Friday, September 30, 2011

Jom baking2

My baking mood naik memuncak bila nampak gambar FB  Kak Kay dan anak daranya minum petang  makak  kek kat Resepi Rahsia, rasa cam sekarang gak nak main uli2 tepong buat cho cake yang dibatut dengan choc ganache yang tebal.... slurpppp... nyum nyum.... sedapnya....




Nyum nyum nyum ... tq pakcik google...

Berlalu sudah....



Berlalulah sudah Ramadhan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira...


hihihi... sekarang ni bukan Ramadhan yang dah berlalu tapi Syawal pun dah berlalu kan... semoga dipanjangkan umur dan berpeluang untuk menyambut Ramadhan dan Syawal ditahun akan datang.


Walaupun Syawal dah habis hari ni kat kelas agama si Danish baru nak buat jamuan raya. So pagi tadi Mummy buatkan spagetti untuk dia bawak ke sekolah, so anak2 hari ni breakfast dan lunch dengan spagetti je la, malas la pulak Mummy nak masak nasi lagi.


Best esok dan Ahad cuti.... xtvt cam biasa la cuma tambah satu lagi je, nak tambah pelaburan kat Tesco or K4.... Petang Ahad Daddy off to Singapore sampai hari Rabu... huhuhu... so tingaal Mummy nak handle budak2 ni bukan bersilat je kut tapi taici, tae-kwan-do semua masuk....hihi

Thursday, September 29, 2011

Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari...

N3 tanpa gambar....


Tiap pagi masa Mummy hantar beg baju ke taska Dania & Dafiy, Mummy selalu berselisih dengan seorang bapa muda menaiki motor sambil sebelah tangannya memegang baby berusia di bawah 6 bulan. (Mumyy agak2 je usia baby tu sebab nampak kecik je),  beg baby pulak dislingkan dibahu. Mesti dia nakhantar baby ni ke rumah baby sitter. Mummy selalu terfikir camana kalau tetiba2 ada halangan dijalan cam kucing melintas ka apa dan tetiba bapa tu break mengejut, Mummy takut je baby tu tercampak ke jalan... nauzubillah. Mungkin untuk keselamatan baby tu dia boleh gunakan sling bag untuk dokong baby, jadi dia boleh bawak motoor tu dengan kedua2 tangan... memang la benda kalau nak jadi akan jadi tapi at least kita dah ambik langkah berjaga2....

Wednesday, September 28, 2011

Project hari cuti...

Assalammualaikum semua.... Uols taukan semalam Mummy ambik EL sebab dafiy tak sihat lagi dari demam, semalam daddy dah cuti so hari ni turn Mummy la. So disebabkan Dafiy jenis tak merenggek walaupun demam so sempat le Mummy buat cheese tart ni. Kalau hari ni baru nak buat tart shell dan hari ni gak nak mendeko2 rasanya cam malas gak tapi sebab tart shell memang dah ada tu yang on je project, lagi pun Mummy dah beli 3 ketul cream cheese, simpan lama2 pun bukan boleh.

Sebenarnya kan Mummy ni dulu tak suka sangat cream cheese ni ... tapi sekarang ni cheese tart Mummy dah boleh layan

Pilihlah yang mana satu idaman kalbu...


Strwberry cheese tart ... nak lukis strawberry jadi 2 biji ceri... tibai je la labu


Orange cheesetart ... corak bunga kembang setangkai tak tau le bunga apa rupa cam ni, tulip tidak rose pun tak 


Bluberry cheese tart design biasa2 je sebab dah penat

behind the scene... khas untuk orang yang rasa2 nak buat la... kut malas tu order je la kat Mummy murah2 je....hehehe... iklan lagiiii

Pipikan filling dalam tart shell yang dah siap.Pas tu cover ngan cream cheese yang dah dipukul gebuzzzzzzzzzzz

Pas tu buat le corak utk deko cheese tart tu. Kalau nak buat corak buah ceri ni... mula2 buat dua bulatan warna merah or apa2 warna uols suka, kemudaian buat garisan hijau di belah atas, kemudaian guna lidi pencungkil, dari warna hijau tu tarik arah bawah ke kiri dan kanan... ada paham ka adik manis?


Nak buat corak bunga ni senang je, lebih kurang nak buat buah ceri cam kat atas tu cuma kali ni buatkan corak bulat dibelah atas (untuk bunga) dan gariskan warna hijau di sebelah bawah. Dari hujung warna kunig tu tarik lidi perlahan2 hingga melepasi garis warna hijau... ha kan dah jadi bunga kembang setaman ni...


Yang ini corak berbagai ikut lenggok tangan je

Kena simpan dalam bekas kedap udara ye... kalau simpan dalam peti sejuk boleh tahan 3-4 hari kalau biar je kat luar boleh tahan hingga 10 jam ... agak2 rezeki siapalah cheesetart dalam bekas kat atas tu ye? Adindaku Mama Miraki dan anak saudaraku Ayien Azreen sangat2 suka cheesetart ni tapi maaf lah yer anda berada di luar kawasan penghantaran.... hahahahah

Kalau ada yang teringin nak rasa cheese tart ni boleh order di sini.

Tuesday, September 27, 2011

Lunch hari ni

Hari ni cuti so boleh le masak2 lunch untuk anak2... menu untuk hari ni yang senang2 je....


Rezeki untuk tengahari ni labu + pucuk ubi + udang masak lemak cili api, sup ayam, sambal goreng tauhu tempe dan ayam goreng

Saya ada di rumah...

Hari ni Mummy cuti, semalam daddy dah cuti jaga anak2 demam, dah dua2 kerja kenalah take turn. Dania dah ok demam tingal selsema dia je, hari ni dia nak ke sekolah tapi si Dafiy pulak demam.


Cuti2 pun cam banyak benda je Mummy nak buat, sat lagi nak gi kedai gi beli lauk pauk, stock sayur2 semua dah habis, pas tu nak masak special untuk anak2 la, hari2 kerja Mummynya masak cincai2 je... kesian dia orang... pas tu rasa nak buat cistat sebelu 3 ketul cream cheese Mummy expired, teringin pulak makan choc cake yang ganache topping dia tu tebal2... sedapppp nye...


Lately ni hujan tak kira waktu, pokok2 bunga kat mini garden Mummy ni subur menghijau je... Nama je pokok bunga tapi tak de pun yang jenis berbunga...heheheh.... daun hijau je la...


Tu perancangan je la... terlaksana ke idak tak tau le... tapi setidak2nya tak de la perancangan Mummy nak zzzzzzzzzzzzzzzzzz sepanang hari sebab cuti....hehehe


Oklah chalo dulu nak sidai kain dulu pas tu nak gi kedai sat...tak berapa rajin nak terjah Pasar Kajang tu so terjah kedai biasa je la...

Monday, September 26, 2011

Projek recycle

Raya dah nak habis lagi 2-3 hari. Camandengan biskut2 raya kat rumah? Hah ada yang tak bukak lagi...ish ish ish... banyak bebenor kut uols buat biskut tunjuk2 tu...hihi. Mummy dah bawak ke dapaor dah balan2 kuih raya, dah tak letak kat meja sofa lagi dah. Banyak gak yang dah bawak gi opis.

Dalam banyak2 kuih raya tu, ada kuih favourite Mummy, dodol dah keras la pulak. Walaupun dah keras tapi dia tak berkulat atau bau hapak (confirm diletak bahan pengawet ni...heheheh). Dodol ni kalau dah keras Mummy dan anak2 tak suka sangat, so apa  kata kita makeover dia jadi dodol baru. Rasaya ada ke yang nak buat cam apa Mummy buat ni ye? Baik je gi beli dodol yang baru je kan... hihih. Tak baik tau membazir namanya tu...oklah apap2 pun jom layannnnnnn

Panaskan santan dan campak daun pandan bagi wangi. Mummy guna santan kotak harmoni je.

Dodol yang dah keras tu potong kecil2... lagi kecil lagi bagus tak de la lama sangat nak tunggu dodol tu cair.

Agak2 dah pecah santan tu masukkan le dodol yang dah dipotong kecil2 tu. Kacau le sampai dodol tu cair

Dodol keras dah mula cair....dekat sejam gak le nak menunggu dodol ni cair

Bila dodol keras tu dah cair kacau le lagi hingga dodol nipekat semula. Mesti uols dah lama tak nampak buih meletop2 atas kuali masa kacau dodol ni....

Oklah dah pekat dan likat kira boleh angkat je la.... penat dah tangan Mummy mengacau dodol ni

So kalau ada sesiapa yang teringin makan dodol yang lembik2 cam abah buat dulu, mai la datang ke rumah Mummy... bestkan dulu2 makan dodol lembik ni atas daun pisang...

Sorry le gambar yang awal2 tu blur sikit sebab ambik gambar guna HP cikai Mummy je, masa tu camera tengah charge bateri.

Masalah bila tak de bibik...

Masalah utama bila tak ada bibik cuma masa anak2 demam or tak sihat. Terpaksalah Mummy & Daddy berganti2 ambik cuti. Hari ni Daddy cuti jaga Dania yang demam sejak semalam. Dafiy pun semalam badan dia dedar2 gak tapi alhamdulillah pagi ni dah sejuk. Kalau esok Dania demam lagi Mummy kenalah cuti pulak atau Mummy bawak dia ke office je. Nasib baik le office Mummy ni tak kisah sangat, so ibu2 yang tak ada maid ni bila anak2 demam memang selalu bawak anak ke opis...


My loyal bibik.... almost 7 years kerja dengan Mummy. Dua malam sudah bibik telefon,  dia kata rindu sangat kat Dania hari2 tengok gambar Dania. Agaknya Dania demam sebab ridnu kat dia juga kut... hihihi

My 2 maids Dila & Elol yang cuma sanggup kerja selama seminggu je, alasan berhenti ... nak balik kampung rindu kat emak... Lupa Mummy nak buat n3 pasal bibik segera Mummy ni, dapat cepat berhenti pun cepat....

Friday, September 23, 2011

Dia datang lagi....


Yeeeeeeehhhhaaaaaaaaaaaaaaaaa.... hari ni dah hari Jumaat... esok lusa cutiiiiiiii.... Sukanya Mummy ni bila weekend mengalahkan orang nk pegi cuti2 Malaysia je... hahaha. Mummy tak sabar cuti esok ngan lusa sebab tak sabar nak buat kerja2 rumah dengan lebih sempurna....

Sekarang ni tak ada bibik so tingkat atas tu memang Mummy sapu seminggu dua kali je. Kalau tingkat bawah tu still sehari 4-5 kali Mummy sapu. Tingkat bawah je yang kena mop hari2, tu pun sebab tak larat nampak bekas susu tumpah la air tumpah la... heheh

Tak pe la penat2 operasi rumah dan cuci kain baju tengahari tak payah masak... hihih. Gantung periuk lagi le nampaknya minggu ni... jemputan ke rumah terbuka diminggu terakhir Syawal ni datang mencurah2.... al-maklum lah Mummy ni kan orang fofular, mestilah ramai orang datang jemput ke rumah....hahhaha.....rasa cam nak muntah je kan....hihihi

Actually malam ni pun dah start gantung periuk belanga sebab jiran selorong Mummy si Datin Afidah tu buat open house lepas maghrib. Memang bergebang le Mummy dan jiran tetangga ahli mesyuarat tingkap sampai tengah malam jawabnye... hihih

Hari Sabtu jiran setaman dan rumah emak saudara Daddy kat pocong Puchong pulak buat open house. Jiran Mummy buat lepas Zohor hingga maghrib dan mak saudara Daddy pulak buat lepas Isya sempai tengah malam....

Hari Ahad pulak my BFF punye open house, Achik @ Shila ahli gang bas sekolah Three Stoogers masa kat U dulu buat open house, dan boss Daddy pun buat open house, lokasi rumah sejalan so boleh le pegi dua2. Actually gang bas sekolah  masa kat SMDS pun nak buat ala2 re-union kat rumah salah sorang classmate Mummy ni gak, tak tau la Mummy sempat pergi ke tak.....

Raya pun dah nak habiskan so dengan rasminya Mummy nak buat pengumuman yang tahun ni memang Mummy tak buat open house ye. Biskut2 raya pun Mummy dah bawak gi opis bagi opismate makan. Untuk saudara-mara dan suku-sakat Mummy di zon tengah ni, nantilah lepas2 raya Mummy buat hi-tea dan BBQ untuk kita2 semua... bagi le cadangan tarikh2 yang sesuai ye....




Thursday, September 22, 2011

Nak pindah!

Semalam baca dalam blog teman blogger Mat Som tentang cadangan dia nak berpindah tempat mengajar, hari ni Mummy nak cerita pasal Mummy nak pindah pulak.... pindah ke mana? Mummy beli rumah baru lagi ke? 


Gambar sekadar hiasan tiada kaitan dengan n3 ni ye...

Hohoho... ini bukan cerit apindah rumah lah tapi pindah opis. Sekarang ni kan opis kat area berdekatan dengan MINES, 1/10/2011 akan datang office Mummy akan berpindah ke Seksyen 8 BBBangi. So sekarang ni Mummy kena start operasi kemaskan barang2 personal dan juga file2 HR dan Finance. Malasnya nak buka cabinet2 dan pack file2 lama.... huhuhu... dah le Mummy ni alegic sikit kat habuk... start la selsema dan kulit gatal2.


Korang jangan le jeles ye sebab lokasi baru opis ni dari rumah Mummy cuma 5 minit je kalau drive ala2 ambik angin petang... kalau merempit mungkin dalam 3 minit je kut... itu kalau tak jam kat round about le klu jam... hihihi... sendiri fikir la...


Baru sikit je yang dah masuk kotak... 

Monday, September 19, 2011

Tsunami melanda Parit Sulong

Kelmarin tsunami melanda kampung Mummy mengakibatkan bahagian dapor rumah pusaka Mummy ni ranap sama sekali. Korang ada tengok berita ke tidak? Nasib baik tiada sesiapa yang terkorban atau tercedera.

Bahagian dapor ranap sama sekali, dinding dan bumbung semua berterbangan

Agak menghairankan kerana sebahagian besar dapor ranap tapi 'bilik kecil' terselamat... kelihatan pemilik rumah sedang memeriksa keadaan di dalam bilik kecil bagi memastikan tiada mangsa terperangkap

Nasib baik semasa kejadian tiada sesiapa yang sedang melepaskan 'hajat' di bilik kecil ini...

Zink bumbung yang berterbangan

Dua almari antik ini terselamat... dan mungkin akan dilelong kepada peminat2 antik... sesiapa berminat sila bid harga

Kaca berwarna yang sudah berkecai ini pun mungkin akan dilelong kepada peminat2 antik juga kerana dijangkakan lagi 10-15 tahun nilai dipasaran akan mencecah RM500 sekeping...

Sekian berita terkini palsu. Saya Mummy Gee melaporkan dari TV 3 Suku... hihihi. Sorry la yer saja nak lepas tension ni... tak de nye tsunami ke apa tapi ni tsunami yang dilakukan oleh manusia sendiri. Ni semua permulaan kerja2 renovation dapor kat rumah pusaka kami. Bahagian dapor tu dah diruntuhkan dan akan dibangunkan semula dengan keluasan 30 x 30 ... hujung tahun ni insyallah siap...

p/s Gambar2 adalah hasil cilok dari FB Mama Janet ...heheh

Open house tak habis lagi...

Cam dalam n3 Mummy sebelum ni, long weekend ni memang MUmmy gantung periuk kan... heheh... Jumaat ada 3 open house rumah jiran selorong, Sabtu open house rumah kakak Mummy dan ahad open house lagi rumah jiran selorong... nak kata gantung periuk sangat tu tak de la, hari jumaat tu Mummy masak2 gak sikit sebab kawan Mummy datang rumah...

Hari Sabtu tu seawal pukul 11am Mummy dah keluar rumah pergi ke Sri Gombak. Mummy dah  agak kalau kelupar lepas pukul 12 mesti akan sangkut di MRR2 or mana2 jalan kat KL ni..

Cantik kan bunga kertas kat jalanmasuk rumah Datin S ... lebat berbunga


Ingatkan Mummy orang pertama rupanya dah ada orang datang lagi awal dari Mummy....

Anak menantu Datin S semua sibuk kat dapor


Ini memang dah sign contract seumur hidup rasanya... Eira pakar siat menyiat ayam untuk soto


Orang kuat di balik majlis openhouse ni... Ayien & Hubby... dari pagi menjala dan mengentel bergedel... pas tu xtvt potong memotong pulak


Sabab kak, tak kan kena siapkan aksesori laksa sampai nak kerat leher tu....

Ajk bahagian duit raya dan goodies bag...

Disebabkab gang 'bas sekolah' tak smpai lagi anak2 Mummy main sesama dia orang je la dulu

Echa & Amir main ting-ting


Sebelum ramai orang jom kita posing2 dulu....

Kesian anak bujang mummy ni... demam


Perut Mummy dah besar kenapa baby Mummy tak keluar2...hihih... tu la comment Dania tiap kali dia pegang baby

Jom kita tengok apa menu yang ada...

Nasi briyani dan aksesori ... salca, rendang daging dan ayam masak merah


 
Nasi himpit dan aksesori... msih terasa2 sedapnya sayur lodeh...nyum  nyum

Sama tapi tak serupa... lemang tu sangat2 sedap lemak lembut semua cukup. Masa makan tu panas2 lagi ...perghhhh tak perlu cicah rendang pun tak pe. Dan yang kanan tu hasil adindaku memalas... tq ye Mama Miraki... hilang dah rasa mengidam Mummy nak makan ketupar palas. Senangkan adik beradik ramai cam Mummy ni, teringin nak makan apa suruh je kat kakak2 or adik beradik yang ada ... nak suruh cam tu kat ipar duai mesti lah segan kan... hihihi


Aksesori untuk soto dan laksa... apalah ertinya soto tanpa bergedel kan...heheh. Banyak2 menu yanga da laksa ni Mummy tak makan... tak tau la tekak Mummy ni tak boleh lagi terima laksa, tak kisah la laksa Penang ke laksa Johor ke laksa Sarawak ke....


Dengarnya sampai sakit pinggan anak buat Mummy si Ayien Azreen dan hubby 'menjala' dari awal pagi. Walau pun Mummy kerap gak buat roti jala  tapi ni pun antara makanan yang tak boleh lagi masuk ke anak tekak Mummy


Antara yang terhangat di pasaran ... sate yang mables


Carrot walnut dan indulgence cake hasil baking membaking  Ayien Azreen. Sangat2 sedap dan mables, agak nak makna kek yang sedap ni boleh le order kat dia... heheh.


Kuih muih yang ada... karipap dankuih lapis tu sedappppp... kuih bakar tu tak tau pulak sbb lupa nak rasa

Mummy ni kan jenis yang tak  makan sangat, so ini je la yang Mummy makan... sikit je kan? Kan kan kan
All the way from Penang... Myza wife anak saudara Mummy


Mama Miraki dan hubby


Mama Miraki dengan baju rayanya yang ke 18....


Mummy dan tuan rumah Datin S


Camanalah tamu nakmasuk rumah, pintu rumah dahkena block...heheh


MasterChef Ayien


Best kan geder2 cam ni...


Apasal ko buat muka cam tu Ayien?


Siapa ambik gambar siap ni?


Ketibaan Tuan OCPD dan isteri


Si Along biasa le akangang dengan si Ika ni...


Teknik yang digunakan oleh Ayien sangat2 berkesan..... hehehhe


Myza terpaksa balik awal..


Sedondon tu...


Sempat gak Kak Kay bergambar sebelum Myza balik


Sukerrrrrrrr nye dia.....


Amir & Dafiy


AJK BBQ tetap dan berpencen... korang hairan tak,mula2 tempat BBQ tu tinggi tetiba jadi rendah, camana tu?

Perghhhhh berpeluh2 tau Mummy bakar ayam2 ni...





Kak Kay, ni pinggan yang ke berapa ha?


Kak Noor & Kak Mah

Kak Kay balik awal sebab kawan2 Hafeez nak datang rumah, lepas tu Mama Miraki dan Kak Mah pulak balik. Ika dan Iki anak2 Mama Miraki tak nak balik sebab tau Mummy dan anak2 tidur kat rumah Kak Noor. Nampaknya kali ni Mummy berjaya merampas anugerah orang yang balik paling lewat dari Mama Miraki dan Kak Kay. Bukan senang pun nak  tidur rumah adik beradik bila dah kahwindanada family sendiri. Kebetulan Daddy pergi ke Beijing dari hari Jummat so Mummy ambik peluang tidur rumah Kak Noor la.

Masa kita orang dizon engah berkumpul di rumah Datin S, adik-beradik Mummy di zon selatang berkumpul di rumah Yin Wong Kulai...  Best kan dapat geder2 ngan adik beradik... tak sabar ni nak tunggu 3 Dec 2011 sebab nak terjah majlis di rumah Yin Wong Kulai...