Saturday, December 31, 2011

Ecah's Birthday

Hari ni Mummy gantung periuk. Lepas zohor jiran selorong Mummy buat kenduri tahlil dan doa selamat. Petang pulak anak sedara Mummy, si Iwan buat bday anak sulong dia (cucu saudara Mummy).

Mummy bertolak ke rumah Iwan  dalam pukul 3.30pm dan sampai kat Sri Gombak dalam pukul 4.30pm. Masa Mummy sampai tamu dah ramai dan Mama Miraki pun dah sampai.

Besar dah cucu nenek!

Kita makan dulu

Makan makan gak posing tak boleh tinggal

Besarnya mulut Daniel

Gambar syok sendiri


Gebang2 hal lelaki 


Apalah yg dibuat budak2 ni


Kak Mah pun datang gak


Mummy & Kak Mah dari Klang

Kau dan aku

Aku dan kau

Ni la tuan punya birthday... menangis sebab kaki calar balar lepas main kat playground

Princess cake..

Mummy & Kak  Noor

Tak dapat sembang panjang sebab kat surau ada program khatam quran dan hafazan 

Tuan rumah... Iwan & family


Cucu nenek yang bambam.. Ayna

Tak dapat  duduk gebang lama2, daddy dapat berita anak jiran Mummy yang dah seminggu terlantar dihospital, baru je meninggal dunia. Baby berusia setahun lebih...Baru je dua hari lepas Daddy pergi ziarah kat hospital. Takziah untuk jiran setaman Mummy, semoga tabah dengan ujian ini. Al-fatehah.

Y.E.S

Hasil terjahan ke butik Ariani tengahari semalam. Sales sepatutnya habis 29 Disember 2011, tup2 dapat SMS bagitau sales dilanjutkan hingga 2 Jan 2012. Orang gila beli beli intan belian dan bag Mummy setakat gila beli tudung je la...hihihi. Tudung2 tu semua untuk gi kerja di tahun 2012... tak kan hari2 nak pakai tudung sama, tudung kenalah sedondon dengan baju... kalau kerja ada uniform tak perlulah tudung banyak2.

p/s Kak Kay... tudung pink awak yang minggu lepas beli tu, masa sales ni tak sampai RM50 pun...

Wednesday, December 28, 2011

4D3N : Homestay Hj Omar (Part 12) ... Abis dah...

Candid dan tak berapa candid sana sini...


Cak...


Dating bawah pokok rambutan


Korang ni dah ala2 Mummy jarum  la...


Gedik2 3 beradik...


Duduk ala2 wanita melayu terakhir wajib ada....


Tiba2 ada asap putih berkepul2 dan tanpa disangka2 muncul seorang wanita cantik duduk di pokok kelapa....


Selepas itu muncul pula si gagah perkasa...kikikiki


LOVE yang tak menjadi... 


Tangga berbagai guna...


Suka sangat suasana cam ni... 


Kalau cuti seminggu kat kampung rasanya tak de sehelai daun pun bawah pokok rambutan ni...


2 kampung girls ... Dania & Alia


Yin tau dah kenapa Mummy suka gambar dengan dia...kikiki


Korang ingat kalau kat rumah sendiri nak ke anak2 ni tolong masak.... hampeh


Orang lain sibuk goreng ayam si Danish ni  sibuk layan iPad je


Kasi fokus sikit brother


Manusia tanpa kepala...


Bakar jangan tak bakar

Kepala berasap tu!!!


Kelapa2 yang menjadi mangsa ketajaman parang yang baru dibeli


Mummy tak tau la apa yang dia orang ni main. Teka nombor pas tu ada yang kena jentik la pulak. Sampai ada gak la yang menanggis2 sebab kena jentik kuat sangat.


Apa pandang2 ada hutang ke?


Siti naik kuda


Pokok ko jangan tumbang yer, Mummy bukan berat pun... tak sampai 1 tan lagi pun

Oklah uols ni n3 terakhir untuk percutian Mummy ke obersea kampung halaman sendiri. Mungkin bagi uols biasa2 je tapi bagi Mummy dapat berkumpul dengan sanak saudara di rumah pusaka peninggalan emah dan abah adalah sangat2 tidak ternilai harganya, orang kampung Mummy kata 'priceless moment'.... harap2 cuti raya cina nanti boleh balik kampung lagi.

4D3N : Homestay Hj Omar (Part 11)

Sudah Part 11... Perjalanan dari kampung agak membosankan. Biasalah bila lepas kumpul ramai2 ni cam rasa sedih je bila nak balik rumah sendiri. Rasa sunyi je. Anak2 masuk kereta je terus  zzzzz.

Sunset di Sg Muar

Mama Miraki calling2 ajak singgah ke rumah Mama Janet untuk solat Jumaat. Mummy ok je. Sebelum tu singgah ke Restoran Murtabak Spore... alahai lupa la nak call booking dulu, terpaksalah ambik  no menunggu. Tuan kedai kata paling cepat 30 minit...huhu. Mummy pegi ke rumah Mama Janet dulu dan tinggalkan Mama Miraki tunggu kat kedai.


Transit sekejap di Pt Bunga rumah Mama Janet untuk solat Maghrib


Masa kami sampai tuan rumah tengah solat.. tu nampak kat tingap!


Mood berposing dia baik


Mummy makan sikit je...mummy kan tak makan sangat.... hahhaha. Ayat 'tak makan sangat' adalah 3 perkataan yang Mummy dan suku-sakat Mummy paling menyampah dengar...


Sekeping RM10... habis licin....


Bujang kecik Mummy


Sempat layan FB dan games lagi


Kalau dah sembang2 cam ni tak tau la bila nak sambung perjalanan ke KL pulak


Cuba teka siapa saya?

Habus Buletin Utam kul 9am baru Mummy dan Mama Miraki bergerak ke sarang masing2. Mummy selamat sampai ke Bangi dalam pukul 10.30pm. Anak2 semua dah tertidur dalam kereta, masuk rumah masiang2 terus sambung tidur. Sampai tengah malam gak le Mummy mengemas barang2. Ole2 kat bawah ni semua mummy beli dari IKS Simpang Renggam. 


Belinja flakes... raya tahun depan boleh buat sendiri. Senang je... macam buat cornflakes madu cuma gantikan cornflakes dengan emping je... 


Dodol durian ni RM7 je...sedapppp


Kerepek pisang ni pun sedap sebab pisang dia dah nak masak so terasa manis2 sikit


Kuih kapit dan gulung...tak tau sedap ke tak sebab belum makan lagi 


Keropok kacang dal... yang ni anak2 suka


Maruku ni 3pkt/RM10... sangat2 sedap...rasa macam keropok lekor tapi versi rangup... Makan dalam kereta je dah habis.


Kuih derama a.k.a telinga keli*g


Kuih tart nenas debab ni sangat2 sedap.. pastri yang rapuh dengan jam nenas yang masam2 manis memang makan sebiji tak kan cukup...highly recommended..

Panjang betul n3 kali ni kan... tak pe janji suku sakat Mummy suka.... rasa2 cam ada sambungan lagi ni....kikiki