Tuesday, February 28, 2012

Resepi turun temurun

Hari ni nak share satu resepi masakan turun temurun yang selalu Mummy masak. Dulu2 emak selalu masak lauk ni. Masak lemak pedas ikan parang dan nenas. Ikan lain tak boleh ke? Kalau nak boleh je tapi dah emak dulu masak guna ikan tenggiri so sampai sekarang Mummy dan adik beradik Mummy yang lain masak guna ikan tenggiri. Abang Mummy Wong Khoo Lai suka sangat2 lauk ni. Kalau dia datang rumah tak perlu masak sayur2 moden ke ikan 4-5 rasa, masak ni je pun dah ok. Betul tak cikgu....

Bahan-bahan:
- Ikan parang (ikutlah banyak mana nak)
- bawang merah
- bawang putih
- cili  api (nak pedas letaklak banyak2)
- nenas (potong menyerong ye)

Ikan parang digoreng dahulu


Potongkan bawang merah, bawang putih dan ciliapi. Masakkan ni kena pedas2 baru sedap. Tapi kalau uols tak tahan pedas guna la cili masak je tapi tak berapa kaw la.


Tumiskan sampai garing


Masukkan nenas... pastikan nenas tu dipotong serong cam Mummy buat tu. jangan potong bulat2 cam nak buat pajeri pulak


Bila nenas dah layu masukkan santan. Masakkan ni kena pekat2 sikit ye. Tak perlu letak kunyit ye. 


Masukkan ikan yang dah digoreng  tadi, tunggu sehingga santan mendidih.

Ok dah siap...


Close-up sikit...

Monday, February 27, 2012

♥♥♥♥ Happy Birthday Adam Danish ♥♥♥♥

 ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
HAPPY 9th BIRTHDAY 
 ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


27/02/2012 (Isnin) - Hari ni anak kedua Mummy, Adam Danish a.k.a Angah menyambut ulangtahunnya yang ke-9. Mummy dan Daddy berdoa semoga Danish dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi insan yang berjaya, diberikan kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleh. Jangan lupa solat ya.


Tak tau lagi nak sambut bday dia ni kat mana. Kalau suruh anak2 yang pilih sure dia orang nak ke IceRoom je...emmmm cam bosan la pulak...hihih. Tak pe la anak2, Mummy follow je....


Gambar terkini Danish.... ambik pagi tadi sebelum dia ke sekolah agama 


Jom layan gambar2 Danish masa bday dia yang lepas2...


Danish - 8 Years old (pre-celebration on 24/02/2011... masa 27/2 tu Mummy dan Daddy ada di Istanbul)


Danish - 7 Years Old


Danish - 6 Years Old


Danish - 4 Years Old

Danish - 3 Years Old

Gambar masa 1st and 2nd birthday tak de softcopy pulak. Tak berapa rajin nak scan..hihih

Danish nak bagi goodies bag kat classmate dia. Mummy cakap tunggu masa birthday party nanti baru bagi goodies bagi tapi dia nak gak bagi sebab dia kata nanti kawan2 tak semua datang rumah. So layan je la permintaan anak. So pagi2 semalam Mummy dah buat choc cuppies. Petang semalam beli jajan2 sikit.

Rajin la dia nak menolong

Goodies bag budget...hihih

45 bag untuk kawan sekelas


Next celebration :
25 March - Dania's bday
11 May - Our 14th anniversary
26 May - Dafiy's bday
26 July - Daddy's bday

Sunday, February 26, 2012

Mari melapis

Petang semalam sementara menunggu maghrib Mummy sempat buat kuih lapis labu. 1st time buat lapis labu ni, selalu buat talam labu je. Resepi sama tapi tak serupa. Nak buat benda yang berlapis2 ni memang perlukan kesabaran la... nak kena sukat2 bahagi adunan sama rata, nak kena kukus selapis2 kira memang renyah la. Tapi hasilnya memang memuaskan.

Kuih lapis labu....cantikkan berlapis2


Mummy buat 6 lapis je... yang tengah tu Mummy lapiskan dua potong kuih tu yang nampak tinggi

Behind the scene...

Mula2 kukus lapisan kuning.... sebelum tu lapislah loyang dengan plastik biar senang nak keluarkan kuih dari loyang. Kukus lapisan kuning dahulu dalam 5-6 minit. Lorek2kan sikit menggunakan garpu 


Tuang lapisan putih pulak, kukus 5-6 minit. Ulang hingga adunan habis. Lapisan terakhir kukus 20 minit.


Ok dah siap....

Saturday, February 25, 2012

Xtvt cam biasa

Biasalah xtvt Mummy bila hari minggu ni tak lain dari ke pasar masak dan kalau sempat gi manja2kan diri buat facial kat SPA.


Dengar ura2 orang gomen nak naik gaji lagi, barang2 dapor dah naik harga dulu, bandingkan harga hari ini dan harga Sabtu lepas.... ayam Rm5.40/kg (RM4.90), tenggiri isi RM25 (RM24), ikan parang RM21/kg (RM22), ,ikan kucing RM8/kg (RM9) , udang RM17/kg(RM20), sotong RM17.50 (RM16.50) ... lauk pauk banyak ni dan sayur 2-3 jenis dah RM150. Orang2 gomen yang nak naik gaji, orang2 kampung yang kerja sendiri dan kami pekerja2 swasta pun turut terasa. Ada yang akan kata  pekerja swasta naik gaji lagi banyak tak bising2 pun...memang betul mungkin ada kakitangan swasta yang ada kenaikan gaji tiap tahun tapi ada gak kakitangan swasta yang dah bertahun2 tak naik gaji dan tak ada bonus. Mummy turut bersimpati dengan orang2 yang kurang berkemampuan tetapi terpaksa juga menghadapi realiti ini.


Daddy outstation so bila Daddy tak ada Mummy masak sempoi2 jer. Anak2 senang je ada ayam or telor goreng dah cukup....hihih


Lepas lunch dan solat Zohor lepak2 kat sofa terus melayang....dan ...zzzzz. Wah sedapnya dapat tidur tengahari sesekali. Bangun2 tidur lapar la pulak. Nak makan apa ek??? 


Bangun tidur silat dan bertaici kejap dan ... siap untuk disauna. Ce ce teka apa yang tengah nak besauna ni?

 
Mummy buat lepat labu sikit. Dah seminggu lebih labu tu tersadai kat dapor. So sebelum busuk baik Mummy transform jadi sumber untuk menambahkan vitamin2 dalam badan. Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan. Hihihih cam tak caya je boleh mengawal nafsu makan. Makan lagi laju adalah....

Sementara nak tunggu solat maghrib Mummy sempat godek2 baki labu yang Mummy dah kukus untuk buat lepat. Mummy buat pulak kuih lapis labu. Bolehlah buat breakfast pagi esok. Masih hangat2 lagi kuih lapis labu ni, tak boleh nak potong lagi.

Friday, February 24, 2012

Rezeki Jumaat...

Lunch hari ni nasi tomato. Kat office Mummy ni selalunya Jumaat minggu ketiga atau minggu keempat memang lunch disediakan. Al-maklumlah masa tu kan masing2 tengah nyawa2 ikan, so boss belanja makan la. TQ boss...murah rezeki boss.

Nasi tomato berlaukkan ayam masak merah, kari daging, jelatah dan papedom.



Minum  petang pun makan nasi gak...hihih...sapa yang larat la


Antara jelitawan2 yang ada di office Mummy... yang pasti orang yang paling jelita tiada dalam gambar sebab dia yang jadi tukang ambik gambar


Senyum....


Betul2 jamuan selerak

Muka tuan tanah mestilah ada kan.... 8.26am masih di rumah. 8.35pm dah sampai opis...i likeee 

Thursday, February 23, 2012

Adam dan Hawa


Mummy ni bukan kaki tv so tengok tv pun sesekali je. Tengok tv sambil2 makan or sambil2 menyapu. Tak de la concentrate lepak bagus  depan tv je. Tapi bila dapat tau x-boyfriend Mummy ini akan muncul dalam drama 80 episod tak lama lagi rasa semangat berkobar2 la nak menengoknya...baru nak shooting. Rasanya dah nak hujung tahun baru ditayangkan kut... tak apa Mummy sanggup tunggu

Happy bday Aaron.... sorry ye I bagi u cake ciput jer....hihih (kalau ada yang nak muntah sila ke bilik air dulu yer...)


encem kan x-bofriend Mummy ni... bawak watak hero Adam Mukhriz dalam drama Adam & Hawa






Drama Adam dan hawa ni adaptasi dari novel Adam & Hawa karya Aisya Sofe. Ringkasa drama lebih kurang cam ni la...


AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...


Kita sama2 tunggu la ye drama Adam dan Hawa ni....

Monday, February 20, 2012

Parang oh parang

Weekdays tapi tetap dengan N3 makan2...hihihi...sorrylah Kiah ooi nak buat camana dah hobi Mummy ni kan masak2 dan makan2

Bekalan untuk lunch hari ni...

Telor masin lagi....

Lauk dan sayur 2-in-1. Ikan parang masak lemak pedas campur ngan terung. Nak lagi sedap patut letak nenas, tapi dah darurat nenas tak ada Mummy ganti je dengan terung. Masakan style ni mak Mummy selalu buat sekarang ni pun Mummy kerap masak style dulu.

Sekarang ni dalam mood rajin bawka bekal ke opis. Dah alang2 tiap pagi Mummy masak untuk anak2, baik Mummy bawak bekal sekali. Tengahari nanti tak payah nak susah2 keluar pegi lunch. Betul tak? Betul betul betul....

Monday bluessss!

Bukan Monday blues ye .. kebetulan je hari ni Mummy pakai baju biru. Hari yang penuh semangat untuk memulakan minggu baru.

Sunday, February 19, 2012

Saya suka makan, awak suka makan tak?

Assalammualaikum semua.... sorry la ya N3 pasal makan2 lagi. Dah lunch ke? Mummy baru nak lunch ni. 

Lunch anak beranak hari ini.. pecal, ikan jacket sumbat bakr, ayam goreng rempah dan sup ayam.

Pecal yang tak cukup aksesori. Tak ada pucuk ubi, kangkung dan timun. Tapikan tetap sedap dan meletopsssssssssssss dengan pedasnya...hihih

Ikan jacket sumbat bakar...

Ayam goreng rempah. Ikan sepotong tu lebihan semalam so Mummy panaskan semula. Tak baik membazir. Ayam tinggal banyak ni sebab dah diratah dulu oleh 3 hero da 1 heroin....

Sup ayam... fav Mummy, Dafiy dan Dania. Yang lain2 kureng sikit makan sup ni.


Baru lepas lunch dah terfikir2 petang ni nak buat apa untuk minum petang...hihih... tak pe la tunggu hari minggu je la baru agenda minum petang kalau tak malam nanti baru dapat makan sama2 anak beranak itu pun kalau Daddy tak balik lewat.

Saturday, February 18, 2012

Masak2 untuk family

N3 kedua Mummy untuk hari ni pun pasal makan2 gak la... kalau korang jenis yang allegic pada makanan atau kategori 'tak makan sangat' so sorry la yer...

Rezeki lunch kami anak beranak untuk hari ni.....


Ikan merah masak kari. Warna cam masak asam pedas pulak ek. Actually Mummyletak cili giling sikit nak bagi pedas sikit kari ni.


Udang goreng tepong. Yang ni memang favourite semua orang dalam rumah ni. Kalau Mummy suka makan cam tu je tapi Daddy dan anak2 suka cicak cicah ngan mayonis.


Sayur tauge campak2... bila ketandusan idea goreng je la sayur ni


Seekor ikan merah potong 7... kepala, ekor dan isi dua keping dah masak kari so lebihnya goreng je la.


Penambah selera...sambal belacan dan timun Jepun. Timun jenis ni lagi rangup daripada timun biasa yang kulit dia hijau cair sikit

Jangan pulak korang rasa jemu ngan blog Mummy ni ye... petang ni datang la tengok lagi, mana tau ada n3 pasal makan2 dan masak2 lagi...hehhee