datuk T ada dalam blog Mummy ni

Mummy & Datin S


Mammy & Mama Miraki

Kak Kay cengelat, dia duduk belakang Mummy nak cover... 


My nephew.. Ariel Peterpan

Posing lagi


Lepaking semenatar tunggu waktu berbuka

Ynag u reti ke tak guna DSLR ni?


Danish dan sepupu2nya... 15 tahun lebih perbezaan umur mereka

Main table

Dessert & soto table


Meja untuk air... air mangga, tebu, bandung ngan teh-o


Ikan parang + nenas masak lemak pedas & ikan tenggiri goreng berlada


Sayu goreng & udang goreng gajus (yang mables sangat2...hihi)


Sotong goreng tepong ngan ayam goreng dan lepat labu


Sago gula melaka & jeli kelapa

3 biji domino pizza & choc cake sempena daddy's bday

Itu jer yang Mummy masak dan sediakan tapi tetiba meja jadi penuh dan tak muat bila tamu yang datang masing2 bawak makanan gak

Mee goreng dan kari umbut kelapa Datin S


Ayam golek special selayang & kek batik dari Iwan dan Ain


Koci dan pulut panggang dari Kak Kay

Ayam masak ungkep dan agar2 santan dari Mama Miraki

Akhirnya merasa gak Kak Kay makan cempedak dari kampung pokok tinggalan abah


Bismillah....


Yan ko tenong lauk pauk tu apasal Ayien....tak kan ambik bau jer kut


Alahai spannya la makcik berdu ani makan

Dasyat betul Mama Miraki ngan hubby makan

I likeeeeeeeeeeeeeee... seronok bila dapat berkumpul ramai2 macam ni.

Terima kasih la pada semua yang dapat datang ke rumah Mummy. Tak sabar2 nak jumpa dengan uols semua kat kampung masa raya nanti.