Sunday, October 30, 2011

Tak de kaitan langsung dengan Halloween!

Hari labu sedunia.... bukan nak celebrate halloween ye tapi Mummy ni kan sekarang jadi peminat labu so hari ni dari sebiji labu Mummy dah transform jadi tiga menu yang berbeza. Untuk makan tengahari Mummy buat masak lemak cili api labu + pucuk ubi + udang. Untuk dessert Mummy buat puding labu gula melaka dan untuk minum petang ni Mummy buat lepat pulak... lepas ni boleh layan cerita Labu Labi pulak....hihihih

Menu dari sebiji labu

Puding labu gula melaka... Mummy keluarkan puding ni sebelum dia betul2 sejuk dan keras tu yang hilang sikit corak berliku2 dia...hihihi... tak sabar punye pasal le.... 

Lepat versi tak berapa rajin... malas nak buat inti so Mummy letak je kelapa parut

Masak lemak cili api... apasal jadi pucat ye...

Pelajaran untuk hari ni ye anak2... corak pinggan kat atas tu nama dia bunga ros hitam. Pinggan zaman dulu2 tok nenek kita. Kalau kat kg uols ada pinggan2 lama ni jgn buang tau... klu x nak bak sini mummy tolong simpankan hihihi

Thursday, October 27, 2011

Bila si "M' datang bertandang

2-3 hari ni virus2 cinta 'M' melanda Mummy, rasa tak de mood langsung nak makan masak. Sebab utama stock lauk pauk dalam peti sejuk yang dah kontang, nak beli bahan2 basah time balik kerja rasa malas la pulak sebab sekarang ni time petang balik dari opis sure hujan lebat punye. 

Balik dari kerja tadi plan nak ke pasar malam, tpai hujan la pulak. So balik rumah dulu,  bila hujan teduh Mummy keluar semula pegi kedai beli lauk dan singgah ke pasar malam sat.

Menu Mummy malam ni ala2 siam mari la.... Daniel makan nasi ayam + ayam masak merah dan daging kurma ice blended, Danish nasi ayam ngan ayam goreng.

Ikan siakap sweet sour... ikan cinonet ni pun dah RM30...  kalau boleh beli kuah je cam YB Bukit Mutiara tu jimat sikit... kat rumah goreng je ikan pas tu curah kuah yang beli...hihihi


Kerabu manggan yang sangat2 sedap.... licin


Tomyam campur ... ada ler 2 ekor udang, 3 potong janggut udang dan ayam beberapa hiris.... sib baik sedapppp... ni pun licin


Kerang sambal.... ni untuk Daddy la


Telor dadar goreng je la sendiri... tak kan nak beli bungkus gak...hihih


Wednesday, October 26, 2011

Tolong hebahkan, kereta kena curi!


Kereta kakak Mummy, Datin S telah dicuri petang semalam lebih kurang jam 6 petang sewaktu hujan lebat di kawasan rumah kedai Prima Sri Gombak. KERETA WAJA SILVER, SPORT RIM COKLAT, EKZOS DOUBLE, LAMPU BLAKANG BULAT DAN NO DAFTAR WKE 482 (tapi mngkin dah tukar), Sesiapa yang ternampak kereta berkenaan sila hubungi  Emi Tom (013-3867540) atau 03-6189 7487 


Tuesday, October 25, 2011

Selamat tinggal!!!

Ramai yang taukan Mummy dah pindah opis. Bukan berhenti kerja dan kerja kat tempat lain, tapi opis Mummy berpindah ke lokasi lain. Agak dekat dengan rumah Mummy gak la, dalam 5 minit drive...

Pagi tadi Mummy terus ke office baru dulu, lepas tu baru ke office lama sebab operasi mengemas dan membersih. Kita masuk sewa office bersih masa nak keluar kenalah bersih gak, betul tak.

Bilik dan kerusi yang sekian lama Mummy duduki.... going to miss this small room....



Tinggal kenangan


Sebahagian opismate yang dikerah tenaga untuk operasi kemas dan angkut...

Sunday, October 23, 2011

I likeeeeeeeeeee

Banyak2 kek ada dua jenis kek je yang Mummy suka makan, kek chocolat berani mati dan kek pelangi petang. Malam sabtu lepas Mummy buat dua2 kek, buat ole2 balik kampung daddy. Mummy tinggalkan sikit kek pelangi kat rumah.

Sepotong kek dan secawan teh-o kurang manis hidangan minum petang tadi. Cantik tak corak kek pelangi petang Mummy ni? Pinggan dan cawan yang Mummy gunkan pun cantik kan? hehehhehe......

Ada adunan lebih so Mummy bubuh dalam paper cup....

Kek ni sangat2 gebussssssss

Kali ni kek pelangi Mummy ni Mummy letak orange essence dan sunquick sikit so kira jadi  kek butter perasa oren la...

Friday, October 21, 2011

Mood memasak 'menyejuk'... sesejuk cuaca hujan sekarang ni.... lepas maghrib hujan2 Mummy bawak anak2 dinner kat luar. Daddy & Dafiy tinggal kat rumah. Makan kat Restoran Asam Pedas kat area shoplot depan rumah Mummy je.

Mummy & Daniel makan mee bandung. Hujan2 maka mee bandung panas2 memang sanga2 menyelerakan.... mee bandung pulak memenuhi piawaian selere Mummy.

Nasi goreng asam pedas...ni si Danish punya

Bubur nasi untuk Dania 

Ice blended perasa kiwi

Apple juice



Mummy minum air kalamansi....nyamannnnnnn walaupun dalam cuaca sejuk2

Bukan lupa tapi tak ingat!

Apa bezanya lupa ngan tak ingat ye? Bukan sama je ke.... ni hah Mummy nak cerita, pagi ni Mummy tertinggal notebook kat rumah. Masa on d way ke opis time jalan sesak (sebab ada accident) baru le terperasan beg notebook Mummy tak de pun dalam kereta... Rasanya tadi masa nak keluar Mummy dah dokong beg tu, pas tu ambik beg anak2 untuk hantar ke transit, capai handbeg dan ambik beg bekal. Tak tau le bila masa Mummy letak semula beg notebook tu kat sofa...


Nak balik semula malas sebab dah terlepas u-turn, so calling2 la Daddy... dia keluar lewat sikit pagi ni sebab nak terus gi meeting kat Putrajaya, so Mummy paksa dia hantar dulu notebook ke opis Mummy.... ni tengah tunggu dia hantar notebook la.... sekarang ni Mummy guna notebook extra kat opis ni, tapi Mummy tak suka sebab document2 dna files semua dalam notebook dan external hardisk dna external hardisk pun ada dalam beg notebook juga... camana nak buat kerja....hihihi 

Wednesday, October 19, 2011

Bila anak periksa!

Assalammualaikum...

Sekarang ni exam week untuk anak2. Sejak hari Isnin Daniel dan Danish final exam untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Sejak 2-3 minggu lepas memang kena monitor dia orang buat final revision la. Walaupun dia orang baru darjah 2-3 tapi kena monitor juga pelajaran dia orang. Kalau tak leka layan FB dan angry bird je la... Mummy doakan anak2 Mummy dan semua anak2 yang tengah exam diterangkan hati dan dapat menjawab soalan dengan mudah.

Hari ni subject Pendidikan Seni dan Matematik Paper 1. Subject matematik boleh la Mummy daddy tolong ajar dia orang buat revision tapi subject Pendidikan Seni ni hehhehe... Untuk pendidikan seni ni dia orang dah dapat awal senarai lukisan apa yang boleh dibuat. Untuk Daniel dia pilih nak buat model guna plastesin. Si Danish pulak pilih nak buat cop2 guna kentang. Bila nak buat cop2 guna kentang ni sure la kerja Mummy.

Comel tak Mummy buat bentuk2 kat atas tu....

Xtxt sebelum Mummy pegi kerja pagi tadi. Tangan Mummy ni mana le ada seni langsung, so jalan paling mudah bentuk2 ni Mummy guna acuan biskut je. Tekan kat permukaan kentang tu dan potong ikut tepi acuan.... siap!

Tuesday, October 18, 2011

Jom balik kampung!

Perjalanan jauh tak ku rasa
kerna hatiku melonjak sama
ingin berjumpa sanak saudara
yang selalu bermain di mata...



Ada berani ka kalau nak balik kampung terpaksa berkorban nyawa cam orang2 kat Paksitan or India ni?

Saturday, October 15, 2011

Makan yang kering2 je...

Assalammualikum... 

Baru bangun tidur... dapat la lelapkan mata dalam setengahjam, tu pun sebab nak tidurkan Dafiy tadi. Bangun2 tidur ni rasa sakit kepala la pulak. Terkejut kut sebab dah lama tak tidur siang. 

La ni tengah hujan dan guruh berdentum2 kat rumah Mummy ni. Rasa nak bancuh air panas la biarhilang sakit kepala ni. Uols layan la menu Mummy lunch tadi ni ye.

Asam pedas iakn parang + bendi.

Ayam masak kicap pekat dan likat, selalu buat masak kicap yang cair hari ni teringin pulak makan ayam masak kicap yang cam emak buat dulu2... dengan pedas lada putihnye, makan dengan nasi panas2 memang sedap....

Friday, October 14, 2011

Apa nak dikata, cempedak tak jadi nangka!

Ya ke cempedak boleh jadi nangka? Kalau cempedak kahwin tut ngan nangka tu dah jadi "cempeka"....heheh tapi yang pastikan cempedak tu boleh ditransform jadi muffin tau.... hiihih


Dapat 3 biji nangka dari kampung rasa jemu je la pulak makan cam tu dan goreng. So buah yang terakhir tu, balik dari opis petang tadi mummy operate dan terus godek2 tepung telor, butter so jadilah muffin.


Sebiji cempedak comel, dapat 15 ulas isi

Tunggu nak dibakar je

Dah siap pun

Close-up sikit...

Apa nak kata
cempedak tak jadi nangka
cuma jadi muffin ya
jomlah kita makan je!

Ada yang tanya apa rasa muffin ni? Rasa apa lagi rasa cempedak la...hi. Mummy guna resepi untuk buat buttercake cuma ubah suai sikit tambahkan cempedak yang diblend dan juga yang digunting halus.











Apa dah jadi?

Sibuk ops kemas! Nak pindah ke opis baru next week. Mummy ni memang allergy sikit dengan habuk, bila start mengemas mulalah hidung dan mata gatal2. Tak lama lepas tu sure selsema. So sebagai langkah berjaga2 pakai le mask ni... Jom sama nak tolong Mummy kemas file2 Mummy yang menimbun ni...

Thursday, October 13, 2011

Bawak bekal? Cam budak sekolah je...

Hi dah lunch ke? Nak makan pun pening nak memikir kan. Kalau kat opis ni kul 12.30pm je masing2 dah tertanya2, nak makan apa? Makan kat mana? Heieiie




So tengahari ni Mummy tak perlu pening2 kepala fikirkan semua tu sebab Mummy bawak bekal nasi dari rumah. Alah lauk2 sempoi je, dah terlanjur masak untuk anak2 Mummy tapau le sikit ke opis. Nasi putih ngan tenggiri masak lemak cili api, telor mata dan kicap. Eekkkkk alhamdulillah.... dengan rezeki untuk tengahari ni.

Breakfast untuk orang batuk

Ni la breakfast har ni untuk orang yang dah seminggu lebih batuk dan sakit tekak, roti kelapa, buah mangga potong, strepsil , kuaci untuk kunyah2 dan yang paling best ice cream trophy....ice choc dengan badam dan coated ngan milkchoc... hihihi.... nyamannnnnnnn je masa makan, lepas tu batuk tak berhenti2 ... sib baik tak sampai terkucil....heheh

Wednesday, October 12, 2011

Dah Asar la bah!



Layan FB sambil makan cempedak goreng yang sangat2 manis hasil tanaman arwah abah...

Cerita pasal cempedak ni teringat pasa arwah Abah, masa abah tanam pokok buah2an kat keliling rumah, kita orang selalu cakap...  "Tak yah tanam lah bah, dah Asar ... nanti abah tak sempat rasa pun!". Emak yang dengar pun senyum je...hihih. Abah cakap , "kalau abah tak dapat rasa ye tak apa janji anak cucunya dapat makan, kalau abah dah tak ada boleh juga balik kampung tengok pokok2 buahnya."

Dan cakap abah memang ada betulnya , Abah cuma merasa seulas dua je cempedak ni, sebab masa cempedak ni pertama kali berbuah dan masak abah dah sakit duduk kat hospital. Anak cucu abah yang puas makan. Al-fatehah untuk emak dan abah. Pagi2 nirasa syahdu la pulak.

Pokok cempedak yang tak jemu mengeluarkan hasil... gambar ni Mummy ambik masa raya

  
Isi  comel2 tapi rasa sangat2 manis


TQ la pada Kak Kay yang datang opis Mummy hantar buah cempedak untuk  ni petang semalam. Dan TQ gakkepada Kak Mah yang hantarbuah2cempedak ni dari kampung ke rumah Kak Kay. Kiranya cempedak peninggalan abah ni dapat dirasa semua kami adik beradik.Abg Mummy si Yin Wong Kulai pun balik kampung gak so dia jadi distributor untuk zon selatan, dia hantar cempedak tu ke rumah Kak Long dan Som.... so uols berangin la masing2 ye lepas ni... hehhe

Tuesday, October 11, 2011

Terkenang semasa dulu...

Terkenang semasa dulu
hatiku merasa rindu 
mungkinkah dapat bertemu
padamu ....



Assalammualaikum.... apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah. Kalau tak sihat pun alhamdulillah juga, ujiankecil dariNya. Mummy ni batuk2,sakit dan gatal tekak yang sangat2. Bukan Mummy sorang je kat opsi ni pun ada 2-3 ornag yang terbatuk2 gak.

Oklah ni nak cerita pasal gambar kat atas tu? Tau ke apa benda tu? Kalau tak tau melampau le... tu jagung yang digaul dengan kelapa dan sedikit garam or gula. Pernah makan ke tak? Rugi weiiii sedap ni. Masa Mummy kecik2 zaman jahiliah dulu kan (nampak cam lama sangat je...), jagung kelapa ni menu wajib bila time banjir. Dulu2 memang kerap banjir kat kampung Mummy ni. Dan masa tu mana ada jagung dalam tin or jagung manis cam sekarang ni. So kalau nak buat jagung kelapa ni abah akan rendam semalaman jagung ayam diulang ye jagung ayam atau jagung yang nak bagi ayam makan tu.... tujuan dia biar jagung tu cepat empok la...  daif kan Mummy zaman kecik2 dulu... makanan pun sama taraf dengan ayamje.... huhuh.

Jagung yang dah direbus tu akan digaul ngan kelapa dan letak sikit garam dan gula. Sedappppppp..... dah itu je yang ada masa tu memang le sedap kan...

Excuse me...


Batuk, sakit dan gatal tekak. Itu yang Mummy rasakan sekarang. Rasa camp letih sebab batuk, bila batuk perut pun rasa senak. Lepas anak2 nak elok sikit dari demam turn Mummy pulak yang cam nak demam pulak ni. Hingus pun dah start meleleh je. Mummy rasa memang tengah musim kut sekarang ni orang demam dan batuk, kat opis Mummy pun ramai yang demam dan batuk, kira sam bersahut-sahutan je la kalau time batuk kat opis ni...

Monday, October 10, 2011

Kerja separuh hati...

Badan ada di opis tapi fikrian asyik terbang teringatkan Dafiy yang belum betul2 sihat lagi. Walua pun demam dia dah beransur hilang tapi nampak dia tak betul2 ceria lagi. Mata dia layu je... hari ni dia nak pegi sekolah, itu pun mungkin sebab Daddy lepas belikan di beg ben-10 dan sebelum tu Mummy belikan color dan pencil Ben-10 gak... 


Baru je lepas call taska, pengasuh kata Dafiy dah tidur. Mummy rasa mesti dia rasa tak sedap badan lagi tu kalau tak sure dia belum tidur lagi. Mummy doakan Dafiy cepat sembuh dan ceria  cam biasa ye.


Happy happy face Dafiy... tetiba rasa rindu  pulak la kat budah ni  walau baru tinggalkan dia dalam 6-7 jam... hari ni kul 5pm Mummy nak chan chin chow....

Sunday, October 9, 2011

D'7 Ladies Nite

Malam tadi Mummy pegi mesyuarat agong PIBG mesyuarat tingkap dengan jiran tetangga. Kali ni mesyuarat kat rumah Kak Gayah. Hehehe... ala bukan mesyuarat apa pun sebenarnya kita orang buat potluck small gatherin sesaja untuk kenal2 dengan jiran tetangga kat area perumahan ni. Walaupuan dah hampir dua tahun duduk kat D7 ni tapi ranai gak jiran tetangga yang Mummy sendiri tak kenal lagi. Majlis kali ni pada awalnya hanya untuk kaum wanita D7 je tapi in the end terpaksa melibatkan kaum bapa gak untuk tolong perabihkan makanan, so dah tak jadi 'D7 Ladies Nite' le...


Siapa punya tulisan la... buruk benor kan... ni tangan masa kecik tak berbedung kut.... hihih

Walau pun program ni  untuk semua kaum ibu D7 tapi kehadiran tetap lorong Mummy la yang ramainya. Tak apa tak kaum ibu 7/2E memang bab2 bersosial ni rajin dan aktif...eheh


Susun jangan tak susun


Lepak2 dulu sementara tunggu gang bas sekolah yang lain sampai


Boleh caya ke Cikgu Ina ambik gambar ni.... ke baru nak belajar guna camera canggih tu....heheheh


Apalah yang dibelek Cikgu Ina ni???

Tumpang posing kat rumah orang...

Cap ibu dan anak...

Bila ada aca cam ni sebenarnya anak2 yang paling suka...

Sikitnya Danny makan...

Antara muka tetap setiap xtvt D7

3 mak dara pingitan.... mesti ada punyeee

Apa la yang digelakkan dia orang ni

Makan daddy... 

Last sekali jom layan apa menu yang yang ada... macam2.... ada mee rebus, laksam, ikan pais, roti jala, kek perbagai, buah yang berbagai kuih muih dan banyak lagi la. Sorang bawak sikit bila dah susun2 sampai tak cukup  meja jadinya....

Mee rebus mablessss hasil tangan Kak Zee


Roti jala dan kari daging Kak Gayah

Pais ikan talapia.. terbaekkkkkkkkkkkk dari Restoran Asam Pedas .... fresh from daporrr.... masig berwap lagi masa sampai

Puff durian dan sponge roll

Kek dari resepi rahsia dan donut dari Dunkin Donuts


Karipap dan kuih talam

Agar2 marble dan roti yang cantik dan sedap... sejuk je lalu kat anak tekak


Masam2 manis....



Pilih je nak  yang mana

Mummy malas nak masak  yang berat2 so buat je cheese tart ni...


dan choc cuppies ni

Almost kul 12 gak le baru kita orang balik ke sarang masing2... harap2 lain kali lebih ramai lagi jiran tetangga dapt hadir.