Saturday, March 31, 2012

Rimau dah mengaum!

Assalammualaikum, selamat berhujung minggu. Apa xtvt hari ni? Zzzzzzzzzzzzzzzzzz je sampai petang....ish ish ish...Awal bulan ni tak ke mana2 ke? Ya la rimau masing2 kan dah mengaum. Isteri2 pun dah dapat elaun bulanan dari suami masing2. Dah beli barang2 dapor ke? Mummy nak tanya uols la, untuk barang2 keperluan dapor, susu2 dan segala toiletries tu you all beli runcit2 ke lumpsum? Ada orang sebulan sekali beli terus barang2 keperluan, ada pulak yang beli runcit2 bila habis beli.

Kalau Mummy selalunya akan beli barang ni lumpsum kat Tesco atau K4, insyallah cukup untuk sebulan kalau ada yang terkurang sikit2 tu Mummy singgah je beli kat kedai pakcik Mydin atau Speedmart. Tapi ada orang tu boleh tiap2 minggu ke Tesco & K4...siapa lagi kalau bukan adindaku si Mama Miraki. Mummy tak suka beli runcit2 sebab selalunya lebih banyak belanja compare beli lumpsum. Bukan apa kekadang tu nak beli diapers je, tapi bila dah masuk ke kedai tu tangan ni cam tak boleh dicontrol amik itu ini, in the end benda2 yang tak plan  nak beli lebih banyak dari benda yg betul2 nak dibeli.

Pagi tadi Mummy ke Tesco je, ikan2 dan sayur pun beli kat situ. Sebab pegi awal pagi so sayur2 dan ikan2 pun nampak fresh. Udang besar2 hari ni cuma RM16.90, tenggiri potong RM22.90, salmon RM45 (mahal so beli 2 slice je sebab Daddy nak grill malam ni)... 

Stock bahan kering bulanan... sumber untuk menambahkan lemak2 dibadan dan juga sumber untuk menghasilkan sisa2 kumbahan...hihihi

Toiletries... bukan kemestian tapi keperluan so kena beli gak

Anak2 masing2 memang bawak bekal air ke sekolah so stock cordial memang kena sentiasa ada. Si Daniel je yang suka bawak bekal air masak ke sekolah

Frozen food untuk bekalan anak2 ke sekolah selain nasi goreng atau french toast. Roti jenama Kawan ni sangat2 sedap (pada Mummy la). Roti canai ni bukan halfcooked cam roti canai segera yang lain, tapi masih bentuk tempong yang dah dicanai je. Highly recommended pada siapa yang belum try.

Banyakkkkkkkkkkkkkkknya susu, ada anak kembar ke? Bukak nursery ke? 10 pkt susu tu tak banyak mana, sebalum hujung bualn mummy dah kena top-up beli susu tu. Si Dafiy minum susu punya la laju. Dalam sehari tak kurang dari 8  botol rasamya. Si Dania yang dah darjak satu pun membotol lagi. Bulan ni dia nak susu putih pulak, kalau tak dia tibai je susu Dafiy. Si Danish pun bila tiba angin dia, nak tidur dia minum susu ni gak, Mummy tak nak  buatkan dia suruh bibik atau buat sendiri.

Selalu Mummy beli minyak Seri murni atau vesawit tapi dua2 jenama tu tak de pun. Yang ada brang Helang, Tesco, Avena, Knife . Minyak jagung ngan bunga matihari banyaklah. Tak banyak la offer kat Tesco bulan ni, beras naga tu pun RM49.99/10kg.

Sedang berkira2 ni camana nak mengurangkan perbelanjaan bulanan Mummy yang menceceh RM????


Tuesday, March 27, 2012

Dania's Birthday Celebration

n3 yang dah lama terperap dalam draft. 

Actually tak de buat celebration apa2 pun untuk birthday Dania, sekadar buatkan cake dan bawak dia orang makan kay-ep-ci je. Plan asal balik dari kenduri kahwin kat Kelana Jaya terus nak ke KidZania or main bowling kat Alamanda. Cuaca sangat2 panad. Bila dah masuk kereta anak2 pun dah tertidur dan kebetulan Daddy pun pening kepala, so terus balik rumah.
Lepas solat Mummy bersilat kejap (lama sebenarnya...hihihi) kat  dapor. Ingatkan nak beli je sati slice kat resepi rahsia...dah tak jadi ke Alamanda so kenalah membaking2, kalau tak panjang pulak muncung anak dara tu.

Layan je la gambar ye....


Happy 7th Birthday My Lil Princess...Dania



Ok everybody ready....












Blow blow blow......


Cepatlah potogn cake tu Dania...



Kids w daddy







4 orang permata hati Mummy & Daddy.... cepat betul mereka membesar


Blur la pulak gambar Danish ambik ni



Ok senyum semua



 
Birthday girl w Mummy & Daddy

Budak ni lepas menangis sebab Dania yang tiup lilin. So  kena nyalakan lilin semula dan bagi Dia tiup.


Lepas solat maghrib potong2 kek dan posing2 kejap dan pegi makan.  Makan kat ka-ep-ci je.




Sebelum keluar rumah pun kena posing2 dulu


Me & him mestilah kena ada










Since n3 tentang bday dia...kita tepek gambar dia banyak2...



Birthday Dania kali ni Mummy buatkan Rainbow Cake a.k.k kek pelangi. Keratan rentas cake...cam zaman sekolah pulak belajar keratan rentas.... rainbow cake a.k.a kek pelangi. Ini guna resepi lain bukan resepi kek pelangi petang yang selalu Mummy buat tu. Kek ni guna 5 biji putih telor so kek dia ala2 sponge la...lembut je


Silalah makan ye...yang ada kencing manis tu pandang je la ye. Masa dah bagi adunan tu ke 6 bekas baru la terperasan coloring food warna kuning, biru dan purple dah expired....kiciwa betul le, nak merempit ke kedai malas la pulak...so hasilnya ni la warna kek pelangi Mummy ...ni kira pelangi yang kelam je la...kek ni ada 3 perasa, yang pink 2nd layer to strawberry, yang hijau tu rasa pandan yang 4th layer tu rasa keladi (supposed color purple) dan yang choc tu perasa chocolate la. Kalau ikutkan resepi asal, each layer tu letak buttercream filling tapi sebab Mummy rasa cake kosong je pun dah rasa manis Mummy gantikan buttercream dengan strawberry dan bluberry paste.. Nah ngko sebiji kek dengan berbagai rasa, confius sekejap lidah...hahahha

Resepi asal cake rainbow...tengoklah bertapa tebal cream kat each layer tu. Sama tinggi ngan layer cake je

Uols perasan tak gambar2 kat atas tu tak berapa sharp dan clear... camera Mummy dah kritikal ni. Ni semua gara2 posing ala2 poster Ombak Rindu kat Sg Congkak, camera Mummy jatuk terhempas ke batu...huhuh. Mana nak cari camera murah2 ni....sapa ada camera lebih2 tu bak sini derma kat Mummy, apalah ertinya berblog tanpa camera....huhuhu

Monday, March 26, 2012

Sofea Jane dan keluarga datang ke rumah!

Malam minggu lepas Sofea Jane dan keluarga datang ke rumah Mummy. Sapa yang lahir tahun 70 dan 80an sure kenal sesangat ngan si Piah Sofea Jane ni. Si primadona yang cun melecun. Antara filem2 yang dilakonkan oleh Sofea Jane Mira Edora (1990), Interlud (1991), Harry Boy (1992), Kekasih Awal & Akhir (1993), Perempuan, Isteri dan... (1993), Cinta Kita (1995), Sayang Salmah (1995), Jimi Asmara (1995), Suratan Kasih (1996), Puteri Gunung Ledang (2004), Susuk (2008) dan Hanyut (2011)


Lama Sofea Jane tak berlakon kan.

Inilah dia Suzy anak saudara menantu Mummy. Ada ke hubungan sedara cam tu. Dia ni wife kepada anak saudara Mummy si Lan so kira anak saudara menantu la tu. Kan ke muka dia ada iras2 Sofea Jane. Kalau buka tudung lagi lah sebijik...hihiih.

Lan, anak saudara Mummy, hubby kepada Suzy.

Abaikan lah cerita Sofea Jane ni ye, sebenarnya kakak Mummy, Kak Long dan anak2 datang  rumah Mummy sebab hari Ahad tu nak sama2 gi ke kenduri kahwin rumah adik ipar Kak Long. Sampai rumah Mummy pun dah hampir pukul 10 malam, sekejap je dia orang kat rumah Mummy sebab hari Ahad tu pukul 11am dah keluar rumah pergi ke majlis kenduri kahwin tu di Kelana Jaya.

Selain Mummy, Mama Miraki dan Datin S dan anak2 pun datang gak.

Airel dan anak2 Mummy. 

Pasangan pengantin Suhaila dan Azam... semoga bahagia hingga ke akhir hayat

2 makcik yang gebuzzzzzzzzzzzzz. Kat majlis orang pun sibuk nak snap2

Makan jangan tak makan

2 reserved table untuk family Hj omar...hihi...selain dari goodies bag, berkat pun dapat tau... Ini namanya jaworld tak lupa asal usul, walau kenduri kahwin buat di kota metropolitan tak lupa tradisi berkat...hihihi

Tengok tu si Mama Miraki sibuk je ngan camera

Anak cucu Datin S...comelnya la cucuk nenek si Ayna ni

Best gak kalau ada baby kecik lagi ni....hihih. Tapi bila terbayangkan perut nak kena belah2 ni cam seram le pulak....Dah 3x Mummy kena belah2 perut nak keluarkan anak2 ni...hihih
Comel tak saya.... Mama saya pun comel gak kan

Bday girl jadi model ubat gigi

Selain dari dapat berkat nasi, dalam goodies bag tu ada telor itek dan bekas telor tu adalah kuih cakar ayam yang dibentuk macam sarang burung, ni kali ke-2 Mummy nampak bekas cam ni....kretif kan ....dua2 boleh makan, bagi bunga telor mahal2 pun orang buang...ni insyallah orang akan makan