Saturday, August 27, 2011

Gathering b4 balik kg - Mini BBQ & Fireworks

Malam tadi lepas solat tarawih, kami jiran2 pakat2 buat gathering kat taman permainan sambil buat BBQ dan layan anak2 main bunga-api, tima orang dah zzzzzzzzzz dalam kul111.30 baru la kami start berkumpul. Tak ramai sangat pun yang dapat joint, mostly jiran2 yang sama lorong dengan Mummy le... ada gak dari lorong2 lain ada dalam 25 family kut.


Masing2 dah kenyang so just buat BBQ je... ada ayam, kambing, daging dan salmon. Mummy tolong buatkan ice lemon tea je.


Ayam, kambing, lembu & ikan salmon

Sebahagian jiran2 yang dapat turut serta


Program mengejut so tak de kerusi2 meja pun, duduk le kat mana2 utk makan


Emak2 dan anak2 kecik main bunga api je ye


Baru je berani main bunga api si Dafiy ni


Ni emak lagi ove main dari anak ni


Kita makan duluuuuuuuu


Dah berani sikit...

Paling suka masa bungapi KLCC dibakar la... bukan anak2 je menerit seronok tapi emak bapak pun tumpang sekaki. TQ la pada penaja bunga-api2 ni... Cantik sangat ada berbagai 2 warna.... Bukan setakat penduduk taman Mummy je boleh tengok tapi Mummy rasa satu area seksyen 7 boleh tumpang tengok bungapi KLCC ni. Bunga api ni kena la bapak budak yang bakar yer... anak2 main mercun roket, bom asap dan ntah apa2 lagi la... Dengarnya masa jamuan raya taman nanti akan ada pertunjukkan bunga api lagi besarrrrrrrrrr punye...












Boleh gak camera cikai Mummy ambik gambar fireworks ni dengan cantik ye... selama ni Mummy le yang tak reti nak tukar setting...hahaha


Macam mandi je si Dania ni... rambut baju seluar semua basah dek peluh... sakan main bunga api dan   main kejar2 kat taman


Dafiy terlentok tidor.... kul 12 tgh malam dah pun

Untuk jiran2 Mummy selamat menyambut hari raya aidil fitri dan maaf zahir bati.Drive carefully ye, insyallah panjang umur kita buat gathering lagi.

Xtvt for today :
- mop tingkat atas
- tolong Daddy cuci kolam ikan
- tukar cadar katil
- beli samping, songkok dan kasut anak
- hantar seluar Daniel ke kedai untuk potong
- beli baju kurung sehelai dua
- selesaikan urusan kemas kain baju nak balik kg



Friday, August 26, 2011

Cuti macam tak cuti

Jummat 26 Ramadhan, Mummy dah start cuti raya. Patutnya Isnin depan baru start cuti tapi memandangkan banyak lagi benda tak settled 'terpaksalah' (ntah sapa yang paka kan!!!) ambik cuti awal. Lepaas sahur sambung buat cornflakes choc dan salut choc kat almond london. Sambil2 tu kemas2 rumah dan cuci kain baju.

Ni je biskut2 raya yang Mummy ada... untuk kat rumah, bawak balik kg Mummy dan balik kg daddy. Alhamdulillah sempat gak buat biskut2 ni... cuma snow almond je yang tak sempat dan ada sejenis lagi biskut yang namanya sangat pangan Mummy cadang nak buat tapi rasa cam tak sempat je, tak pe la dah raya nanti baru buat pun boleh gak kan..

Lepas siap buat biskut raya, lari sekejap cari tudung kat Ariani. Sampai dalam 10.30am so orang tka ramai sangat dan dapat pilih yang mahal dengan selesa. Sejam je kat Arini terus balik rumah sambung operasi ops BERSIH.

Malam ni aktiviti nak mop lantai atas dan kalau sempat nak kemas baju untuk bawak balik kg dan xtvt anak2 masukkan duit dalam sampul duit raya la.

Thursday, August 25, 2011

Mood yang jatuh merudummmmmmmmm

Menghitung hari ... detik demi detik ...

Mood kerja memang dah zerooooooooooo... fikiran dah melayang sampai ke kampung.. terbayang2 sibuk nak pegi pasar beli ayam, daging dan segala... beratur nak beli santan (silap2 kena ambik nombor) ... berulang alik dari rumah ke PS, ada je barang yang kurang dan nak dibeli...

Tahun ni memang turn semua adik beradik Mummy beraya di kg Mummy, tahun lepas masing balik rumah in-law dulu. Memang excited la...perjumpaan dwi-tahunan dimana semua anak cucu cicit Allahyarham Hj Omar dan Allahyarhamah Hjh Amanah akan berkumpul di rumah pusaka. 9 anak + 8 menantu + 26 cucu + 4 cucu menantu + 5 cicit = 52 orang berkumpul serentak.... kecoh2 masah, kecoh2 nak mandi, nak makan, nak posing ramai2... walau kecoh2 tapi tu la kenangan paling best kan...

Sebenarnya bila dah raya tu dah tak seronok sangat tapi yang paling best sehari dua sebelum raya tu, so untuk tahun ni masing2 akan balik ke kampung insyallah pada hari Ahad. Mungkin ada yang sampai pagi tengahari petang or malam, so nak senang selalunya kami akan bawak lauk pauk sorang sejenis, bila dah kumpul2 banyak la, kat kampung tinggal masak nasi je, ye la dah rumah pusaka tak ada orang duduk jangan la nak mengharap sampai2 kampung hidangan dah tersedia...

Mummy ni excited nak balik kg tapi urusan kat rumah sendiri tak selesai lagi..hehhe... biskut2 raya tak selesai lagi, rumah tak kemas, kain baju nak balik kg pun tak kemas lagi...nak kena tampal check-list kat pintu bilik ni...

Wednesday, August 24, 2011

Ye ye dah dapat duit raya!

Hohoho... anak2 dah dapat duit raya... sorang dapat RM50, time ni Mummy rasa bestnye kalau ada anak 10-20 orang ke...hahahaha... tak de la Mummy main2 je, anak 4 orang pun dah kalut ni kan pulak kalau anak 10 orang... Macam tahun2 lepas kat opis Mummy ni semua anak2 staff akan dapat RM50 seorang.... Dan untuk staff pun dapat gak duit raya, bolehlah nak guna untuk bayar duit minyak dan duit tol masa raya ni. Alhamdulillah ada rezeki tambahan untuk raya.

Jom kacau dodol pulak!


Jom kacau dodol untuk raya. Masa abah ada dulu , dodol ni kira benda wajib masa raya, selalunya sehari dua sebelum raya baru abah buat. Start dari lepas subuh la abah buat... parut kelapa, perah santan dll... dan selalunya lepas asar baru selesai xtvt abah kacau dodol. Dan bila dah siap terus abah bagi2kan dalam plastik untuk anak2...

Gambar ikhsan pakcik google

Cerita pasal dodol bila last time uols makan dodol. Dodol ni kalau dapat yang lembut memang sedap, lagi2 kalau dicampur ngan durian @ lempuk. Jangan makan dodol...pulut tu, nanti masuk angin... maaflah Mummy bab makan ni tak kiralah angin ke tak angin sejuk ke tak sejuk Mummy bedal je. Yang penting jangan naik angin...heheh....eh apalah Mummy membebel2 ni... dah lari dari topik dodol la pulak...


Mummy beli je dodol ni tak la sampai kacau sendiri. Mummy tak cukup power la untuk buat dodol ni. Sekilo RM16 beli kat PKNS Bangi, boleh tahan sedap le dodol durian ni.

Tuesday, August 23, 2011

Persiapan raya...

Mama Janet cerita dia dah beli stock air untuk raya. Kebetulan Mummy pun dah beli gak, tapi Mummy tak beli air gas la, Mummy beli manggo concentration 6 botol. Mummy beli on9 je kat ehalal2u.com. Masa Mummy beli sebotol RM8.90 sekarang ni tinggal RM 7.10 jer sebotol. Wah! Mummy rugi la cam ni. Macam2 barang ada dijual kat ehalal2u...

Agak2 6 botol ni cukup tak ek? Hihih macam la ramai tamu yang nak datang ke rumah Mummy kan...

Monday, August 22, 2011

Biskut2 raya resepi Mat Gebu yang gebuzzzzzzzz

Hihih panjangnya tajuk n3 ni. Tiap kali tiba hari raya mesti kita sibuk cari resepi sana sini ank cuba kan. Orang zaman dulu resepi sekadar tengok yang ada kat paper or magazin, dia orang potong resepi tu dan tambal jadikan buku resepi... betul tak?

La ni resepi melambak2 kat internet, tanya je kat Pakcik Google nanti dia bagi la resepi yang uols nak... So uols buat biskut raya ikut resepi sendiri or resepi orang lain?

Mummy sejak 2-3 tahun kebelakangan ni kalau buat biskut2 raya memang Mummy akan ikut resepi blogger masakan yang fofular tu, siapa lagi kalau bukan si Mat Gebu. So far resepi2 cik Mat kita memang tak pernah mengecewakan... sodap. Resepi kek dan muffin dia pun selalu Mummy guna.

Untuk raya kali ni Mummy gunakan tiga resepi dari Mat Gebu, biskut peanut butter, biskut kelapa, almond london

Biskut peanut butter ni sangat crunchy....

Biskut kelapa ni pun sangat2 crunchy

Almond london togel yang belum dipakaikan baju choc lagi... ishhhh tak malu betul biskut ni tak pakai baju pun nak inteprem...lepas sahur esok la Mummy pakaikan baju choc dia





Cabaran buat biskut tradisional....

Sabtu lepas Mummy  sambung projek uli2 raya...

Huhuhu.... penattttttttt dan lenguh tangan sampai tumbuh muscle gara2 buat biskut tradisional. Apa yang Mummy buat? Hah Mummy kacau dodol... wah terror la Mummy.... hihihi. Tak la, Mummy setakat buat biskut bangkit kelapa je.

Selalu buat bisukt2 moden uli bahan2 setakat uli2 manja je, lagi pun ada butter or margerin so adunan cepat lembut, tapi bangkit kelapa ni kita uli tepong dengan santan jer... huhuhu dah macam uli tepong nak buat roti canai je la pulak...

Pati santan dimasak dengan daun pandan

Tepong tu nak kena goreng tanpa minyak dulu sampai ringan... eh tepong kan memang dah ringan nak ringan camana ha... ah tibai je la labu...

Gula jangan lupa ayak tau...

Pukul gula dan telor hinga kembang.... guna la mixer nanti muscle tumbuh banyak sangat

Gaul tepung bersama telur rata2, tambah santan sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh. Kena uli dgn tapak tangan macam uli doh roti canai. x mainlah lembut2.. agak2 doh tu boleh di canai ok lah tu. santan x semestinya habis digunakan. Nak tunggu jadi doh yang lembut tu yang tak larat, lenguh2 tangan.... Pas tu terap2 dan sabu dengan kuning telor dan tabur dengan bijan. Bakar hingga masak.

Dah siap pun biskut bangkit kelapa Mummy

Amacam ok tak biskut bangkit santan Mummy... teringat la biskut bangkit yang emak buat dulu2. Mummy rasa lain  kali (ntah bila lain kalinye...) kena uli lagi lama. Dan Mummy kena cetak biskut ni tebal sikit... Mummy bagi 3/5* je la... rasa okey memang rasa bangkit kelapa cuma tak berapa rapuh je...tapi tak le tahap baling ke dinding dinding pecah....ahahah.

Selesai buat bangkit kelapa Mummy sambung buat almond london pulak. Biskut dia dah siap tinggal nak coated dengan choc je.

Iftar 21 Ramadhan @ Sri Gombak

Ahad (22/8/2011) -Hari ni Mummy gantung periuk lagi, buka puasa tadi kat rumah kekanda Mummy, Datin S di Sri Gombak. Ala nama je gantung periuk tadi dari lepas Sahur Mummy bersilat kat dapor. Mula2 Mummy buat biskut peantu butter pas tu Mummy buat cheese tart untuk bawak ke rumah Datin S...

Sebelum ols layan gambar Mummy dengan suku sakat Mummy better uols layan gambar2 menu ni...


Lemak cili api ayam dan ayam goreng rempah

Sambal udang dan kerabu sedap..

Sup dagine power dan gulai daun kayu tempoyak ni fav orang negori ni..

Daging black pepper dan sambal goreng dari Mama Miraki... daging black peper ni pun Mummy tapau.. sambail buat n3 ni sambil makan daging ni... tadi kat rumah Datin S, Mummy tak sentuh pun daging ni sebab dah kenyang makan kerabu

Kerabu mangga Kak Kay yang meletops... sungguh sedap dimakan begitu saja... siap tapau bawak balik lagi... dan 5 biji mangga muda dari Kak Kay pun Mummy tapau gak

Lepas pisang dan pengat jagung + keledek

Mini donut yang sangat2 comel.. ni mesti Ayien Azreen yang buat bawak


Cheese tart (filling strawberry, bluberry & oren). Walau pun Mummy tak suka dengan cheese tart ni tapi Mummy suka buat sebab rupa dia yang comel....

Yang ni Mummy tka buat le, Mummy order je. .Highly recommended, jeli dia sangat2 sedap. Kalua uolas nak buat open house nanti dan nak order boleh contact 019-3285266 tapi kalau uols duduk kat 83500 jangan ler order dan suruh brother ni hantar....Kalau tak silap Mummy, si tauke jeli kelapa ni duduk kat Sek 4, BBBangi so dekat je dengan rumah Mummy. Kalau bekas besar dijual RM1.50 tapi kalau bekas kecil cam bekas tapai pulut tu dia jual 50 sen je.
Takkanlayan gambar menu je sure uols boring kan kalau tak tngok gamabr Mummy dan suku sakat berposing maut. Nak buat camana kan sebab kami ni alegic pada camera... tu yang bila nampak camera je terus tergedik2...

Daniel & Danish kedua2nya tak berapa sihat... sampai rumah Datin S je terus baring

Masa Mummy sampai dalam kul 7.10am tuan rumah dan anak menantu sedang busy busy di dapor. Pengelat kan datang betul2 masa dah nak buka... kes malas nak tolong ke? hehhehe... mana ada jalan jam la... tu pun nasib baik mummy masuk hway DUKE kalau tak sure berbuka dalam kerete

Anak menantu Datin S yang sangat2 rajin...

Sebelum berbuka puasa ada sedikit tahlil ringkas dan bacaan doa selamat.

Mummy dan anak dara Datin S si Eija.. I likeeeee u hair style!! Emmm dia ni available lagi ye... hahahah

Mama Miraki pesan jangan asyik ambik gambar menyenget cam 'orang tu' , nanti jatuh!!!





Mummy dan anak bungsu....hehehhe... itu cucu Mummy la. Si keci Mummy masih tetap si Dafiy tu...

Budak bam bam ni cucu terbaru Mummy... si Eyna... geram tengok pipi dan tangan dia yang berketak2, rasa nak gigit je

Pertemuan 4 beradik di zon tengah... kakak Mummy yang kat Kelang tak dapat turut serta

Kak Kay kata Mummy kurus sikit sejak bibik tak de... heheh... i likeeeeeeeeeeee....sayang Kak Kayyyyyyy ... nanti Mummy belikan tudung ariani ye....hahahah


My anak dara yang tak sabar nak pakai bau raya 

Sesi gebang after solat

4 orang anak2 saudara  Mummy yang dah besar2 belaka...korang jangan lupa sediakan duit raya untuk makcik korang ni tau... 

2 anak dara kecik leka main make-up2 ...

Terima kasihlah kepada kakak Mummy Datin S dan suaminya Datuk T (bukan Datuk TRIO tu yer!!!) kerana menjemput kami semua berbuka puasa dirumah. Semoga dimurahkan rezeki selalu.

Mummy balik dalam puku l0am, masuk kereta anak2 terus zzzzzzzzzzzz. Mummy dah half way baru zzzzzz.. sedar2 dah kat Tol Sg Besi....heheh. Kesian daddy drive sorang2