Sunday, April 29, 2012

Ikan tenggiri + belimbing - menu hujung minggu

Assalammualaikum, selamat berhari minggu. Dah bangun ke? Hah tak bangun tidur lagi, mak datuk tak sesueiiii tu. Kalau kat rumah sendiri tu ok lah lagi tapi camana nak jadi menantu mithali ni kalau kat rumah mertua, dah tengahari tak bangkit tidur lagi....hihihi. Mummy sekeluarga dah siap lunch pun. Pagi tadi pun lepas subuh sambung golek2 lagi sampai kul 8. Semalam dah ke pasar so tak de la busy sangat hari ni.

Menu kami hari ni...

Ikan tenggiri masak lemak cili api + belimbing. Sedap makan belimbing tu , rasa masam2 pedas je

Masakan evergreen... bening a.k.a sup petola + soon + tauhu 

My homemade ayam goreng k-ep-ci hot & spicy ... anak2 tanya kenapa go k-ep-ci tak ajak pun... Maknanya sedap la tu....hihih... tak lama lagi k-ep-ci bakal kehilangan seorang pelanggan ni...hahahah

Tempe + tauhu goreng.... mummy makan cicah sambal kicap, daddy makan cicah mayonis...

Saturday, April 28, 2012

Yang kuning2 sajer....

 Xtvt selepas dinner.... buat koci labu.... Plan nak buat untuk minum petang tapi 'terlajak tidur' sampai kul 6pm....huhuhu


Silalah makan yer...panas2 lagi ni.. fresh from steamer


Banyak gak ni ada dalam 27 biji... kali ni comel sikitkan hasil bungkusan koci ni, selalu tu terbukak jer...hihih... kali ni daun pisang potong2 besar2 sikit... 

Menu selepas BERSIH!

Pagi2 bangun trus start ops BERSIH kat Dataran Merdeka rumah. Biasalah xtvt hujung minggu, walaupun ada maid mana boleh goyang kaki je tak....


Lepas penat bersilat cuci bersih, perut lapar kita makan dulu.....








Rezeki sekeluarga untuk hari ni...


Lemak cili api nangka + ayam. Dah lama tak masak nangka ni, last masak masa kat nilai kut. 


Samba sotong


Udang goreng tepong... nak buat butter prawn stock butter habis la pulak


Ikan tenggiri dan ikan kembung goreng


Sup telor + kentang + soon .... kalau bulan puasa ni menu wajib masa sahur

Eh eh... tersesat lak logo ni.... jangan marah no.....


Wednesday, April 25, 2012

Me, Tulips & Aaron Aziz


Me today....

Tetiba rasa cam nak go Holland je, lepak2 celah2 pokok tulips yang warna warni

Sambil baca magazine By-U terkini


Tuesday, April 24, 2012

Bila rindu ku sebut namamu....

Korang mesti rindu dan tertunggu2 n3 baru Mummy kan... sorry la camera tuan tanah dah nazak tu yang malas nak post apa2. Ada gak la peminat2 Aaron Aziz  kawan2 Mummy di alamaya yang tanya kenapa tak pos gambar menu hujung minggu. HIhihi ada gak yang tertunggu2 kan...hihih Biasalah Mummy ni kan tak suka post yang plain je, dah ini personal blog so nak tepek gak la rupa Mummy yang jelitawan ni.... hihihi. Ala lagipun x de perkara menarik yang nak diceritakan pun... 

Tapi kalau uols rindu kat Mummy sebut je nama Mummy... ala cam si Siti Fairus nyanyi tu bila rindu ku sebut namamu












Monday, April 16, 2012

Tudung sesumpah!

Tudung sesumpah...tengok awning tudung ni... actually awning tu warna hijau (gambar kiri) tapi bila ambik gambar guna flash jadi warna maroon la pulak...Mungkin tudung ni tak suka kat flash kut so dia tukar warna pulak...hihih

Ok chalo nak gi MARA sekejap hantar progress report... kalau poket penuh boleh le bertanya khabar SOGO...ni lalu je la...hihih


Sunday, April 15, 2012

Nasi ambeng tak cukup sifat!

N3 masak2 dihujung minggu.... korang layan  je la yer. Tak de plan pun nak buat nasi ambeng, tapi bila dah siap masak dan tengok lauk yang Mummy masak, rasa cam boleh  dijadikan nasi ambeng pulak. Last week Mama Miraki ada datang rumah dan dia ada bawak ayam masak ungkep, budak2 suka pulak tu so Mummy plan nak masak lah bila2.

Cam makan kat rumah kenduri pulak ek...hihihi. Orang kurang kerja cam ni la....hihih


Ayam kampung masak ungkep.  Awal pagi Mummy ke pasar tani nak cari ayam tua tapi seekor pun tak ada. Last beli 3 ekor ayam kampung. Kecik2 je ayam kampung ni seekor dalam sekilo lebih. Sekilo RM13. Ada gak orang jual ayam kampung organik sekilo RM18... Nak masak ungkep ni tak sedap guna ayam bandar sebab rempah tak sempat menyerap daging ayam dah empok. Nak masak ayam ungkep ni senang je,


Sambal goreng jaworld. Tips nak bagi sambal goreng ni sedap, ikan bilis kena tumbuk kasar dan kena masak pedas sikit


Tempe masak bacem.... pernah makan tak? Menu yang confirm uols tak akan jumpa di hotel 6 bintang kat Msia ni ....hihih. Nak buat dia tumbukkan bawang merah, bawang putih, ketumbar dan jintan. Tumiskan sekejap dan masukkan air. Masukkan tempe dan rebus sehingga kering, kalau rempah belum meresap lagi tambahkan air dan rebus lagi. Jangan lupa masukkan garam, perasa, gula merah dan sedikit asam jawa. Tempe bacem ni rasa2 rempah dan ada masam2 manis sikit. Kalau ikut style ornag indon, air kelapa digunakan untuk merebus tempe ni.


Tempe bacem goreng. Tempe bacem yang dah siap digoreng pulak.Bancuhkan tepong gadum cair2 sikit, celup tempe bacem dan goreng garing2... sedap makan panas2....


Ikan bulu ayam tak ada ganti ngan ikan masin ni pun ok gak la....

Saturday, April 14, 2012

Pecal != Gado-gado!

N3 dihujung minggu....

Jom lunch..... menu2 kampung je....

Pecal a.k.a salad jaworld != gado-gado. Pecal dan gado2 tak sama ye adik2. Macam sama  tapi tak serupa ya. Pecal ni selalunya melebihkan sayur2an yang dicelor ... pucuk ubi, kangkong, tauge,pucuk paku, kacang panjang, kacang botol. Kemudian ditambah ulaman segar timun dan sengkuang juga tauhu dan tempe yang digoreng. Sambal pecal tu kalau Mummy suka guna cili api yang digoreng dulu, kalau guna cili kering cam kurengggggg pedas la pulak. Dulu kalau buat pecal Mummy tak suka letak cekor tapi sekarang ni kalau ada cekor Mummy tumbukkan je sekali ngan sambal pecal tu. Gado2 lebih kurang cam pecal tapi bahan2 dia beza sikit dengan pecal...selalunya dalam gado2 ada kentang rebus, telor rebus, sengkuan, timun, tempe , tauhu dan ditabur dengan keropok ubi atau emping belinjau. Sambal gado2 kurang pedas dan lebih manis rasanya. sekian pelajaran kita untuk hari ni adik2....

Daging salai + pucuk ubi recycle... lagi kita perangantkan daging salai ni lagi sedapppp... pucuk ubi tu terasa lagi lembut sangat2.....

Sup munge-munge cinta... dalam sup ada taman rama2 ...hihih. Ibu2 kalau nak suruh anak2 makan sayur kena kretif sikit yer...heheh....

Ikan masin belanak dan tenggiri

Friday, April 13, 2012

MC dan Daging Salai Pak Pandir

Hari ni Mummy MC, sakit perut dan sakit pinggang. Dah lama tak sakit perut cam ni. MC pun kena masak gak kan... tak pe la lepas ni nak sapu lagi minyak panas kat perut.....

Masak lemak pedas daging salai pak pandir + pucuk ubi.  Kalau ada belimbing lagi best kan!!!

Dah lama tak makan ni...rasanya dah berbulan2 last makan masa Mummy buat kenduri tahun lepasssssssssssssssssssssssssssss.....ahahhaha

Dah 3 hari rice cooker Mummy rosak, terpaksa la masak atas dapor gas tapi kan bila masak atas dapor gas mesti ada kerak dan ada bau2 hangit sikit....hahaha (dah lama tak makan nasi hangit). So tengahari ni Mummy try masak nasi kukus la pulak. So berbaloi2 la beli pengukus elekktrik Mummy ni.....

Pesanan untuk anak2 lelakiku!


Wednesday, April 11, 2012

Santapan Petang Hari Pertabalan

Santapan waktu petang....crunchy chocolate chips cookies ngan teh-o je

Close-up


Mummy buat besar2 so dapat dalam 60pcs... 3/4 balang gak ni. Boleh la buat kudap2 anak2 dan bawak bekal gi sekolah

Behind the scene...

Chef kecik yang sibuk mengacau....


Bilalah nak masak cookies ni?

S ekeping mana cukup!

Pada yang nak buat cookies ni boleh gunakan resepi ni. Senang, ringkas dan yang pasti sedappppppppppp. Cuma kena kurangkan waktu membakar, dalam resepi ni tulis 25 minit guna suhu  165' tapi Mummy bakar dalam 15-18 minit je. Yang mula2 bakar 25 minit rasa cam ter overbaked. Selamat mencuba...

Santapan Hari Pertabalan

Menu santapan tengahari ni sempena cuti Hari Pertabalan Agong... ala2 kampung. Terasa macam makan kat kampung pulak.

Pucuk ubi masak lemak putih a.k.a 'masak bobor' . Yang ni betul2 pucuk ubi bukan 'daun ubi' yang selalu orang jual kat pasar. Pucuk ubi ni didatangkan khas dari kampung halaman Mummy, terima kasihlah pada kakak Mummy di Klang tu yang susah payah datang ke rumah menghantar pucuk ubi ni hari Ahad lepas, baru hari ni sempat dimasak. Ada baki lagi sikit Mummy plan nak masak dengan labu pulak. 

Rahsia kegebussssssssssssssan pipiku...tak perlu botok tak perlu kologen tak perlu SKII (errrr ya ke tak perlu????

Ikan kembung bakar 'terover cooked' ....hahahaha

Rasa cam nak bela ayam je kat belakang rumah.... anak2 tak pernahnya jemu dengan ayam goreng. Seminggu kena beli sampai 3 ekor ayam....

Penambah selera untuk tengahari ini...ikan gelama masindan sambal belacan meetopppppssss