Wednesday, June 27, 2012

All-in-1

Minggu yang busy dengan report dan kick-off meeting. Semalam dah settled process claim dan gaji , hari ni boleh hantar ke bank. Continue with my reports. 3pm tomorrow ada meeting @ my hometown

Terkini Yin.... gambar diambil selepas balik dari hospital. Alhamdulillah dia dah boleh jalan walaupun tak berapa stabil. Now time to recover his memory and speech. MC dia sambung lagi sampai 9 Julai. Semoga ko ceat semboh Yin.



Tuan tanah nak enterprem gak....



Tuesday, June 26, 2012

2012-06-26 Update Yin

Selasa (26/06/2012) - Semalam genap 2 minggu Yin diserang stroke yang menyebabkan pendarahan otak. Hari ni Yin ada appointment dengan Dr di HSA. Actually bukan appointment pun, MC yang Dr bagi masa Yin discharge dari hospital tu sampai hari ni je. So semalam kakak Mummy call HSA camana nak sambung MC lagi sebab abang Mummy memang belum sihat dan definetly tak boleh nak mengajar lagi. Bukan nak mengajar, nak uruskan diri sendiri pun tak boleh lagi. Jalan masih tak kuat, daya ingatan belum pulih dan yang paling menyedihkan dia tak boleh bercakap lagi. Suara dia tak berapa nak keluar dan tak jelas. Mummy rasa dia faham apa yang kita cakap cuma dia tak mampu untuk menjawabnya. So perlu bantuan pen dan kertas juga la.


Masa kakak Mummy call HSA semalam, dia orang kata patient kena datang gak sebab dr nak tengok camana keadaan. Dan yang menghairankan dia orang tanya jahitan dah bukak ke belum? Kakak Mummy inform la masa discharge tu tak de siapa bagi tahu pun kena datang semula untuk bukak jahitan. Follow-up appointment yang diberikan pun pada 1hb Ogos 2012. Dan tak de pun appointment untuk speeach theraphy dan fisiotheraphy yang diberikan.


Alhamdulillah dengan bantuan, Yin boleh masuk ke dalam kereta untuk di bawa ke hospital. Yin diiringi kakak ipr Mummy, kakak Mummy, Datin S dan Datuk T. 

Isteri sejati, tak tau la hari ni Kak Tanty ambik cuti atau apa. Biasalah cikgu bukan senang2 nak ambik cuti or EL. Hari tu pun dia dah ambik 4 hari cuti

Tunggu giliran nak jumpa pakar neuro

Dah lebih sejam menunggu, Yin sampai terlena di kerusi roda


Dr bagi lagi MC untuk 2 minggu lagi. Harap2 dalam masa dua minggu ni banyak perubahan dan improvement pada diri Yin. Kami belum dapat lagi pembantu yang boleh tolong2 tengok Yin masa Kak Tanty pegi mengajar. Alhamdulillah dalam tempoh dua minggu ni Yin tak ditinggal berseorangan di rumah. Kami adik beradik bersilih ganti menemaninya. Terima kasih banyak2 untuk kakak2 Mummy yang dah bersay, Kak Long, Datin S & Datuk T dan Kak Mah & Farhan yang sanggup 'berumah-tangga' sementara secara bergilir di rumah Yin. Kami adik beradik yang lain hanya dapat ziarah pada hujung minggu je. 


Dr kata Yin tak perlu fisiotheraphy sebab dia boleh jalan, cuma akan ambik masa sikit untuk jalan secara normal. Sekarang masalah utama Yin cuma daya ingatan dia. Masih bercelaru dan tak dapat berfikri dengan cepat. Takes time untuk proses apa yang dia nak cakap.


p/s Kredit kepada kakak Mummy, YB Bukit Mutiara yang tolong ambik gambar2 ni. Walaupun kualiti gambar tak berapa memuaskan tapi oklah at least kami adik-beradik yang ada di KL ni dapat tenok keadaan semasa Yin.

Sunday, June 24, 2012

Hari Minggu dan Yin

Assalammualaikum dan selamat berhari minggu. Breakfast apa pagi ni. Mummy cuma rebus ubi samin dan buat kopi-o je. Ubi tu kawan daddy bagi. Saiz ubi tu besar2 so Mummy rebus dua biji je. Yang baki cadang nak buat lepat atau talam ubi , itu pun kalau rajin la. Kopi-o tu cam biasalah kopi asli dari abang kopi di pekan PS. Mummy ni bukan peminat kopi tegar tapi kalau kopi dari kampung ni memang tak tolak la. Terbau aroma di ajer dah tergoda.. Tak yah nak minum kopi mahal2 kat St*rbuc* ke kat mana2... hehhe

Ubi rebus samin + kopi-o kampung

Sedikit update tentang tahap kesihatan abang Mummy. Semalam ramai adik beradik Mummy, sedara2 dan kawan2 Yin yang datang ziarah. Yin boleh jalan sikit2 kalau dibantu. Itu pun untuk beberapa tapak je. Alhamdulilah pada kami itu sudah cukup  mengembirakan. Dia masih menghadapi masalah untuk bercakap, walaupun dia cuba nak cakap tapi suaranya tak keluar. Stroke tu melibatkan saraf percakapan dan saraf ingatan Yin.

Kesian betul Yin tengok keadaan Yin bila dia nak bangun. Kena dipapah dan dibantu. 


Long Bani ni datang dari Cheras. Sepupu Mummy yang paling close dari sebelah emak. Dia ni pandai sikit urut-mengurut.


Yin sedang diurut

Kawan2 baik Yin masa belajar di UiTM. Yang pompuan tu bukan la kawan Yin tapi kakak Mummy si Mama Janet.

Yin sekadar dengar kawan2 dia menyembang dan senyum. Nak membalas semula dia masih belum mampu cakap. Alhamdulillah dia masih boleh menulis walau mengiggil2 dan ambik masa

Dari kat hospital ramai kawan2 dan student yang datang ziarah bawak buah tangan tanda ingatan dari mereka. Semoga dengan doa dan kehadiran semua akan memberikan Yin semangat yang kuat untuk terus pulih dari serangan stroke ini.

Alhamdulillah sampai hari Selasa ni Datin S dan Datuk T masih berada di rumah Yin. So ada orang tengok kan Yin masa Kak Tanty pergi kerja. Untuk hari Rabu dan seterusnya... masih sedang difikirkan... 

p/s Kredit untuk Mama Miraki dan Mama Janet untuk gambar2 dia atas,

Friday, June 22, 2012

Salah ubat - mata gatal, berair dan bengkak

Ubat2 dan suplement yang Dr bagi semalam

3-4 hari ni Mummy kena sakit kepala dan tengkok yang sangat2 sakit. Pas tu rasa tak selesa cam nak muntah (kalau nak muntak sebab preggy tak pe gak..heheeh) . Selalunyakalau sakit kepala cam tu telan pain killer terus hilang tapi kali ni sampai berhari2. So petang semalam dah tak tahan sangat Mummy gi panel klinik kat opis. Chek BP normal 120/70. Dr kata mungkin sebab stress, kurang tidur dan makan tak tentu masa. Memanglah latelay ni Mummy  cam stress fikirkan masalah kesihatan abang Mummy, selera makan pun down dan tidur tak berapa lena. Ditambah lagi dengan masalah bibik. Lagi2 sakitlah kepala Mummy ni. Dr bagi ubat2, suplement dan MC.

Tak lama lepas makan ubat petang semalam mata Mummy start gatal2 berair dan sembab. Makin lama makin bengkak. Dari sebelah mata dah kena dua2 belah mata. Baru lah Mummy ingat Mummy tak bagi tau dr yang Mummy ni alegic pada sesetengah pain killer, selalunya yang jenis 'ponstan'. Daripada sakit tengkuk dan kepala ditambah dengan sakit mata pulak. Dugaan betul.



Wednesday, June 20, 2012

Jangan putus asa Yin, kau kena lawan!

Assalammualaikum,
Mood untuk berblog jatuh merudum ekoran keadaan kesihatan abang Mummy yang agak membimbangkan. 
Cerita Yin 1
Cerita Yin 2
Cerita Yin 3


Abang Mummy dah discharge dari HSA hari petang semalam. Kami pun agak terkejut bila dapat tau Yin dah discharge. Nurse kata masalah berkaitan neuro dah ok cuma darah tinggi je so dibekalkan ubat jer. Masa discharge semalam Yin tetap mamai2 dan belum boleh jalan pun. Kami sewa ambulan untuk bawak balik Yin ke Kulai. Som dan Kak Mah yang temankan Yin dalam ambulan.


Nasib baik Kak Mah dan anak bujannya si Farhan turun JB so adalah orang temankan kakak ipar Mummy jadi Yin. Hari ni Kak Mah kata ramai cikgu2 sama sekolah Yin mengajar yang datang tapi Yin tidur memanjang.


Kami memang sangat2 risau, kami hairan kenapa Yin asyik tidur jer. Kalau kat hospital tidur jer mungkin pengaruh ubat, sekarang ni makan ubat ikut masa so time tak makan ubat pun dia tetap tidur.


Adik ipar Mama Miraki, Dr Rahmat (pakar neuro di KK) nasihatkan untuk bawak Yin semula ke hospital, mungkin masih ada lebihan cairan atau cairan baru di kepala Yin. 


Ya Allah kau sembuhkan lah penyakit abangku ini Ya Allah. Isteri, anak dan kami semua sangat2 memerlukan beliau. Sembuhkanlah Ya Allah. Hanya padamu kami memohon.


Yin, bangunnnn. Jangan tidur jer. Kau lawan penyakit kau tu. Kau kuatkan semangat. Anak2 murid kat sekolah tu tunggu kau datang mengajar. Si Harith nak ajak kau gi main bowling. Kau mesti kuat, jangan mengalah. Bangunnnn Yinnnnnnnn!!! 

Sunday, June 17, 2012

Ya Allah, kuatkan semangatnya dan sembuhkan penyakitnya!

Keadaan terkini abang Mummy, gambar Mummy snap tengahari tadi masa melawat dia.

Hari ni masuk hari ke-7 abang Mummy berada di Hospital Sultanah Aminah. Beliau masih lagi berada di High Dependency Unit. Semalam Mummy anak beranak turun ke JB dan tengahari tadi baru bertolak balik ke KL. Keadaan Yin hari ini tak banyak sangat berubah dari semalam. Tengahari tadi doktor dah cabut salur yang dimasukkan ke kepalanya, mungkin sebab darah dan cairan berlebihan di kepala dah tak ada kut. Masa Mummy sampai doktor tak ada so tak boleh nak tanya.

Keadaan Yin stabil cuma tekanan darah tinggi dia tetap tinggi sampai cecah 257. Dia mengadu sakit kepala dan pening kepala sangat2. Nurse kata darah tinggi tu yang menyebabkan Yin rasa sakit kepala dan pening2 dan bukan sebab kesan tebukan dikepala. Harap2 dengan rehat secukupnya tekanan darah Yin cepat stabil. Macamana nak kurangkan tekanan darah tinggi ni ye.

Daya ingatan Yin pun agak bercelaru, dia tak ada masalah untuk kenal orang2 yang datang ziarah dia tapi dia ingat2 lupa pada cerita2 yang lepas kadang2 dia tanya benda yang sama berulang2. 

Ya Allah ko kuatkanlah semangat abangku dan kau sembuhkan lah penyakitnya. 



Thursday, June 14, 2012

Alhamdulillah Beransur Sembuh

Keadaan Yin pada pukul 6 petang ni

Semalam salur pernafasan yang dimasukkan ke dalam mulut abang Mummy dah dikeluarkan. Alhamdulillah masuk hari ke-3 di hospital Abang Mummy dah dibenarkan makan dan minum (minimum kuantiti). Hari ni kakak Mummy yang kat Kelang dan anaknya serta Mama Janet datang ziarah abang Mummy ni, selain tu pengunjung tetap semestinya kakak ipar Mummy, Kak Tanty dan kakak Mummy YB Bukit Mutiara tu. 

Update yang diberikan oleh kakak2 Mummy, keadaan abang Mummy (Yin) bertambah baik, dah boleh bernafas tanpa bantuan pernafasan (petang semalam kena semput pulak). Dia boleh bercakap tapi tak boleh cakap banyak2, nanti termengah2. Masa Mummy ziarah hari Selasa tu Yin tak boleh cakap lagi sebab ada salur di mulut so Mummy  bagi Yin kertas dan pen kalau dia nak cakap something. Mungkin masih di bawah pengaruh ubat so kadang2 dia ingat2 lupa pada sesetengah perkara. Tapi yang paling dia tak lupa mestilah anak tunggalnya si Harith. Pagi semalam dia berkomunikasi dengan nurse gunakan kertas dan pen, dia nak jumpa dengan Harith, so hospital call dan dapatlah Harith jumpa dengan papa dia.

Insyallah kalau tiada halangan hujung minggu ni Mummy turun sekali lagi ke JB ziarah.


Monday, June 11, 2012

Semoga cepat sembuh abangku Wong Khoo Lai

Assalammualaikum,


Minta jasa baik pengikut2 dan silent reader blog Mummy Gee untuk sama2 mendoakan agar satu-satunya abang Mummy di dunia ini Bahrin Omar a.k.a Yin Wong Khoolai sepat sedar dan sembuh dari penyakit yang sedang dihadapinya . Sekarang ni abang Mummy masih berada di bahagian emergency Hospital Sultanah Aminah. Sebelum tu dia berada di Hospital Kulai.


Gambar abang Mummy ni Mummy ambik hari Sabtu lepas masa kami ramai2 balik ke kampung. Masa ni dia sihat segar bugar jer.

Abang Mummy ni pagi tadi ok jer sempat comment status FB family. Mengikut info yang disampaikan oleh kakak2 Mummy yang berada di JB, abang Mummy ni selepas lunch di sekolah terus muntah2 dan tak sedarkan diri. Kawan2 cikgu bawa dia ke Hospital Kulai dan doktor bagi injection. BP dia naik. Dia ada sedar sekejap tapi mamai2 dan cuba nak cakap tapi tak boleh difahami, selepas tu dia tak sedarkan diri semula.

Dr dah buat scan, masuk camera dalam perut dan pasang alat bantuan pernafasan. Memang berselirat dengan wire sana sini. Pukul 10mlm abang Mummy dipindahkan ke HSA.

Sehingga N3 ni Mummy publish kami belum dapat berita dan update. 

Yin, ko mesti kuat. Lawan penyakit tu!

Friday, June 8, 2012

Selamat Hari Raya - We balik kampung

We'all balik kampung... bye2 semua jumpa di kampung. Mari kita meriahkan pekan 83500



Wednesday, June 6, 2012

The best place in the world! I'm coming

Hari ni MUmmy cuti sampai Isnin depan. Mood Pra-percutian Mummy yang akan datang ... layan je la yer gambar. Kepada yang tak dapat nak 'menjoinkan' diri siri balik kampung hujung minggu ni, layan jer la gambar2 ni dulu.. kut2 tetiba rasa nak join pulak...hahahha. 

Kedamaian di Homestay Hj Omar & Hjh Amanah

Fully booked yer

Laki sapa la yang rajin sangat bakar sampah tu

Santai2 time


Lama tak jumpa abang kopi 


Terjah ke pasar minggu

Apakah akan berlaku lagi kemusnahan seperti ini!!!!

Ziarah 'rumah' emak dan abah



Monday, June 4, 2012

Farah ♥ Firdaus

Cuti sekolah sinonim dengan majlis kahwin, semalam jiran Mummy buat majlis kahwin untuk anak dia. Ini majlis perkahwinan yang ke-3 kat taman perumahan Mummy ni sejak Mummy pindah ke sini. Kawasan perumahan Mummy ni baru 2 tahun lebih so mostly yang tinggal di sini pun baya2 Mummy dan anak2 pun masih sekolah. Cuma ada beberapa orang jer yang tunggu masa nak pencen, so memang jarang la majlis kahwin diadakan.  

Tema blue turquoise dan putih, sangat2 soft dalam cuaca panas. So untuk adik2 kat luar sana yang nak kahwin tu kalau nak pilih warna thema perkahwinan tu sesuaikan la dengan cuaca panas kat tempat kita ni yer, unless uols buat majlis kat dewan yang siap dengan aircond. Uols imagine dalam cuaca panas dan khemah tu warna oren terang, purple pekat atau merah menyala2 tak ke menambahkan kepanasan tetamu2...hihi... Mummy la yang menyibuk2 kan...hihih


Tamu dah start datang

Ada khemah kat jalan ada yang kat taman

Ala2 garden wedding ni...hihi


Pengantin lama

Pengantin baru... Farah & Firdaus


Pengantin siap peace lagi


Mummy dan sebahagian dari jiran2 selorong


Dania & girls next door


Pengantin kecik...heheh


Nak gak dia bergambar kat sini cam kakak dia

Best apa gebang2 ngan jiran2 bawah pokok buluh ni...hihi... redup dan berangin lagi


Gang gossip tepi pagar


Dengan Kak Zee dan Dr Farah (yang tunggu masa bersalin)


Dengan Kak Gayay dan Datin Afida

Kepada Farah & Firdaus, Selamat Pengantin Baru dan semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Saturday, June 2, 2012

BBQ Dimalam Minggu

Hohoho... nt yang berada dalam draft mode hampir seminggu.... hahaha.... publish je la yer

Sebelum apa2 kita pose kat rumah tuan punye majlis yer


Lepas tu barulah posing ngan tuan punye majlis.... Mummy dan tuan rumah...Datin S


Dania dan cucu Mummy si Ecah

Mak sedara dan anak2 sedara dan juga cucu saudara


Anak sedara dan mak sedara yang gila posing


My kembar tak seiras


Happenning







Kesian si Emi tak sempat nak tiup lilin pun, sepupu2 dan anak2 sedara yang over


Cepat potongggg


Wah rajinnya anak Mummy ni 

Menu malam tu BBQ, nasi lemak, mee goreng dll












Mummy bawak ni jer... kuih talam cendol dan choc cuppies